Sebagai sebahagian daripada inisiatif global, Ice-Watch turut memainkan peranannya dalam penganjuran aktiviti kecergasan dengan memperkenalkan salah satu acara larian terbesar dalam komuniti global kami untuk kali ke-6, Ice-Watch Colour Up The Night Run 2023.
“Ice-Watch Colour Up the Night Run 2023 lebih daripada sekadar maraton; ia adalah perayaan kehidupan dan vitaliti,” kata Pengerusi Ice-Watch Malaysia, Dato Sri Meer Habib.
“Kami teruja untuk mengumpulkan komuniti yang pelbagai untuk merasai keajaiban acara unik ini.”
Larian pada tahun ini menjadi lebih istimewa dengan pengenalan ICE smart one, sebuah jam tangan pintar canggih yang menggabungkan gaya, fungsi, dan inovasi dengan lancar.
Ads
Walaupun memiliki ciri-ciri seperti jam tangan pintar lain di pasaran, ICE smart one membezakan dirinya dengan tali jam yang boleh ditukar ganti, membolehkan pemakai meluahkan individualiti mereka dengan mudah.
Koleksi ICE smart one merupakan bukti komitmen Ice-Watch terhadap inovasi. Dengan empat model yang mencolok, masing-masing penuh dengan warna yang cerah, koleksi ini menetapkan standard baru untuk jam tangan yang terhubung.
Ads
Jam tangan pintar ICE smart one mengintegrasikan teknologi terkini dengan sempurna sambil mengekalkan reka bentuk yang khas dari jenama, mengajak pemakai untuk merangkul masa depan penjagaan masa.
“ICE smart one adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bagi untuk menggabungkan teknologi canggih dengan kecenderungan kami untuk reka bentuk yang unik,” kata Pengarah Time Zone Malaysia, Mirzan Meer.
Ads
“Koleksi ini melambangkan dedikasi kami untuk menyampaikan bukan sahaja jam tangan, tetapi pengalaman yang bergema dengan kepekaan moden dan gaya peribadi.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beberapa hari yang lepas, tular video seekor kucing yang matanya dipenuhi ulat. Video tersebut telah dimuat oleh pemilik kucing tersebut yang memohon tip dan petua dari netizen untuk merawat sakit mata kucing tersebut memandangkan hari kejadian jatuh pada hari cuti.
Bagi pencinta haiwan terutamanya kucing, tentu kejadian ini sangat meruntun hati. Lebih-lebih lagi melihat kucing tersebut yang seakan lemah dengan keadaan yang menimpanya.
Kucing yang diberi nama Baby Kabut ini telah dijangkiti parasit di dalam mata kanannya. Sejak video tersebut viral, ramai netizen tampil menbantu berkongsi cara rawatan.
Ramai yang risau keadaan kucing tersebut yang mungkin boleh buta matanya jika cara rawatan yang diberikan salah dan menambahkan lagi kecederaan matanya.
Bagi yang tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku kerana kebiasaannya haiwan seperti kucing dan anjing mendapat jangkitan parasit secara tidak sengaja kerana tertelan telur parasit yang terdapat di dalam air, makanan atau tanah yang telah tercemar oleh najis haiwan yang telah dijangkiti.
Manusia, kucing dan anjing juga boleh dijangkiti apabila memakan daging haiwan lain yang mengandungi larva parasit. Haiwan yang dikenali sebagai perumah paratenik ini terdiri daripada haiwan ternakan bersaiz kecil seperti arnab, ayam dan itik ataupun burung liar.
Di dalam kes jangkitan cacing pita seperti Dipylidium caninum, manusia atau haiwan kesayangan boleh dijangkiti apabila tertelan kutu anjing atau kutu kucing yang mengandungi larva parasit. Kes seperti ini juga berlaku pada bayi yang dibesarkan di dalam kediaman yang memiliki haiwan kesayangan yang telah dijangkiti.
Dalam kes Baby Kabut ini, setelah diberikan rawatan dengan memberi semburan pada matanya bagi mengeluarkan parasit tersebut namun kerana keadaannya yang masih lemah langkah seterusnya terpaksa ditangguhkan kerana keadaannya yang lemah dan bimbang parasit tersebut sampai ke otak.
Dalam perkembangan terkini Baby Kabut, kucing ini baru sahaja menjalani pembedahan mata bagi mengeluarkan parasit tersebut.
Pujian harus diberikan pada pemilik kucing dan para netizen yang berusaha untuk menyelamatkan haiwan ini dari terus dijangkiti parasit.
Dalam ruangan komen, ramai netizen yang memberikan petua untuk membuang parasit ini agar tidak terus merebak atau menyebabkan matanya buta.
LATAR BELAKANG
Permintaan tinggi terhadap makanan ringan di pasaran tempatan mendorong pengilang mengeluarkan pelbagai jenis produk.
Terdapat pelbagai bentuk dan perisa makanan ringan dikeluarkan pada masa kini termasuklah jeli yang bukan sahaja digemari kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.
Seperti yang diketahui umum, pengambilan makanan ringan dan makanan segera secara berlebihan bukan sahaja membawa keburukan kepada tubuh badan tetapi turut memberi impak kepada pertumbuhan seseorang individu.
Sejak usia kanak-kanak, kita diajar untuk mengamalkan pemakanan seimbang bagi memastikan tubuh mendapat khasiat makanan yang secukupnya.
Namun perkara sebegini sukar diamalkan sekiranya ibu bapa itu tidak memainkan peranan dalam memberi penerangan kepada anak masing-masing peri pentingnya pengambilan makanan berkhasiat.
MENGENAI DAKWAAN
Seorang pengguna TikTok iaitu @miss pharmacist mendakwa makanan ringan konjac jelly tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana ia bersifat sangat kenyal dan menyebabkan ia sukar ditelan.
Wanita itu turut mendakwa Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US FDA) selain negara seperti Australia mengharamkan kemasukan bahan makanan berkenaan susulan laporan beberapa kes kematian.
“Bagaimana konjac jelly ini menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa ini adalah disebabkan struktur gelatin yang menyebabkan ia susah ditelan dan dikunyah dan ia juga tidak mudah dilarutkan ketika ia berada di dalam mulut.
“Ada bukti yang mengatakan konjac jelly ini boleh mengembang di dalam saluran pemakanan kita iaitu esofagus sehingga ke usus kita.
“Risiko untuk kita tercekik konjac jelly ini di usus meningkat apabila kita makan konjac jelly in tanpa (minum) air, kita sedut jelah, bukan kita telan dengan air pun,” jelasnya dalam video TikTok berkenaan.
Setakat laporan ini ditulis (12 Oktober 2022), video berkenaan telah meraih lebih 718,000 tontonan dan lebih 2,000 komen daripada pengguna TikTok.
ANAK SESAK NAFAS SELEPAS MAKAN KONJAK JELI
Ibu bapa mana tidak panik apabila anak yang sihat tiba-tiba mengalami muntah dan sesak nafas.
Demikian situasi yang berlaku terhadap anak perempuan wanita dikenali sebagai Sheril Amelia.
Difahamkan kejadian kecemasan tersebut berlaku selepas anaknya memakan konjak jeli iaitu makanan ringan yang popular dan viral dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Real Sheril Amelia, dia menyatakan bahawa anak perempuannya terpaksa dimasukkan ke hospital dan mendapatkan rawatan kecemasan kerana mengalami muntah.
“Kanak-kanak yang dilaporkan mengalami sesak nafas kerana makan konjak jeli.”
Kanak-kanak yang dilaporkan mengalami sesak nafas selepas memakan jeli kenyal.
“Malam tadi balun (makan) sampai setengah plastik… pagi tadi pergi sekolah muntah-muntah.
“Petang tadi bawa pergi HAT (Hospital Angkatan Tentera) Tuanku Mizan kerana batuk dan nafas laju,” ujarnya.
Malah, dia turut mendakwa ramai ibu bapa turut berkongsi keadaan kesihatan anak mereka merosot selepas menikmati jeli berkenaan.
“Selepas kongsikan pada status WhatsApp, ramai yang komen cakap anak-anak mereka ada yang alami cirit birit selepas makan.
“Ada juga yang makan tapi okay… ikut la perut masing-masing,” ujarnya.
Seorang lagi ibu turut berkongsikan keadaan kesihatan anaknya yang tiba-tiba sukar bernafas selepas menikmati makanan yang sama.
Enam sampel produk jeli turut dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindak penarikan balik produk.
Berdasarkan video perkongsian Lara Asheikin, anak lelakinya ditahan di zon kritikal disebabkan sesak nafas secara tiba-tiba.
“Izzul tiada demam dan tiada asma… tetapi tiba-tiba sesak nafas.
“Apabila periksa balik, rupanya Izzul sesak nafas sebab makan jeli. Makanan ni memang viral dalam kalangan kanak-kanak masa kini,” luahnya.
Disebabkan terdapat laporan peningkatan kes kecemasan melibatkan kanak-kanak, makanan viral di TikTok ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut KKM, pihaknya memantau produk tersebut sejak tahun 2001 selepas menerima banyak laporan tentang risiko tercekik pada kanak-kanak.
Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil glukomannan. Ia turut dikenali sebagai konnyaku, konjonac atau serbuk taro dan tepung keladi.
“Industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli.
“Penambahan konjak adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan,” katanya.
Peraturan yang ditetapkan di Malaysia berkaitan penggunaan konjak.
Menurut KKM lagi, produk konjak jeli mempunyai tekstur kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar ditelan berbanding produk jeli yang lain.
Ekoran itu, katanya, mengambil kira risiko yang wujud, kawalan ke atas produk dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.
Tambah KKM, berdasarkan data pemantauan dari tahun 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.
“Enam sampel produk jeli turut dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindak penarikan balik produk (recall) oleh KKM,” katanya.
Dikala kita sedang gembira meraikan hari Raya Aidiladha ada juga yang sedang berduka akibat kehilangan keluarga tersayang. Hakikatnya, kita sebagai manusia tidak mampu untuk melawan takdir yang tertulis oleh-Nya. Ajal maut, jodoh pertemuan semua menjadi rahsia dariNya jua.
“Tidak ada raya tahun ini,” begitu jawapan ringkas diluahkan balu Allahyarham Azirul Azeem Mazri, 30, yang maut bersama bayi lelaki mereka Muhammad Adhwa berusia 10 bulan selepas terbabit kemalangan 1.15 pagi semalam sebagaimana memetik laporan berita di Harian Metro.
Farah Nasuha Johari, 30, berkata demikian selepas ditanya mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha selepas ketiadaan dua insan tersayang yang pergi serentak meninggalkannya buat selama-lamanya.
Farah yang bekerja sebagai guru di Pasir Gudang, Johor tidak mampu berkongsi cerita berikutan masih sebak dan menitiskan airmata sepanjang proses pengkebumian dua insan tersayang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Menara, di sini, kira-kira 500 meter dari rumah keluarganya di kampung sama.
“Saya minta maaf,” katanya.
Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan berkenaan jam 11 malam ini.
Terdahulu, jenazah dua beranak terbabit yang tiba dari Hospital Rompin, Pahang sebelum maghrib dan disembahyangkan di rumah keluarganya sebelum dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 10 malam.
Abang Allahyarham Azirul Azeem,Muhammad Azmin, 34, berkata, ketika kejadian, arwah adik dalam perjalanan pulang ke kampung selepas menjemput isterinya yang bekerja di Pasir Gudang.
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan bersama keluarga untuk pulang bercuti Aidiladha di kampung isteri di Negeri Sembilan.
“Sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, kira-kira jam 2.20 pagi, saya menerima panggilan daripada adik beradik memberitahu Azeem kemalangan dan nazak.
“Tidak lama kemudian, saya menerima semula panggilan memberitahu Azeem meninggal dunia bersama anaknya manakala isterinya terselamat.
“Saya kemudian membatalkan perjalanan balik ke Negeri Sembilan sebelum ke Hospital Rompin,” katanya bagi menguruskan mayat adik berserta bayinya.
Muhammad Azmin berkata, Farah ada memberitahunya, arwah suami bercadang untuk berehat dan tidur di Rompin sebelum meneruskan perjalanan.
“Difahamkan mereka bertolak dari Pasir Gudang jam 10 malam (Selasa) sebelum terbabit kemalangan jam 1.45 pagi tadi (Rabu),” katanya yang menjalankan perniagaan vape bersama arwah adik.
Kata-kata arwah itu bagaikan petanda apabila dua beranak terbabit terus ‘tidur’ buat selama-lamanya selepas terbabit kemalangan di Rompin.
Meta memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai Teen Accounts bagi meningkatkan tahap keselamatan remaja yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan Facebook. Inisiatif itu...