Tanggal 28 April merupakan ulang tahun kelahiran bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad.. Menariknya dia punya cara tersendiri sebagai hadiah atas penambahan usianya.
Rupa-rupanya dia menghadiahkan dirinya dengan khatam al-Quran. Itulah rutin hidupnya setiap kali tibanya tarikh istimewa tersebut.
“Rutin harian saya lebih kepada mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, sejak tidak berlakon. Saya bangun awal pagi dan selesaikan apa yang patut. Selepas menunaikan solat Dhuha, barulah saya mengambil sarapan dan melakukan senaman ringan.
“Saya akan pastikan mengaji al-Quran, setiap hari. Seingat saya, setiap kali hari ulang tahun kelahiran, saya akan khatam membaca al-Quran.
“Tahun ini, saya mula mengaji pada hari pertama Ramadan dan Alhamdulillah, sehari sebelum tarikh hari jadi tiba pada 28 April, saya sudah pun khatam sebanyak dua kali.
“Saya meluahkan rasa syukur kerana inilah sahaja cara saya untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri,” katanya lagi.
Ads
Meskipun keadaan kesihatannya tidak menentu, namun dia kecewa kerana ada yang membuat Cerita kononnya dia kritikal.
“Saya dapat tahu mengenai berita ini apabila ada bertanya benarkah saya terlantar sakit. Sejujurnya, adalah juga perasaan kecewa apabila dimaklumkan mengenai berita palsu yang tersebar.
“Namun, apabila difikirkan semula, tak perlulah nak simpan perasaan apa-apa. Orang boleh kata apa sahaja. Doakan sahaja semoga saya dikurniakan kesihatan baik,” kata pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Kedua menerusi filem Dia Ibuku ini.
Terdahulu, pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu ini menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim di kediaman anaknya, di Subang Jaya, semalam.
Ads
Pada pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu, selain bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan, Md Nasir turut ‘melamar’ Sarimah untuk terbabit dalam projek Dokumentari Bintang Nostalgia yang kini sedang dalam pembikinan.
Mendengar ada berita kematian tentunya kita juga tumpang bersedih dan kita akan segera ingin ziarah keluarga tersebut andai kita mengenalinya sebagai tanda meluah simpati.
Namun, tahukah anda ada 4 perkara ini jangan buat kepada ibu yang baru kehilangan anak kecuali dia sendiri yang minta.
#no1 Jangan beri nasihat
Sabarlah. Sabar lebih sayangkan dia.
Banyak dekatkan diri dengan tuhan. Ini ujian.
Sebaliknya.
DOAKAN dengan kata-kata yang baik seperti, “takziah”, “Didoakan Allah beri kekuatan”, “Allahul mustaan”.
#no2 Jangan siasat
Kenapa biar anak sakit tak bawa hospital?
Kenapa tak jaga sendiri anak tu, lebih baik jaga sendiri, sekarang dah jadi macamni apa pun tak guna.
Kenapa hantar anak kat pengasuh, kenapa tak hantar kat taska berdaftar?
Sebaliknya diam, dan bercakap apabila diminta, bertanya apabila diminta.
Sebaliknya, diam dan beri pandangan apabila ditanya.
#no4 Jangan share kisah sendiri
Walaupun anda pernah kehilangan anak, jangan diserabutkan lagi ibu bapa itu dengan kisah kita.
Sebaliknya, doakan saja dengan ayat yang paling ringkas dan menenangkan jiwa.
Sebenarnya apabila seseorang ditimpa musibah, berhenti bercakap, beri bahu beri pelukan, beri telinga. Diam sahaja. Kebanyakan masa bukan mereka tidak kuat, mereka hanya perlu masa untuk mengutip kembali kekuatan saat diuji dengan kehilangan anak yang paling mereka sayangi.
Jadi, orang sekeliling, banyak diam mulut. Lebihkan aksi kasih sayang, dan empati.
Benar,
Ummu Ilham
Ibu kepada anak syurga Ilham As-Shauqi Bin Mohamed Shukri
(Lahir 23 November 2009, meninggal dunia 25 November 2009)
Pelakon Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, pelakon Kamal Adli cedera parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura.
Menurut Uqasha semasa dihubungi, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang berada di satu acara di negara itu, malam tadi.
“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.
“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.
“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala.
“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” ujarnya.
Berkongsi tentang keadaan terkini Kamal, Uqasha memaklumkan bahawa Kamal perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.
“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.
“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.
Pelakon yang berusia 31 tahun itu meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak, kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
“Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” jelasnya.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim durian yang bakal habis tidak lama lagi pastinya buat ramai penggemar durian rasa sedih. Mana taknya, lambakan durian musim ini lain daripada yang lain.
Kata penggemar durian tegar, buah durian pada musim kali ini teramatlah sedap. Rasa isinya lemak dan manisnya cukup enak. Manis buah yang berkualiti.
Tak perlu durian mahal, durian kampung sahaja sudah terasa sedapnya. Hebat! Dalam pada sedap dan lemak ini, ada juga di kalangan kita yang takut untuk makan durian. Malah ada juga yang takut gemuk!
Rugi bagi yang tak makan kerana menurut kata scientist, #DrSuriRoowi, Principal Scientist, buah durian sememangnya banyak khasiatnya. Paling win, buah yang satu ni dapat tenangkan fikiran dan atasi insomnia. Hebat!
Berikut merupakan kelebihan lain yang dicungkil daripada scientist kita ni.
APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN
Durian kaya bahan asid amino TRYPTOPHAN – Bahan ini menenangkan fikiran dan SESUAI untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
2. Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob, antihipertensi dan melindungi jantung.
3. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur
4. 100 g durian – 147 kalori
100 g nasi – 151 kalori
5. Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN
6. Ada kajian menunjukkan KULIT DURIAN bersifat ANTIDIABETIS. Namun, % penurunan glukosa darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding Glibenklamid (OBAT DIABETIS)
7. Ada kajian menunjukkan makan ISI DURIAN pada kadar TINGGI boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya.
8. Durian kaya POTASSIUM. untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang perlu makan ikut kadarnya
9. ELAK makan durian bersama PARACETAMOL @ ALKOHOL kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik. Wbp, perkara ini masih perlu kajian lanjut
Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul