Ibu tunggal dipukul, diugut bekas kekasih, rugi lebih RM300,000. Seorang wanita yang juga anak ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa menjadi mangsa pukul selain diugut bekas teman lelaki kerana gagal memberikan wang.
Ibu Tunggal Dipukul, Diugut Bekas Kekasih, Rugi Lebih RM300,000
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jihan, 39, mendakwa turut kerugian lebih RM300,000 akibat diperdaya lelaki itu.
Ibu tunggal seorang anak itu mendakwa mengenali lelaki terbabit yang bekerja sebagai penjawat awam di sebuah agensi penguat kuasa di Langkawi sejak 2020 melalui media sosial.
Katanya, pada mulanya lelaki itu langsung tidak menunjuk belangnya malah menunjukkan sifat romantis dan penyayang selain berjanji untuk berkahwin dengannya.
“Dia beritahu saya yang dia dalam proses untuk berpisah dengan isterinya walaupun sudah mempunyai seorang anak namun semuanya tipu belaka.
“Disebabkan dia berjanji untuk berkahwin dengan saya, apa saja yang dia mahu saya tunaikan sehinggalah saya sanggup membelikan sebuah kereta mewah jenis BMW, sebuah motosikal, jam tangan berjenama bernilai RM6,000, cermin mata bernilai RM2,000 selain wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya setiap bulan.
“Saya mula mengikut kehendaknya dengan memberi apa saja termasuk wang sejak itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurut Jihan, dia juga sering bertemu dengan bekas kekasihnya itu di Langkawi kerana lelaki itu bertugas di sana malah turut membelikan jet ski untuk lelaki itu menjalankan perniagaan di sana.
Katanya, lelaki itu mula menunjukkan sikap panas baran apabila dia tidak memberikan wang kepadanya sejak tahun lalu.
“Saya pernah dimaki hamun oleh lelaki berkenaan malah pada 10 Oktober 2023 pada jam 3.13 petang dia turut mencekik saya sehingga meninggalkan kesan merah, lebam di bahagian mata akibat ditumbuk serta dihantuk kepala.
“Saya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Langkawi akibat kecederaan yang dialami.
Ads
“Bukan itu saja malah bekas kekasih turut mengugut dengan pelbagai ugutan termasuk mahu mengaibkan diri saya kepada keluarga jika saya tidak menurut kehendaknya serta pernah juga mengacu pisau ketika kami bergaduh tahun lalu,” katanya.
Jihan berkata, lelaki itu yang bekerja di Langkawi juga sering mencari kesilapan dalam perhubungan mereka dan terus menghantar WhatsApp ugutan kepadanya.
Katanya, keadaan itu menjadikan dia trauma dan terpaksa menyekat nombor telefon lelaki terbabit bagi mengelakkan terus menerima ugutan.
“Namun, disebabkan tidak tahan selain risaukan keselamatan diri, saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi Rabu lalu untuk memaklumkan kejadian yang menimpa saya.
“Saya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadapnya di atas apa yang berlaku,” katanya yang terpaksa mengambil masa lama untuk membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.
Menurutnya dia kini terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling melalui rakannya selain bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan kerana trauma dengan apa yang berlaku sehingga mengalami tekanan perasaan.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada wanita terbabit.
Pelajar perempuan tingkatan dua maut, terjatuh tingkat lapan bangunan sekolah. Seorang pelajar perempuan sekolah menengah maut selepas terjatuh dari bangunan sekolahnya di Jelutong, George Town, Pulau Pinang pada petang Isnin.
Pelajar Perempuan Tingkatan Dua Maut
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa yang berusia 14 tahun disahkan maut di lokasi kejadian selepas terjatuh dari tingkat lapan sekolah tersebut.
Menurutnya, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang mengenai kejadian tersebut pada jam 5.57 petang.
Mangsa yang berusia 14 tahun disahkan maut di lokasi kejadian. Gambar kecil: Abdul Rozak.
Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah
“Kita menerima laporan mengenai seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua telah meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di sini.
“Siasatan di lokasi kejadian dan tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah dalam kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Tambah beliau, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
“Satu laporan mati mengejut dibuka untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap kes ini.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh menjejaskan siasatan polis,” ujarnya.
Abdul Rozak turut memohon agar orang ramai tidak menularkan gambar atau video tempat kejadian bagi menghormati waris mangsa.
