Kecoh di laman sosial media beberapa keping gambar mengenai sebuah myvi dilihat terbabas memasuki ke kawasan tanah perkuburan.
Di fahamkan pemandu kereta berkenaan adalah seorang wanita.
Kejadian itu mengundang pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar.
Tidak mahu ia berpanjangan, menerusi facebook milik, Syafiq Sidek yang merupakan anak pemandu myvi berkenaan tampil membuat penjelasan mengenai kejadian itu.
Hati mana tidak sebak apabila pelbagai tohmahan yang diberikan sekadar melihat gambar tanpa tahu kisah sebenar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Saya anak kepada owner kereta myvi ini…bagi pihak ibu, sy memohon seribu kemaafan kepada semua waris kubur yg telah rosak… Sy bertanggungjawab sepenuhnya atas segala kerosakkan dan akan baik pulih kubur seperti asal.
Di sini sy ingin memberi penjelasan di atas kejadian ini…sebenarnya ibu sy dlm keadaan hypo (kurang gula dlm darah) kerana mengidap kencing manis & ibu sy sedang berpuasa hari ini…
Ibu saya secara tiba² tidak sedarkan diri dan tertekan pedal minyak ketika ingin pusingkan kereta (u-turn)…saya berharap agar tiada pihak yg salah sangka terhadap kejadian ini…
Ibu sy masih dlm keadaan trauma & bersedih di atas baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat covid19…mohon jasa baik semua utk menghentikan viral ini…kami sekeluarga berusaha utk memberi semangat kepada ibu…
Alhamdulillah ibu saya selamat & tiada kecederaan…saya memohon kemaafan sekali lagi…
Ads
Sy masih lagi balai polis untuk selesaikan kes ini.. (TAK SANGGUP NAK BACA KOMEN2) 😭
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
Ads
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buah rambutan memang enak. Rasanya yang manis menjadikan ia antara buah yang digemari ramai.
Namun tahukah anda bahawa biji rambutan juga boleh dimakan. Jika sebelum ini biji durian, nangka dan cempedak boleh dimasak seperti goreng atau rebus. Kali ini, biji rambutan pula boleh digoreng.
Nak caranya ikuti perkongsian ini.
Sedap jugak bijik rambutan goreng ni. Rasa macam badam goreng..tapi goreng dengan majerin/mentega.
Kalau rajin goreng banyka boleh isi dalam dalam balang. Boleh lah mengadap sambil menonton tv nanti.
Resipi biji rambutan goreng
Bersihkan dahulu biji rambutan
2..Kalau semangkok kecil biji rambutan, majerin dalam 5 sudu besar
3. Bagi cair dulu majerin selepas itu masukan biji rambutan tadi.
4. Goreng sampai masak. Tahap garing ikut suka citarasa.
5. Kalau suka lepas angkat boleh letak garam. Tak nak letak garam pun boleh. Sebab majerin tadi dah rasa masin.
Untuk pengetahuan anda semua, saya bukanlah orang yang pertama makan biji rambutan goreng ini ya. Dari dulu-dulu lagi orang makan biji rambutan goreng ni. Mungkin ada orang yang tak lalu nak makan. Ada yang lalu makan. Selera kita jugak berbeza.
Bila menyentuh bab menggosok tudung, tanyalah dengan mana-mana kaum ibu pasti mereka akan merasakan menggosong tudung ini bukanlah boleh dilakukan dengan ala kadar sahaja. Ianya perlu dibuat dengan teliti dan sabar. Dan lagi satu, memang pantang sangat kalau telah digosok masih nampak berkedut. Jadi selagi belum puas hati, jangan hairan akan terus berkali-kali iron agar bila tudung dipakai nampak cantik dan mudah dibentuk.
Tapi biasanya orang lelaki khususnya en suami tidak tahu hal itu. Bagi mereka apalah sangat dengan menggosok tudung, perkara mudah sahaja untuk dilakukan. Ini turut diakui oleh seorang suami bernama Lutfi Lokman. Namun setelah cuba membantu isterinya menggosok tudung, barulah dia sedar bukan semudah yang disangka.
Ikuti perkongsiannya itu.
Tadi isteri aku minta tolong gosok tudung dia sebab dia sakit perut. Takut lambat bersiap.“Gosok tudung?” Tak pernah dibuat aku seumur hidup gosok tudung dia.
Di rumah, kami tak ada iron board. Entahlah. Dia selesa gosok kat bawah sambil bersila. Aku pun bentanglah tudung. Buka seterika. Lalu teruskan kerja gosok.
Pada aku, benda tak susah. Janganlah buat susah. Aku tak faham kenapa untuk tudung ni sampai bergaduh hang aku. Tudung je pun.
Bila seterika kat bawah ni, kau kena bajet-bajet tudung tu atas kain tempat gosok. Tudung ni besar, jadi kau kena bahagikan mengikut bahagian-bahagian yang perlu digosok. Bermakna, ada part tudung yang dah digosok, kena lipat dengan cermat supaya mengelakkan daripada berkedut.
5 minit. 10 minit. 20 minit.
Itu masa yang aku ambik untuk gosok tudung isteri aku.
Punya syok aku gosok, tak sedar tertindih dengan kaki sendiri atas tudung yang dah digosok.
Ya Allah. Rasa sesal tu tak boleh nak sebut. Sedih. Geram. Kecewa pada diri sendiri sebab tertindih tudung. Kenapalah aku tak berhati-hati masa gosok tu tadi. Kenapa kaki aku ni gatal pergi tindih tudung. Nak kena gosok berapa kali nih!!
Rasa nak menangis Ya Rabbi.
“Lama gosok tudung Bang?” Tanya beliau.
“Diamlah.”
Terdengar ketawa berair mata di pintu bilik.
Sekarang aku faham apa erti tudung yang dah digosok oleh seorang wanita.
Hati mana yang tak pilu, jiwa mana yang tak galau, buat pertama kalinya sambutan ramadan tanpa insan tersayang di sisi cukup dirasai oleh isteri Arwah Abam Bocey. Dalam satu perkongsian di laman instagram milik arwah, Nur Hidayah meluahkan isi hatinya.
“Tahun lepas puasa balik Sabak Bernam, mesti pergi bazar Ramadan beli juadah berbuka bersama arwah abang. Beli murtabak, ayam panggang, ayam golek dan macam-macam lagi.’
“Adik-beradik pun semua balik berkumpul berbuka sama-sama. Ramadan tahun ni terasa sangat berpuasa tanpa arwah abang di sisi sayang. Semoga abang tenang di sana,” luahnya.
Dalam posting tersebut, Hidayah berkongsi sebuah video kenangan yang memaparkan arwah Abam dan ahli keluarga yang lain pulang daripada bazar membeli juadah.
“Kenangan kekal abadi hingga ke syurga. Al-Fatihah untuk Allahyarham suamiku sayang. Syed Umar Mokhtar,” tulisnya dengan nada sayu.
Video yang memaparkan kenangannya bersama arwah Abam di bulan Ramadan itu mencatatkan lebih 145,000 tontonan di Instagram miliknya.
Perkongsian Hidayah itu kemudian menerima pelbagai respons. Rata-rata memintanya supaya kuat semangat dan tabah dengan dugaan tersebut
zazazilAl-Fatihah…semoga Dayah sabar dan kuat semangat.. saya juga merasa apa yg Dayah rasa.. kehilangan suami yg tersayang.. Ramadhan dan Syawal tanpanya.. sama-samalah kita berdoa moga roh arwah dicucuri rahmatnya…amin…