Setiap pasangan suami isteri sememangnya menginginkan zuriat sendiri terutama apabila sudah lama mendirikan rumah tangga. Usaha dan tawakal adalah jalan terbaik untuk dikurniakan rezeki cahaya mata.
Tak kurangnya juga seperti pelakon Nabila Huda yang baru-baru ini difahamkan membeli vitamin khas untuk mendapatkan anak ketika berada di London.
Menerusi ciapannya di Twitter, Nabila berkongsi gambar vitamin yang dibelinya itu kepada orang ramai.
Ads
“Orang pergi London beli baju la, branded handbags la, itu ini. She beli ni…. hahahahaha! I’m one in a million okay…,” tulisnya.
Orang pergi London beli baju la,branded handbags la, itu ini..She beli ni..hahahaha! I’m one in a million ok..🤣 pic.twitter.com/0BQRXXzD9z
Dalam pada itu, ciapannya itu turut menerima maklum balas yang positif kerana rata-rata warganet berkongsi tentang keberkesanan vitamin tersebut.
Ads
Ads
Sekadar info, Nabila dan suaminya Izwan telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, Nabila masih dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu dengan Zaidy Zalian sebelum berpisah pada 2011.
Sumber: Twitter
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya terdapat pelbagai jenis mainan kanak-kanak yang dijual di pasaran. Tetapi ada beberapa variasi mainan murah tertentu berperanan dalam membantu kanak-kanak belajar dan berkembang.
Ini diantara jenis mainan yang mak ayah perlu belikan untuk anak-anak di rumah. Wajib ada!
1. Blok dan mainan binaan
Pemainan blok dipercayai dapat merangsang pertumbuhan otak dalam semua aspek perkembangan. Malah ada kajian membuktikan kanak-kanak yang bermain blok secara kerap ketika berusia 3, 4 dan 5 tahun akan lebih baik dalam pelajaran matematik, khususnya algebra apabila berada di sekolah menengah.
Terdapat banyak pilihan blok dan set pembinaan yang menyeronokkan untuk dipertimbangkan, termasuklah blok kayu dan lego.
2. Mainan kanak-kanak susun gambar dan mainan penyelesaian masalah
Jigsaw puzzle atau susun gambar, sama seperti permainan blok dan lego, turut menyokong perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai cara.
Semasa kanak-kanak menyelesaikan game susun gambar, mereka sebenarnya sedang menggunakan:
* Kemahiran menyelesaikan masalah
* Koordinasi tangan-mata
* Kemahiran motor halus
* Pengecaman bentuk
* Ingatan
* Kemahiran kesedaran spatial dan banyak lagi
Kanak-kanak pada usia 2-3 tahun boleh melakukan yang terbaik dengan susun gambar 4-12 keping. Manakala kanak-kanak prasekolah akan seronok menyelesaikan puzzle yang lebih kompleks antara 12-20 keping atau lebih.
3. Playdough, slime & bola
Apabila anak bermain sebarang mainan budak melibatkan penggunaan kedua-dua belah tangan, ia meningkatkan koordinasi antara tangan serta mata dan kemahiran lain seperti menggenggam dan memegang.
Bermain playdough atau tanah liat, slime atau bola merupakan antara contoh mainan kanak-kanak yang melibatkan penggunaan kedua belah tangan.
4. Pretend play
Pretend play atau role play, merupakan permainan dramatik yang mempunyai manfaat kognitif, sosial dan emosi yang terbaik.
Melalui permainan seperti ini, contohnya bermain masak-masak, doktor atau guru, anak akan mula menerokai apa yang disukai, diminati dan menjelajahi dunia di sekeliling mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada anak untuk belajar sesuatu perkara baharu berkaitan kehidupan.
Mainan kanak-kanak yang menyokong permainan ini termasuk perabot saiz kanak-kanak, pakaian dan solekan, anak patung dan pakaiannya, makanan plastik, mesin tunai, alat permainan pengangkutan dan sebarang barangan kreatif membolehkan anak ‘berlakon’ (pretend).
5. Kit seni & kraf
Seni dan kraf merupakan antara mainan yang digemari kanak-kanak. Berikan anak kertas, pensel warna, krayon dan gunting yang selamat untuk mereka.
Lihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila berjaya menghasilkan potongan bentuk unik. Berikan sokongan dan percayalah ia akan terus meningkatkan motivasi mereka untuk lebih berimaginasi dan menjadi kreatif.
6. Mainan muzikal
Seperti lagu, muzik juga memainkan peranan penting dalam kehidupan anak yang membolehkan mereka membesar dan mengembangkan ingatan sambil meningkatkan kemahiran sosial.
Hadiahkan anak drum mainan dan lihatlah mereka berseronok mengetuk dan ketawa. Xylophones turut merupakan antara mainan muzikal yang disukai kebanyakan kanak-kanak.
