Ikan sememangnya cukup sensitif apabila disimpan lama di dalam peti sejuk. Sifatnya yang berbau hanyir dan mudah kecut membuatkan isinya tidak lagi sedap dimakan jika disimpan terlalu lama.
Namun ada caranya yang ibu patut tahu untuk mengekalkan ikan ini disimpan lebih lama daripada tempoh biasa anda menyimpannya. Jangan terus dibuang ikan ini sebaliknya cuba langkah ini. Caranya mudah sahaja. Cuba tip yang diberikan ini.
Rendam Cuka
Rendaman cuka antara cara yang boleh memulihkan ikan untuk kembali segar. Caranya mudah sahaja, keluarkan ikan daripada peti sejuk dan rendamkan dengan air seketika. Kemudian tuangkan sedikit cuka ke dalam air rendaman ikan dan biarkan seketika.
Ads
Rendam Susu
Ini pula cara buat ikan hilang hanyirnya malah kembali segar. Sebaik dikeluarkan daripada peti sejuk, rendamkan dengan air dan letakkan sedikit susu. Biarkan seketika dan lihat hasilnya.
Ads
Garam & Kunyit
Tip ini juga boleh dicuba. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit kemudian gaulkan rata.Simpanlah di dalam bekas bertutup. Cubalah sekarang.
Ads
Jangan Siang Ikan
Ada yang berpendapat ikan tidak seharusnya disiang terlebih dahulu agar ia kekal segar. Simpan ia ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk.
Bekukan Seperti Ais Batu
Ini menarik. Sebaik ikan disiang dan dibersihkan, letakkan ikan di dalam bekas dan penuhkan ia dengan air sehingga menutup semua ikan. Biarkan beku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin untuk menanam lobak merah tidak ramai yang mempunyai pengalaman. Namun setelah membaca perkongsian daripada CT Hamisah Ahmad, terasa seronok juga untuk dicuba.
Nampak mudah, bila anak pokok yang disemai walau hanya ditempatkan di dalam botol plastik, lobak merah dapat hidup subur.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya tanam lobak dalam botol ja….lobak saya semai dkt tray dulu. Bila keluar daun 4, 5 helai baru saya pindahkan ke dalam botol.
Saya semai biji benih beli dekat kedai. Dekat shopee pun ada banyak dijual…..
Daun carrot bila mula² keluar macam rumput. Biar dulu daun sebenar keluar baru pindahkan ke dalam pasu atau botol.
Isi tanah jangan bagi penuh. Lebih kurang ¾ ja…Masukkn anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Tinggal daun ja di luar. Tapi jangan sampai tertimbus pucuk… Nanti mati…
Bila batang meninggi, mesti timbus sampai pelepah paling bawah… Kalau tak, nanti lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi….
Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. So, topup lagi tanah timbus batang smpai pelepah terbawah. Buang daun yan bawah sekali
Siram 2x sehari…
Lobak putih ni belum sampai 2 bulan… Yang penting tanah tak keras bagi memudahkan ubi membesar….
Bila dua insan berpisah, mungkin ramai fikir yang paling terluka ialah pasangan itu. Hakikatnya, ada jiwa lain yang kadang-kadang lebih terasa parah iaitu anak-anak. Kehidupan mereka berubah sekelip mata. Rumah yang dulu jadi tempat bermanja, kini terbahagi dua. Apabila salah seorang ibu atau ayah mula membina keluarga baru, ada hati yang diam-diam menangis.
Ramai anak mengaku mereka rasa macam ‘tersisih’ bila ibu atau ayah mula tumpu pada pasangan baru. Lagi-lagi bila hadir pula adik-adik tiri atau adik baru. Hati anak mula tanya, “Adakah ayah masih sayang aku? Adakah mak dah lupakan aku?” Walaupun jarang diucap, soalan-soalan tu membunuh perlahan-lahan keyakinan dan kasih yang mereka simpan.
Anak-anak yang jadi ‘mangsa senyap’ perkahwinan semula boleh alami kemurungan, masalah tingkah laku, malah rasa tak dihargai. Mereka perlukan ruang untuk meluahkan, bukan sekadar diminta faham.
Sebagai ibu bapa, komunikasi adalah kunci. Jangan biarkan anak membuat andaian tentang kedudukan mereka dalam hati kita. Ucapkan, peluk, dan tunjuk bahawa kasih kita sebagai ibu ayah pada mereka tak akan pernah berkurang walau bagaimana pun hidup berubah.
Libatkan mereka dalam hidup baru, dengar suara mereka, dan jangan paksa mereka ‘cepat menerima’. Anak perlukan masa. Yang paling penting, jangan jadikan mereka seolah-olah tetamu tak diundang dalam rumah sendiri.
Bukan sekadar cerita dari mulut ke mulut, kajian juga membuktikan betapa besarnya impak emosi anak bila ibu atau ayah berkahwin semula.
Menurut American Academy of Child & Adolescent Psychiatry (AACAP), ramai anak hasil keluarga bercerai menunjukkan tanda kebimbangan, mudah marah, dan rasa rendah diri. Bila ibu atau ayah mula membina keluarga baru, perasaan “diganti” atau “tak penting” semakin kuat.
