Budaya membawa bekal makanan ke sekolah bukan sahaja suatu kelaziman pelajar sekolah pada suatu masa dahulu.

Malah hingga kini masih ada lagi ibu yang gigih mempersiapkan makanan untuk dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Pujian harus diberikan dan bolehlah dijadikan inspirasi buat ibu yang lainnya.

Menyentuh tentang penyediaan bekal ini, terpanggil untuk seorang ibu kepada empat orang anak ini, berkongsi info dan tip melalui pengalamannya. Jom semak semoga bermanfaat.


Ok mak nak share #bekal4bersaudara untuk bulan Januari 2020 dan antara tips/rules/peraturan dalam menyediakan bekal (kalau salah betulkan,kalau kurang tolong tambahkan.

1- Jangan paksa makan makanan yang dia tak suka..betul..kena paksa makan sayoq..tapi kalau bubuh tetap depa buang..bukan ka jatuh membazir amalan syaitonn?? hehe so untuk tu..mak-mak kena kreatif .

Mana-mana sayoq yang boleh di sagat/shred/hancurkan ..campurlah dalam makanan dorg..nasi goreng ke..sup ke..cucoq ke..

Ibu Ni Kongsi Peraturan Buatkan Bekal Untuk Anak. Membantu Sangat Info Ni!

IKLAN

2-Kalau takut hilang bekal-bekal jenama mahal.. smiggiling ke..tupahware ke..jangan guna.cari jenama biasa-biasa tapi make sure BPA safe dan bermutu lah bahannya.

Unless anak-anak memang yang boleh diharap..beli dan gunalah yang mahal-mahal.. tak ada orang nak saman pun..hhehehe

3- Jangan letak benda-benda yang susah anak-anak nak makan..bersup..kuah banyak-banyak.. bukan ape..haritu yong tengok adik ni..mak dia bungkus sup dalam plastik ketat sangat macam tak nak bagi makan..bila mintak tolong acik kantin..tak nak nyer dia tolong..” acik banyak keje” katanya..so terkial-kialah budak tu..kesian!! unless letak dalam bekas yang proper dan  anak-anak dah beso..pandai jaga diri.Karang tumpah kena tudung..omak eh jugak yang marah kan?

Ibu Ni Kongsi Peraturan Buatkan Bekal Untuk Anak. Membantu Sangat Info Ni!

IKLAN

4-Kalau boleh sediakan beg bekal..banyak je yong tengok kat Lazada shopee semua tu..tak sampai 10 hengget pun. Mak-mak ni nak senang ajer..semua nak sumbat dalam beg sekolah..kalau terbukak..tumpah! Alaaa..kesian buku-buku berbau sardin. Dannnn.. mak-mak beli beg..tengok la jugak kegemaran anak ;warna,kartun , corak yang dia suka. Jangan ikut apa yang mak suka..anak tak nak bawak..cakap anak memilih *sigh

5-Kalau kawan anak-anak suka kongsi makan ( tapi dia sendiri tak bawak bekal) takpe.. ok je..sharing is caring kan? Tapi pesan kat anak-anak” uols kena makan dulu..then baru bagi kat kawan rasa sikit” bukan ape ..kadang kawan-kawan makan banyak..anak-anak kita pulak yang kena p beratoq beli makan..huhu.. dah tak mencapai matlamat mak-mak bawakkan anak bekal.kan??. *sigh

Ibu Ni Kongsi Peraturan Buatkan Bekal Untuk Anak. Membantu Sangat Info Ni!

IKLAN

6-Untuk sekolah petang pulak ( sekolah agama @ sekolah kebangsaan sessi petang) boleh je kalau nak bawakkan nasi + lauk. Just make sure tidak bercampur..bekas ade separator yang bagus ataupun letak bekas asing. Konsep..sama macam kat rumah..kita pun kadang tak terus makan makanan yang kita masak kan?? So..boleh je nak masak kari,kurma , sup, asam pedas, dan sebagainya. Kalau nak bawak yang goreng-goreng ; mee ,bihun, dan sebagainya ..make sure makanan dah sejuk baru tutup yer..jangan hangat-hangat berasap mak p tutup bekas..cepat lah basinya.

7- Last but not least..jangan banding-bandingkan menu dengan orang lain..kita ukur bekal anak di badan sendiri..hehe ..kalau tak pandai deco.., tak de bekas cantik, menu yang sama ulang-ulang ( sebab anak request) pun tak ape..kita bukan hidup untuk memuaskan hati kita jer..betulkan nawaitu..betulkan niat..tahun 2020 tak ade keta terbang..kalau ada pun kita tetap kena bawak bekal sebab kos sara hidup dah tinggi .

Yang baik-baik daripada Allah swt , yang merepek daripada yong 🙂

Wassalam,

salam sayang ,
mama yong

sumber : Kak Yong MinMina via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI