Untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata. Sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.
Cara-caranya seperti bawah ini.
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.
Tip:
Ads
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Sumber: Aya Zuki
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dua guru maut, dua lagi parah apabila kereta dinaiki terjatuh ke tebing sungai selepas dipercayai terbabas di Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar dekat Tawau, hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian pada 6 pagi itu, kesemua mangsa yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah.
Dua mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Dayana Damsah, 27, yang meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Nurizyani Kafli@Masri, 24, meninggal ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tawau.
Dua lagi mangsa, Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin, parah dan kini dirawat di hospital sama.*
.
Dayana merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas maut di tempat kejadian selepas kereta dinaiki bersama tiga rakan guru hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan, sebelum terhumban ke tebing sungai.
Lebih memilukan, arwah Dayana dikatakan baru 10 hari mendirikan rumah tangga bersama Nurhan Ayub. Menurut berita, suaminya, Nurhan baru saja balik ke Semenanjung atas faktor kerja. Namun bergegas ke Tawau selepas mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpa isterinya.
Ibu mentua mangsa, Pujiah Narusin 56, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tawau berkata, dia dimaklumkan menantu terbabit kemalangan pada 7.50 pagi.
“Saya mendapat panggilan daripada anak, Nurhan Ayub, 27, (suami mangsa) memaklumkan Dayana terbabit kemalangan dan meminta ke hospital segera.
“Ketika itu kami cuma dimaklumkan ada mangsa terkorban, namun identiti belum dapat dikenal pasti sehinggalah pengecaman dibuat ahli keluarga,” katanya.
Menurutnya, arwah Dayana dan suaminya melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu dan majlis kenduri dibuat di kediaman sebelah pihak perempuan di Kampung Pasir Putih, dekat Tawau pada hari sama.
“Pihak kami (pengantin lelaki) pula baru saja selesai mengadakan kenduri Sabtu lalu di Kampung Muhibbah, sebelum Nurhan (suami Dayana) pulang bertugas di Kemaman, Terengganu petang semalam,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa menantunya itu.
Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zulbada Alior berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira 6.02 pagi sebelum tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri ke bahu jalan dan terhumban ke tebing sungai.
“Empat mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan kesemua mangsa parah.
“Dua mangsa pertama berjaya dikeluarkan orang awam, sementara dua lagi oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Tawau.
Menjadi kebiasaanya bila kita bercuti ke tempat-tempat menarik pasti ada sahaja gambar yang ingin diabadikan sebagai kenang-kenangan. Lazimnya juga jika ingin dibandingkan antara suami dan isteri, orang yang paling sibuk hendak bergambar adalah isteri. Betul bukan?
Benar atau tidak, namun apa yang pasti orang perempuan ni bila bergambar akan membuatkan mereka rasa bahagia.
Jika anda tidak percaya, cubalah perhatikan gelagat isteri anda bila di bawa berjalan ke destinasi menarik. Mungkin selama ini ada yang tidak perasan. Memang itulah perangainya!
Berkongsi tentang merakam foto ketika bercuti, salah seorang pemilik akaun TikTok berkongsi video yang cukup mencuri perhatian warganet. Suria Syafiqah telah berkongsi keletah orang tuanya ketika di bawa berjalan-jalan ke tempat menarik.
Kalau bergambar dengan kawan kemain sengih, bini sendiri asyik tak nak je … nanti menyesal, orang suruh bergambar buat muka
Dapat dilihat ibunya seakan bertukar ‘garang’ dan cakap direct sahaja dengan suaminya ketika sesi bergambar.
Bukan itu sahaja, malah turut diugut dengan ayat ‘nanti menyesal’ dan kemudian selamba pula berseloroh dengan suaminya.
Ini kerana difahamkan bahawa suaminya itu bila bergambar dengan kawan-kawannya rajin pula tersenyum.
Bah Wuhuuu… nanti abang menyesal takda gambar kat beca
Manakala perkongsian video berasingan, Syafiqah juga tidak dapat menahan tawanya bila melihat gelagat spontan ayahnya yang ingin pergi ke tempat lain meskipun telah dipanggil oleh ibunya untuk bergambar.
Namun akhirnya pasrah menuruti ajakan isterinya untuk bergambar kenangan berlatarkan beca.
Secara umumnya, video yang dikongsikan ini telah tular dengan memdapat sejuta tontonan di aplikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, bermacam-macam respon diberikan dan rata-rata turut mengakui begitulah ragamnya orang lelaki.
“tp mmg betul..bila ngan kwn or saudara mara,bukan main lagi senyum.tang bila ngan Bini cam kene jatuh hukuman penjara je rupanya😂😂😂😂”
“abah sy sejak pandai buat mini love,,klu begambau asik2 ada mini love,,xkira situasi😅”
“Masalahnya betul, Ayah saya pun macam ni Makcikkk”
“biasa nyer kalau bini ckp direct mcm ni..dia caring & setia..😅”
Sumber : TikTok @suriasyafiqah
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.