Cabaran didik anak millennia di zaman sekarang boleh buat ibu ayah jadi sakit kepala. Dan beri nasihat, cakap ulang kali tetap juga lakukan kesalahan yang sama. Memang boleh buat hilang sabar.
Namun hakikatnya, nak bercakap dengan anak ni kena ada skill. Antaranya guna bahasa tubuh.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini saudara Mohd Fhais Salim yang juga dikenali sebagai Parenting Coach.
Kadang kita tak perasan kerana ego punca anak makin keras hatinya. Segala nasihat kita langsung tak di dengari dia.
Pakar komunikasi bernama Mehrabian’s katanya, Perkataan yang keluar dari mulut kita hanya menyumbang 7 peratus dalam komunikasi. 93 peratus lagi datang daripada bahasa tubuh kita iaitu pandangan mata, posisi tangan, postur tubuh, nada suara dan mimik muka kita.
Ads
Macam mana baik sekalipun meseg yang kita cuba sampaikan tapi jika bahasa tubuh kita JAHAT maka jahat la meseg yang anak terima di otak dia. Saya yakin tak ada mak ayah yang berniat jahat. Cuma bila kita ego, anak pun akan ego. Sungguh!
Bahasa tubuh
Sebab itu la, tolong seimbang meseg yang nak di cakap dengan bahasa tubuh. – tak salah pun tunduk sedikit masa bercakap dengan anak – sentuh bahu atau ubun kepala anak sebelum bercakap – eye-contact kena ada masa bercakap – bahu longgar jangan terlalu tegang baru suara tak tegang – marah macam mana sekalipun, paksa muka senyum – nada suara bagi lembut selembut lembutnya baru senang meseg tu nak masuk ke hati anak – selit sedikit humor, anak suka kalau kita buat dia gelak
Dari bahasa tubuh juga anak belajar untuk feel kasih sayang dan cinta dari ibu ayahnya. Sedikit pelukan dan senyuman sudah mampu buat anak yang keras hati jadi cair bair macam air.
Ads
Ibu ayah yang pandai komunikasi berpengaruh adalah ibu ayah yang akan di hormati sampai bila-bila… Wallahu A’lam,
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasa pijar tangan biasanya berlaku bila kita usai menyediakan bahan kisaran cili kering, cili padi mahu pun cili merah.
Tangan akan rasa tidak selesa dan sekali gus kita mahu meredakan rasa pijar tersebut dengan pelbagai cara.
Bahkan petua-petua lama juga banyak kongsikan cara alternatif untuk hilangkan rasa pijar tersebut.
Dan salah satu daripada petua itu adalah sepertimana yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu. Malah menurutnya petua ini jaga telah dibuktikan oleh sains akan keberhasilannya.
[Petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains]
Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar.
Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.
Sama juga kalau makanan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang…
Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.
Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak.
Jadi saya gunakan minyak masak.
Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.
Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun.
Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.
Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim.
Suka duduk dalam group ini. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.
Tular baru-baru ini idea seorang warganet yang berkongsi tip membalut kereta menggunakan plastik besar bagi melindunginya dari dimasuki air.
Kaedah kreatif tersebut mendapat reaksi ramai pihak. Seorang jurutera simulasi, pakar aliran bendalir dan permindahan haba (fluid dynamics & heat transfer), saudara Aid Fawzal menerusi akaun Twitternya. berkongsi pandangan mengenai hal berkenaan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Rakan kita ni tanya boleh ke nak balut kereta dengan plastik besar sebelum banjir? Praktikal tak?
Satu perkara lagi, walaupun kereta tu berat tapi disebabkan kita dah bungkus dalam plastik, daya apungan (buoyancy force) daripada air banjir boleh terapungkan kereta anda tu. Dengan arus atau daya tolakan yang rendah je, kereta dah boleh hanyut.
Nota kaki:
*Ya, ukuran hydrostatic head untuk canvas ni milimeter. Ia adalah ukuran fabrik kalis air berdasarkan kemampuannya untuk tahan tekanan daripada ‘water column’ tanpa bocor.
**Plastik utk balut kereta ni dh ada dalam pasaran, tapi keberkesanannya jadi tanda tanya.
Merancang untuk keluarga bercuti itu biasa kita dengar, namun lain kisahnya dengan keluarga besar Ummu Naufal ini bila mana bab makanan juga turut diberi tumpuan khusus.
Bagi ibu kepada enam orang anak ini, untuk pastikan keluarganya tetap dapat menikmati hidangan yang dimasak dari air tangannya sendiri itu satu kepuasan buatnya, walau di mana mereka bercuti sekali pun.
Bahkan bukan itu sahaja, perancangan rapi juga dibuat untuk pastikan sekembalinya daripada bercuti, anak tetap dapat menikmati masakan yang dimasak olehnya.
Nak tahu bagaimana yang dilakukan oleh ibu ini, jom semak perkongsian menarik daripadanya.
Tempoh percutian sememangnya mengasyikkan. Namun persiapan bukan sekadar menyiapkan wang, pakaian, penginapan dan pengangkutan semata-mata. Pengurusan makanan keluarga sama pentingnya. Maka, sangat penting untuk kita, para ibu terutamanya, mengatur strategi “out of the box” agar ia memudah dan melancarkan percutian dari awal hingga bila pulang dari bercuti.
Hampir setiap tahun kami sekeluarga akan pergi bercuti di luar Saudi. Bercuti bersama 6 orang anak, yang sulung kelainan upaya, banyak cabaran di sebalik keseronokkan. Maka, sebagaimana pentingnya kami merancang awal percutian, begitulah juga kami perlu merancang awal selepas kembali dari percutian. InshaAllah.