7. Basikal, kasut beroda & skipping rope, antara mainan budak berfaedah
Jangan biarkan anak terkurung di rumah! Manfaatkan cuaca yang baik pada waktu petang (atau pagi) dan bawa mereka ke taman permainan dengan aktiviti seperti di atas. Selain baik untuk fizikal ia juga baik untuk mengimbangkan badan dan kemahiran berfikir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Poligami menjadi isu panas yang tiada kesudahan. Sesuatu yang dihalalkan agama dan mengharamkan poligami barangkali menafikan hukum Tuhan.
Namun, jarang ditekankan soal bahayanya poligami yang mampu memperjudikan nasib dan masa depan diri, isteri dan anak jika sang suami tidak mampu berlaku adil.
Aku pernah dah tulis sebelum ni. Poligami ini bukan perkara kau boleh buat suka-suka.
Isteri yang kau ada sekarang, hati dia kau kena jaga sungguh. Ummi pernah pesan ke aku;
“Jangan permainkan hati perempuan.” (Dia merujuk kepada isteri)
Lagi pula isteri itu isteri pertama kau.
Baik, dia begini;
1. Iya, Islam tidak mensyaratkan kau mesti mendapatkan izin isteri pertama untuk kau kahwin 1 lagi. Tapi mendahulukan hati seorang yang bernama isteri itu keadilan yang kau kena buat.
2. Kalau berlaku dia tidak setuju, hormati keputusan itu. Berbincang habis-habis dulu. Fahamkan dia apa sebab kau nak berbuat begitu. Apa pula perancangan kau nak handle 2 hati lepas ini.
3. Kalau sampai masa dia setuju, kau buatlah. Andai sampai ke sudah dia masih belum bersetuju, dan dalam masa yang sama dia masih taat sebagai isteri, kau jagalah dia seorang sahaja.
Percayalah, kau tak akan jumpa hati yang sama seperti itu di tempat lain.
4. Menjaga dan mendidik 1 hati pun berat. Lebih lagi lah mendidik 2 hati. Kan? Keperluan 2 orang isteri ini kau mesti penuhi. Kau dah ukur kemampuan sendiri? Persoalan ini semua kau kena jawab dulu.
5. Menceraikan isteri pertama yang tidak setuju dengan kehendak kau nak berkahwin lain adalah 1 perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. Lagi pula kau baru kahwin bang dengan dia. Ya ampun. Pesan aku, baca balik poin nombor 2 dan 3.
Kalian, rumahtangga ini dibina bersama. Suami dan isteri ibarat 2 sayap burung. Untuk terbang, keduanya perlu bergerak serentak. Ke atas ke bawahnya sama. Mesti sepakat dan sekata.
Kalau satu ke atas, satu ke bawah, percayalah kau akan menjunam ke bawah dengan cukup laju. Hah! Faham?
Termasuklah kalau kau rasa kau mampu untuk mengemudi 2 isteri, tetap kau kena pastikan isteri yang ada sekarang faham juga. Dia juga yakin dengan kemampuan kau.
Kawan-kawan, isteri itu anugerah Tuhan buat kita. Kenapa mudah sangat kita sia-siakan hati mereka?
Atas kapasiti apa aku bercakap semua ni? Aku poligami ke? Oh tidak tuan-tuan puan-puan.
Cuma aku anak sulong kepada isteri pertama ayah aku. Dan ummi aku ada 3 adik madu yang boleh hidup 1 bumbung bersama.
Sembahyang sama-sama, masak bergilir, buat kerja rumah sama-sama.
Ummi dengan adik madu yang lain memang macam adik beradik. Anak jaga sama-sama. Sekali pun anak daripada madu dia sendiri.
Namun begitu ingat ini, aku jadi mata yang menyaksikan poligami bukan mudah. Kau kena jadi manusia yang sangat sangat sangat sabar.
Wajib menjadi hamba yang hidup penuh dengan air mata. Merintih dan mengadu cuma pada Tuhan. Abah sebagai seorang suami yang tak pernah tinggal sembahyang malam sekali pun.
Sembahyang fardhu mesti berjemaah. Disiplin beragama sangat tinggi. Bukan Abah seorang diri. Semua isterinya juga diajak mendahulukan agama lebih daripada segalanya.
Abah sedia untuk sembahyang, isteri-isteri dah dalam saf di tikar sembahyang. Sampai tahap itu.
Dan aku berani cakap, gelaran PU bukanlah tanda kau dah cukup sabar untuk semua itu.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Bukan siapa-siapa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika dahulu barang kemas sering dijadikan perhiasan. Namun kini, barang kemas menjadi perhatian apabila nilainya menjadi lebih berganda. Ia terbukti apabila perkongsian ini menyatakan bahawa dulu nilai emasnya hanya RM2000, kini setelah 7 tahun ukar menjadi tiga kali ganda.
Menarik kan? Ikuti perkongsian ini.