Tragedi pelajar UPSI, Muhammad Zahim antara yang terselamat, cedera di bahagian pinggang. Tragedi nahas bas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dan meragut 15 nyawa pelajar UPSI telah menggemparkan negara serta mengundang rasa dukacita seluruh rakyat.
Tragedi Pelajar UPSI, Muhammad Zahim Antara Yang Terselamat, Cedera Di Bahagian Pinggang
Dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah. Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun.
Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tempoh hari juga ialah Muhammad Zahim Zakri bin Mokharizam yang tinggal di Kampung Bukit Pelong, Permaisuri. Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir telah berkesempatan melawat pelajar ini.
Muhammad Zahim mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan sukar nak bercakap lagi kerana menahan kesakitan. Ketika kejadian berlaku, Zahim tidak tidur dan sedar sepenuhnya sepanjang detik cemas itu serta sempat keluar dari bas berkenaan.
Lebih menyedihkan, ada rakannya yang duduk sebaris telah terkorban dalam tragedi tersebut. Sama-sama kita doakan agar adik Zahim terus diberi kekuatan dan kesembuhan yang sempurna.
Perkongsian Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana, berkongsi kegembiraan dan rasa bangganya terhadap kejayaan anak sulungnya, Syaikhul Islam, melalui Instagram Story miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Puteri Sarah memuat naik beberapa gambar yang merakam detik bermakna apabila Syaikhul menerima Anugerah Pemain Terbaik Falcons U7 FC Kuala Lumpur.
Keputusan yang diumumkan pada FC Kuala Lumpur Awards Night itu menandakan pencapaian luar biasa buat Syaikhul, yang baru berusia tujuh tahun. Puteri Sarah dengan penuh kasih mengucapkan tahniah kepada anaknya atas usaha gigih dan dedikasinya dalam sukan bola sepak. Kejayaan ini pastinya memberi inspirasi bukan sahaja kepada rakan sepasukan, tetapi juga kepada ibu bapa lain yang mengikuti perkembangan Syaikhul.
Gambar-gambar yang dikongsi oleh Puteri Sarah menunjukkan Syaikhul dengan bangga memegang trofi anugerahnya sambil tersenyum lebar.
Dalam majlis tersebut, Syaikhul tampil dengan penuh keyakinan, mencerminkan semangat seorang atlet muda yang bercita-cita tinggi.
Puteri Sarah juga menyelitkan rasa syukurnya dalam perkongsian itu, mendoakan agar kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk Syaikhul terus cemerlang dalam sukan dan kehidupan.
“Mama is so pround of abang! Player of the year for @fckualalumpur. Fly high Syaikhul Islam!”- Puteri Sarah
Puteri Sarah juga dilihat sebagai seorang ibu yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada anak-anaknya. Sebagai seorang figura dia sering berkongsi detik-detik indah keluarganya bersama peminat di media sosial. Kejayaan Syaikhul ini begitu membanggakan pelakon ini.
Apa yang lebih istimewa, kejayaan ini turut diraikan bersama oleh datuknya, iaitu bapa kepada Puteri Sarah, yang turut hadir memberikan sokongan moral kepada cucunya.
Falcons U7 FC Kuala Lumpur adalah sebuah kelab bola sepak yang dikenali kerana melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi dalam sukan bola sepak. Anugerah Pemain Terbaik yang diterima oleh Syaikhul adalah satu penghormatan besar yang menunjukkan dedikasi serta kerja keras beliau sepanjang musim ini. Majlis FC Kuala Lumpur Awards Night juga adalah platform penting untuk menghargai pencapaian pemain-pemain muda seperti Syaikhul.
Dengan pencapaian ini, Syaikhul Islam membuktikan bahawa usia muda bukanlah halangan untuk meraih kejayaan besar. Puteri Sarah pastinya berharap agar anaknya dapat terus berusaha dan mengukir lebih banyak kejayaan di masa akan datang. Sokongan keluarga, bimbingan jurulatih, serta semangat yang tidak pernah luntur akan terus menjadi faktor utama yang mendorong Syaikhul untuk terus melangkah jauh dalam dunia sukan.
Semoga kejayaan Syaikhul ini menjadi inspirasi buat semua, khususnya generasi muda yang bercita-cita besar dalam mengejar impian mereka.
Sumber: IG puterisarahliyana
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di