Kisah-kisah kembara kami ke beberapa buah negara ada dikongsikan di dalam buku travelog ‘Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya’. Namun, urusan perancangan makanan tidak dimasukkan dalam travelog. Lalu, saya kongsikan di sini InshaAllah.
Ramai telah meminta panduan ini. Maaf kerana kelewatan. Semoga perkongsian sedikit ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan untuk percutian keluarga puan di masa hadapan. InshaAllah.
✈ Tips: Panduan Pengurusan Makanan Dalam Percutian Keluarga Besar Kami ✈
Stok Bekalan Makanan Untuk Dibawa
1. Jika percutian lebih dari seminggu, kami akan mencari apartment yang berdapur. Masak sendiri untuk keluarga besar jauh lebih menjimatkan. InshaAllah.
2. Mental Menu Planning (Merancang Menu secara Mental) …agar mudah merancang bahan bekalan yang mahu dibawa dari rumah.
3. Kami akan sentiasa pastikan setiap beg yang boleh dibawa kurang dari yang ditetapkan.
1 beg akan dikhaskan untuk stok bekalan kering sahaja. (Beg ini akan kosong bila stok bekalan telah digunakan nanti…bolehlah isi pula dengan barang belian dari percutian pula )
4. Yang dibawa biasanya; ?rempah: kurma, sup, kari ?beras untuk anggaran sahaja (sehari sekali masak untuk keluarga) ?peket budu….sebagai penaik selera ganti sambal belacan. Nanti beli sahaja bawang dan cili, patahkan dan makan dengan nasi panas dan lauk utama. ?sambal bilis kering…boleh dimakan dengan nasi atau roti ketika dalam perjalanan / “on the go”. ?snek yang ada di rumah, dibawakan sahaja untuk kudapan dalam perjalanan. ?rice cooker @ 1 periuk sederhana dan 1 senduk (jika apartment tidak menyediakan perkakas atau kami ke negara bukan Islam)
5. Isikan bekalan stok makanan dalam ziplock bags agar tidak memberatkan beg. Bawa extra ziplock bags bersama…banyak kegunaannya nanti inshaAllah. Boleh didapati di IKEA, di sana ada pelbagai saiz.
6. Kadang kala saya bawa span kecil (dipotong dua) dan sabun basuh sedikit (pastikan ia diletakkan dalam bekas yang tidak meleleh keluar) supaya jika dapur apartment tidak menyediakan, kami tidak perlu membelinya ketika percutian. Ringan sahaja span dan sedikit pencuci pinggan. Span boleh dibuang sebelum pulang dari percutian. Menjimatkan perbelanjaan tanpa perlu beli span dan sabun basuh pinggan yang agak besar untuk dipakai cuma seminggu dua sahaja. InshaAllah.
7. Jika ada buah-buahan yang masih belum dimakan, masukkan dalam ziplock bag dan bekukan. Supaya tidak membazir. Bila pulang nanti boleh dibuat smoothies. InshaAllah.
Stok Makanan Beku Selepas Pulang dari Percutian
1. Biasanya selepas pulang dari percutian, badan mula rasa penat, ada yang kurang sihat, barangan dari beg-beg perlu dikemaskan, pakaian kotor perlu dibasuh, lapar dan sebagainya. Maka, persiapan makanan beku untuk kegunaan selepas pulang dari percutian sangat penting pada saya.
2. Jadi, seminggu atau 2 sebelum percutian, saya akan memasak lauk harian lebih kuantitinya dari biasa. Separuh akan diketepikan lebih awal untuk dibekukan. Ini akan menjadi stok makanan beku selepas pulang dari percutian. Tinggal masak nasi sahaja. Jadi, bolehlah fokus pada urusan mengemas dan juga berehat, disamping masih dapat menjamu keluarga dengan ‘homemade food’ yang mengikut selera kita.
3. Boleh juga menyediakan ‘casserole dishes’ seperti chicken and mushroom casserole. Jika ia dibekukan, saya akan tuliskan ‘arahan memanaskan’ di atas aluminium foil yang digunakan untuk menutupinya. Ini supaya, suami mahupun anak-anak remaja boleh bantu menyediakannya bila mahu memakannya.
4. Jika tarikh pulang beberapa hari sahaja sebelum anak-anak mula persekolahan, saya akan bekukan bekalan bento mereka seperti; ? waffles ? karipap ? mini chicken mushroom casserole ? pre cooked bolognese sauce ? garlic baguettes ? mini chicken pie ? banana muffins ? apple strudels ? mini lasagna
Juga disedia dan disiapkan seminggu dua sebelum pergi bercuti.
5. Bekalan bento yang dibekukan dipastikan yang memerlukan pengendalian minimum bila mahu digunakan. Biasanya yang perlu dipanaskan di dalam oven sahaja atau di atas dapur pada pagi hari persekolahan.
6. Setiap makanan yang dibekukan ditandakan nama makanan (dan bagus juga diletakkan tarikh ia disediakan terutama jika bercuti lama). Ini supaya memudahkan mengambil makanan mengikut tarikh yang lebih awal ia disediakan.
7. Pastikan pengendalian makanan untuk dibekukan dilakukan dengan baik agar makanan yang dibekukan tidak rosak.
InshaAllah ini sekadar panduan sahaja. Lain keluarga lain keperluan dan keadaannya. Ubahsuai mengikut selera dan keadaan keluarga kita inshaAllah.
Ucapkanlah MasyaAllah Tabarakallah. Semua kebaikan, ilham dan kekuatan adalah dariNya semata-mata. Semoga bermanfaat buat semua.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.