Inilah buktinya barang kemas itu bukan sekadar perhiasan sahaja tetapi satu pelaburan yang sangat bagus. Dalam masa 7 tahun, Puan ini berjaya meningkatkan aset beliau sebanyak 300% iaitu 3 kali ganda (anggaran).
Jika ada yang tertanya-tanya berapa agaknya berat rantai Puan ini, tak perlu Google cari harga 7 tahun yang lalu. Hanya perlu bahagikan RM6,000 itu dengan harga emas semasa. Katakanlah harga emas semasa dari kedai tanpa upah seperti Gull Jewellery ialah RM267 untuk 1 gram. Ini bermakna RM6,000 / RM267 = 22.47 gram.
Bagaimana pula harganya 7 tahun dari sekarang? Bayangkan harganya juga akan naik 3 kali ganda. Tapi mungkin itu terlalu tinggi, kita cuba 2 kali ganda. Bukan ke dari RM6,000 akan jadi RM12,000? Berat tetap sama, tetapi nilainya sudah jauh berbeza. Apa yang kita dapat dari sini? Kumpullah emas. Tak kira berapa berat pun. In Shaa Allah nilainya akan naik.
Saya tunjukkan sedikit jadual ringkas tentang nilai emas yang anda ada sekarang berbanding 7 tahun dari sekarang. Ini hanyalah satu kebarangkalian. 1 gram 2020 = RM267 2027 = RM534 5 gram 2020 = RM1,335 2027 = RM2,670 10 gram 2020 = RM2,670 2027 = RM5,340 15 gram 2020 = RM4,005 2027 = RM8,010 20 gram 2020 = RM5,340 2027 = RM10,680 25 gram 2020 = RM6,675 2027 = RM13,350 30 gram 2020 = RM8,010 2027 = RM16,020 50 gram 2020 = RM13,350 2027 = RM26,700 100 gram 2020 = RM26,700 2027 = RM53,400
Nampak tak? Kalau sebelum ini kita tak buka mata, saya harap mata anda terbuka seluas-luasnya.
Lamanya nak tunggu 7 tahun? Sebenarnya 7 tahun tu tak lama mana. Perasan tak betapa kejapnya anak kita dah masuk darjah 1? Tak lama mana.
Mulalah dari sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi. Sampai bila nak tunggu? Ada sikit duit, beli 1 gram. Ada lebih duit, beli 2-3 gram. Dapat untung perniagaan lebih, beli 10 gram. Dapat bonus lebih beli 20 gram.
Kalau boleh, amalkan 1 bulan 1 gram. Dalam 1 tahun dah 12 gram. Kalau tak boleh, amalkan 1 bulan 0.5 gram. Dapat juga 6 gram setahun. Kalau simpan duit sahaja memang cepat habisnya.
Jenis apa yang mudah nak beli? Kalau yang 1 gram tu belilah subang atau charms. Kalau 5 gram tu boleh beli rantai tangan budget atau cincin 1 atau 2 bentuk. Kalau 10 gram tu dah banyak pilihan dia. Pokok pangkalnya diri kita tu nak atau tidak sahaja.
Kalau sentiasa fikir : Emas MESTI perempuan. Emas HANYA perhiasan. Emas PEREMPUAN sahaja yang gila-gilakan. Memang agak susah.
Tapi cuba fikir : Emas ialah PELABURAN. Emas sangat berguna pada masa KECEMASAN. Emas akan memberi KEGEMBIRAAN. Saya pasti para suami atau lelaki pun akan mengumpul emas.
“Saya tak suka pakai barang kemas”. Cari yang padu. Yang padu ini rekaan dia ringkas tetapi berat. Kalau tak nak pakai langsung, simpan sahaja. Bila cecah 85 gram emas yang tidak dipakai, baru wajib bayar zakat emas. Jika anda berjaya kumpul sebanyak itu, saya pasti anda sendiri sudah berjaya dan akan sentiasa berlapang dada untuk membayar zakat.
Bayangkan berapa ramai umat Islam dapat dibantu dengan RM22,695 bayaran zakat yang anda buat. Berdoalah yang kita semua akan sampai ke tahap ini suatu hari nanti. Itu sebabnya saya buat #CabaranRM3. Dah masuk hari yang ke 94 dari 180 hari sasaran.
Dengan mengumpul RM3 setiap hari, pada hari ini anda sepatutnya sudah ada RM282 sekurang-kurangnya. Itu sudah lebih dari 1 gram. Dah boleh dah pecah tabung kalau nak dan pergi beli emas. Esok boleh mula balik. Betul tak?
Semoga dapat mendetikkan sesuatu. Ini adalah kiraan anggaran sahaja berdasarkan apa yang Puan itu beritahu dan berdasarkan harga emas semasa 2020.
Kredit: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan selebriti beza usia membuktikan bahawa jurang umur bukan penghalang untuk bahagia. Kenali 5 pasangan artis Malaysia yang kekal romantis, harmoni dan menjadi inspirasi ramai.