Beberapa hari yang lepas, tular video seekor kucing yang matanya dipenuhi ulat. Video tersebut telah dimuat oleh pemilik kucing tersebut yang memohon tip dan petua dari netizen untuk merawat sakit mata kucing tersebut memandangkan hari kejadian jatuh pada hari cuti.

Bagi pencinta haiwan terutamanya kucing, tentu kejadian ini sangat meruntun hati. Lebih-lebih lagi melihat kucing tersebut yang seakan lemah dengan keadaan yang menimpanya.

Terkejut Tengok Ulat Banyak Dalam Mata Kucing, Rupanya Boleh Terjadi Pada Bayi Juga
Parasit yang keluar dari mata Baby Kabut

Kucing yang diberi nama Baby Kabut ini telah dijangkiti parasit di dalam mata kanannya. Sejak video tersebut viral, ramai netizen tampil menbantu berkongsi cara rawatan.

Ramai yang risau keadaan kucing tersebut yang mungkin boleh buta matanya jika cara rawatan yang diberikan salah dan menambahkan lagi kecederaan matanya.

[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

Bagi yang tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku kerana kebiasaannya haiwan seperti kucing dan anjing mendapat jangkitan parasit secara tidak sengaja kerana tertelan telur parasit yang terdapat di dalam air, makanan atau tanah yang telah tercemar oleh najis haiwan yang telah dijangkiti.

IKLAN

Manusia, kucing dan anjing juga boleh dijangkiti apabila memakan daging haiwan lain yang mengandungi larva parasit. Haiwan yang dikenali sebagai perumah paratenik ini terdiri daripada haiwan ternakan bersaiz kecil seperti arnab, ayam dan itik ataupun burung liar.

 

@depinkykitchen #catlover #catloversoftiktok #kucing #kucingtiktok #kucingsakitmata #viral #videokucing #fyp #fypviral #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ ♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

Di dalam kes jangkitan cacing pita seperti Dipylidium caninum, manusia atau haiwan kesayangan boleh dijangkiti apabila tertelan kutu anjing atau kutu kucing yang mengandungi larva parasit. Kes seperti ini juga berlaku pada bayi yang dibesarkan di dalam kediaman yang memiliki haiwan kesayangan yang telah dijangkiti.

IKLAN

Dalam kes Baby Kabut ini, setelah diberikan rawatan dengan memberi semburan pada matanya bagi mengeluarkan parasit tersebut namun kerana keadaannya yang masih lemah langkah seterusnya terpaksa ditangguhkan kerana keadaannya yang lemah dan bimbang parasit tersebut sampai ke otak.

Terkejut Tengok Ulat Banyak Dalam Mata Kucing, Rupanya Boleh Terjadi Pada Bayi Juga

Dalam perkembangan terkini Baby Kabut, kucing ini baru sahaja menjalani pembedahan mata bagi mengeluarkan parasit tersebut.

Pujian harus diberikan pada pemilik kucing dan para netizen yang berusaha untuk menyelamatkan haiwan ini dari terus dijangkiti parasit.

IKLAN

Dalam ruangan komen, ramai netizen yang memberikan petua untuk membuang parasit ini agar tidak terus merebak atau menyebabkan matanya buta.

Terkejut Tengok Ulat Banyak Dalam Mata Kucing, Rupanya Boleh Terjadi Pada Bayi Juga
Baby Kabut selepas mendapatkan rawatan. Bahagian matanya dibedah untuk mengeluarkan parasit.

Antara petua yang diberikan adalah :

  1. Rebus tembakau biar pekat2 airnya..rajin spray air tembakau..kalau bole..tekapkan tembakau yg dah direbus dan disejukkan ke bagian yg berulat tu..
  2. kesiannya….letak abu sampah yg paling bawah/halus dalam tempat berulat tu..nntu ulat tu akak keluar sendiri..letak abu yg kita bakar sampah byk2..
  3. kesiannya….letak abu sampah yg paling bawah/halus dalam tempat berulat tu..nntu ulat tu akak keluar sendiri..letak abu yg kita bakar sampah byk2..
  4. kesiannya….letak abu sampah yg paling bawah/halus dalam tempat berulat tu..nntu ulat tu akak keluar sendiri..letak abu yg kita bakar sampah byk2..
  5. kesiannya….letak abu sampah yg paling bawah/halus dalam tempat berulat tu..nntu ulat tu akak keluar sendiri..letak abu yg kita bakar sampah byk2..

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Terkejut Tengok Ulat Banyak Dalam Mata Kucing, Rupanya Boleh Terjadi Pada Bayi Juga

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI