Memperbaiki perabot lama yang telah nampak usang sering sahaja kita orang perempuan anggap bukanlah kerja mudah untuk dilakukan.
Namun berbeza dengan seorang ibu ini, bila melihat kerusi belajar anaknya yang telah terkopak tempat duduknya, terus dilakukan transformasi menjadikan seperti baharu malah lebih wow gayanya.
Nak tahu apa dan bagaimana dilakukan olehnya, jom baca perkongsian puan Dinas Elni di bawah ini.
Projek 3 hari lepas. Alkisah kerusi belajar anak yang saya beli secondhand hand RM 20 ni dah terkopak tempat duduknya selepas setahun guna. Adatlah kan, barang bukan baru. Maka kenalah repair.
Step 1
Ads
Potong laminated plywood utk ganti board asal yang dah hancur. Masa buat corner dengan jigsaw ni teringat Encik Saifuddin yang hebat buat art pieces dengan jigsaw. Kita punya hati-hati ‘cornering’ tepi kayu aje, dia selamba potong celah-celah halus. Hebat
Step 2
Ads
Alang-alang mengganti tempat duduknya kita ‘salin’ sekali kain penyandar. Stapler kain ke kayu ni sebenarnya lebih berpeluh dari potong kayu. Mungkin juga sebab buat time dah hujung-hujung nak berbuka, maka peluh sejuk semua keluar.
Ads
Ektra info : Bahagian penyandar ni dia ada frame. Masukkan semula je dalam frame dia tu. Nak keluarkan kena umpil siket elok-elok dengan screwdriver. Yang nampak lining hitam keliling penyandar tu bahagian flexible yang boleh diumpil.
Siap.
DIY simple, repair & upgrade. Kayu lebihan, kain pun guna kain langsir lama aje.Kalau rangka kerusi warna gold ke kan mesti lagi cantik.
Baru tiga hari umat Islam menyambut ramadan, keluarga ini menerima khabar duka bila mana anak yang hilang sejak 42 hari yang lalu ditemui meninggal dunia.
Tanda tanya kehilangan Ahmad Farid Ahmad Alaudin, 19 akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, jam 12 tengahari semalam.
Menurut kakak arwah, Nur Syafiqa Alaudin, kali terakhir dia melihat arwah adalah pada 13 Mac yang lalu.
“Tiada kelakuan ganjil dari arwah tetapi kebelakangan ini, dia solat agak lama berbeza seperti lazimnya. Arwah juga ada meminta dibelikan baju Melayu berwarna putih dan hajatnya itu sudah disempurnakan serta arwah sempat menggunakan sekali baju berkenaan.
Sementara itu, seorang lagi kakak arwah, Ain Alaudin turut memuat naik menerusi facebook mengenai kisah kehilangan adiknya yang akhirnya ditemui dalam keadaan yang sayu.
Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.
Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.
Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.
Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.
.
Hari berganti minggu Minggu berganti bulan Selepas empat puluh dua hari Dua ramadhan Akhirnya terjawab kehilangannya..
Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. .
Terdahulu sepertima semua maklum, pelakon dan pengacara Diana Amir telah mendedahkan untuk bersara daripada dunia seni sekali gus tidak akan muncul di kaca televisyen untuk fokus memperbaiki diri.
Meskipun saban hari dapat kita lihat artis berhijrah dan tinggalkan dunia seni untuk lebih mendekati agama. Nyata setiap antara mereka punya kisah hijrahnya yang tersendiri.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sama juga seperti hijrah Diana Amir mengambil keputusan apabila berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, malah akan terus memperbaiki diri.
“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
“Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.
“Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja,” katanya dalam bual bicara bersama Neelofa baru-baru ini.
Ayah Enggan Bercakap Langsung
Berkongsi lagi berkenaan kisah hijrahnya menerusi program bual bicara tersebut, Diana turut mendedahkan bahawa punca ingin kekal berhijab disebabkan oleh orang tuanya.
Difahamkan penglibatan dalam dunia seni lakonan pada awalnya tidak diketahui langsung oleh ayahnya. Malah sejak menceburkan diri dalam dunia seni, orang tunaya itu dikatakan tidak pernah menyekong kerjayanya.
Ujarnya lagi apa yang lebih menyedihkan, ayahnya enggan bercakap langsung dengannya walaupun mereka dikatakan akrab sebelum itu.
Ekoran daripada kejadian tersebut, Diana nekad untuk berubah dan akhirnya hubungan yang renggang dan seakan retak kembali pulih dan mesra. Bahkan Diana turut akui dia sangat bersyukur dengan tindakan prang tuanya kerana menyedarkan dirinya bahawa kerjaya yang dipilih ketika itu bukanlah yang terbaik untuk masa depannya.
Lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’, Terkesan Di Hati
Diana mula memakai hijab pada tahun 2011, dan pada 2019 dia mula mengenakan niqab selepas pulang dari umrah.
“Saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.
“Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab. Saya rasa lebih selamat. Dan dia beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar,” katanya.
Ada orang melancong atau bercuti ke luar negara kerana ingin menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Namun ada juga yang melancong sebab ingin meluaskan pengetahuan. Namun bagi anak muda yang bernama Fais Taib ini, tujuannya melancong ke Belitung, Indonesia adalah untuk menjejak kisah Andrea Hirata.
Ikuti perkongsian kisahnya di mana dia terkandas banjir besar yang cukup dasyat dan dari situ barulah dia sedar betapa perlunya mengambil insuran perjalanan setiap kali ke luar negara. Ikuti perkongsiannya.
Hendak dijadikan cerita, pada bulan Julai yang lalu saya bersama lapan orang lagi teman melancong ke Belitung, Indonesia. Mengapa memilih Belitung? Lain tidak bukan saya hendak lihat dan rasa kembali apa yang cuba diketengahkan oleh Andrea Hirata, iaitu seorang penulis buku yang mengangkat satu kisah benar di Belitung, Sumatera Selatan Indonesia tentang kemiskinan di sana. Jadi saya teringin menjejak di mana tapak sekolah yang asal, yang mana suatu masa dahulu pendidikan tidak dititik beratkan.
Percutian tersebut saya rancang sebaik-baiknya, namun siapa menduga percutian kali ini juga telah membuatkan kami hampir-hampir tidak dapat pulang ke tanah air mengikut jadual. Bencana banjir kali ini dianggap terburuk dalam sejarah 56 tahun di Belitung. Kesan banjir yang dahsyat ini telah memutuskan beberapa jalan utama di sekitar Kota Tanjung Pandan, Manggar, Gantong dan jalan utama menuju ke Lapangan terbang H.A.S Hanandjoeddin.
Bayangkan di hari pertama kami di sana, kami telah terkandas tiga kali dalam perjalanan pulang ke hotel. Ketika itu paras air sudah sampai ke jalan dan selepas makan petang kami merancang untuk bertolak balik untuk check in hotel. Namun sampai separuh perjalanan, satu jambatan yang menghubungkan jalan telah terputus. Pun begitu nasib baik ada satu lagi jalan alternatif, dan kami usahakan melalui jalan tersebut. Apabila 45 minit menelusuri jalan tersebut, kami diuji sekali lagi dengan saat yang cukup getir di mana tidak dapat meneruskan perjalanan kerana telah dinaiki air. Cuak memang cuak! Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Semangat kami kental dan tidak mudah berputus asa. Kami terus mencuba jalan-jalan yang boleh dilalui atas nasihat penduduk tempatan. Lalu menemukan kami dengan sebatang jalan yang sempit dan sangat gelap suasana sekelilingnya. Kami perlu merentasi banyak kampung dan mengambil jarak perjalanan yang sangat jauh. Akhirnya barulah kami tiba di hotel yang asalnya hanya memakan masa sekitar setengah jam sahaja.
Kami tidak berani melengahkan masa kerana bimbang jalan lain juga akan ditutup memandangkan keadaan banjir telah memutuskan banyak jalan hingga mencecah kedalaman dua meter. Dan dikhabarkan jalan terakhir yang kami lalui juga ditutup selepas beberapa jam kami tiba ekoran dilimpahi air.
Jujur saya katakan ada silapnya tentang perancangan kami ke Belitung. Di mana tiada seorang pun antara kami mempunyai insuran perjalanan. Kalau jadi apa-apa memang kena tanggung sendiri. Malah saya sebelum itu memang tidak ambil berat tentang kepentingan insuran. Sejak daripada kejadian itu, setiap kali melancong ke luar negara akan saya pastikan setiap antara kami ada mengambil insuran perjalanan!