Satu lagi kajian oleh Journal of Family Psychology mendapati hampir 20% kanak-kanak dalam keluarga tiri mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan hubungan baru, dan kesannya boleh berlarutan hingga remaja. Mereka bukan saja hilang keyakinan, malah cenderung menjauhkan diri daripada ibu atau ayah kandung kerana rasa dikhianati.
Di Malaysia pula, pakar kaunseling kekeluargaan pernah menegaskan bahawa anak-anak yang terperangkap dalam konflik penceraian dan perkahwinan semula mudah alami masalah tingkah laku terutama bila tiada ruang komunikasi yang baik dengan ibu atau ayah.
Perkahwinan semula bukanlah dosa. Ia jalan baharu untuk bahagia. Tapi ingat, bahagia itu akan lebih indah kalau anak-anak juga dapat merasa. Kerana dalam apa jua keadaan, mereka tetap darah daging yang kita janji akan jaga seumur hidup.
Perasaan-perasaan inilah yang cuba dibawa dalam drama menyentuh hati, Rumah Tanpa Luka arahan Nur Ain Sharif. Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Erysha Emyra, Nadhir Nasar, Naura Arissa, Ziela Jalil, Raja Azmi, Zaefrul Nordin, Hafreez Adam, Yuna Rahim, Aziz M. Osman, Rasya Sofea, Hanan Adraa dan ramai lagi, drama ini mengangkat kisah kasih sayang dan pengorbanan yang sering kita terlepas pandang.
Mengisahkan Kalsom, seorang gadis yang rela mengorbankan segalanya demi menjaga adiknya, Rose Ameena yang lahir dengan Down Syndrome. Hidup Rose penuh cabaran, bukan sahaja kerana keadaannya tetapi juga sering dianggap pembawa malang oleh ibu bapa sendiri hingga rumah tangga mereka runtuh. Lebih menyayat hati, abang tiri mereka sanggup menghalau keluar hanya kerana dendam lama.
Namun dalam segala kepayahan, muncul Qiuzi yang memberi sinar harapan baru. Persoalannya, mampukah Kalsom dan Rose akhirnya mengecap bahagia selepas semua derita yang dilalui?
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Rumah Tanpa Luka, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim secara eksklusif di aplikasi Sooka.Sebuah kisah yang bukan sekadar drama, tetapi cermin kepada realiti tentang luka yang diwarisi, pengorbanan yang tak terbalas, dan harapan yang sentiasa ada walau hidup penuh luka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahu ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.
Namun mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka. Ada yang bahagia dan ada juga kecundang.
Sebagai umat Islam, percaya kepada jodoh, ajal maut semuanya ditentu oleh Yang Maha Esa. Apa yang berlaku ada hikmah di sebalik setiap ujian yang kita lalui.
Instafamous, Farah Lee menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi jawapan apabila ditanya soalan bagaimana menjelaskan kepada anak mengenai penceraian yang berlaku dalam keluarga.
Menurut Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar, dia mengambil pendekatan berterus terang kepada anaknya bairpun anak masih kecil.
Saya bercerai 10 hari selepas ulang tahun kedua Maream. Oleh kerana kami menjadikannya rasmi secara profesional di pengadilan, jadi saya mempunyai masa untuk mempersiapkan diri, begitu juga Maream.
Saya katakan kepadanya, ibu bapanya bercerai kerana masalah tertentu yang sama sekali tidak berkaitan dengannya. Keputusan itu tidak ada kaitan dengan kehadirannya, tingkah lakunya, atau hanya dia.
Bahawa kedua ibu bapanya telah berusaha keras dan ini adalah keputusan terbaik untuk kita semua. Itu tidak kira bentuk keluarganya; jarak; kedua ibu bapanya akan selalu menyayanginya.
Anda fikir pada usia dua tahun, dia akan faham.? Tidak, dia tidak. Tetapi saya tetap memberitahunya, kerana ‘perceraian’ adalah sebahagian dari dirinya dan dia ada HAK untuk mengetahui mengenainya.
Sekarang, dia sudah faham, dia bahkan menjelaskan kepada anak-anak usianya apa maksud perceraian.
Penceraian itu teruk sebab kita anggap begitu
Perkataan ‘Perceraian’ itu teruk kerana ANDA menganggapnya teruk. Oleh itu, anda berusaha keras untuk menyembunyikannya dari anak anda. Anda membuat alasan, membuat cerita, paling teruk anda berbohong – supaya anak anda tidak tahu bahawa ibu bapa tidak lagi bersama – kerana anda tidak tahu bila masa yang tepat untuk memberitahu mereka, kerana bagi anda perceraian itu buruk – – BETUL.?
Beritahu mereka segera – atau sebelumnya – lebih baik libatkan mereka dalam perbincangan anda jika anda belum memutuskannya sehingga mereka merasa disertakan.
Mereka mempunyai hak untuk mengetahui (terlibat) kerana mereka adalah BAHAGIAN KELUARGA, dan keputusan itu mempengaruhi bentuk keluarga mereka. Perkara berlaku. Cara terbaik untuk menghadapinya adalah dengan mengetahuinya, bukan sebaliknya.
Dalam pada itu netizen menyokong cara dan pandangan Farah Lee dengan penjelasan sebegitu agar anak mengetahui bahawa penceraian bukan sesuatu yang bad atau teruk.
Penceraian juga jadi asbab rezeki melimpah ruah.
Keluarga: Penceraian bukan bermakna tiada lagi bahagia. Ia pastinya ada sinar yang lebih indah.