Bila hidup rasa serabut, kadang-kadang kita cuma nak rehat dan ‘switch off’ sekejap. Salah satu cara paling mudah dan seronok untuk healing emosi adalah dengan menonton filem, telemovie atau drama bersiri. Duduk depan skrin, layan cerita, dan biarkan diri hanyut dalam dunia fiksyen, memang satu terapi.

Filem Lama, Nostalgia Mahal
Filem lama pun kadang-kadang lagi best dari yang baru. Bukan sebab jalan cerita je, tapi sebab nostalgia yang datang sekali. Bau karipap masa raya, lagu latar yang buat kita teringat zaman belajar, atau sekadar vibe rumah kampung… semua tu buat jiwa tenang.

Segmen Istimewa #JomUsha: Hero & Heroin Malaya
Sekali lagi, #JomUsha bersama Astro kembali dengan tema yang cukup menarik iaitu “Hero & Heroin Malaya”! Dalam edisi kali ni, tiga nama besar tanah air iaitu Kamal Adli, Fasha Sandha dan Pak Azad berkongsi filem dan drama pilihan mereka. Ada yang penuh aksi, ada yang menyentuh hati, dan ada juga yang sarat dengan kenangan di sebalik tabir.

Setem : Aksi & Komedi Pilihan Kamal
Antara filem yang menjadi kegemaran Kamal ialah Setem, filem aksi komedi arahan Kabir Bhatia. Ia mengisahkan pelbagai pihak yang berebut setem bernilai RM4 juta, dengan elemen aksi, kelakar dan drama yang berselang-seli menjadikan filem ni cukup ‘solid’ dari mula sampai habis.

Ini Filem & Drama Yang Boleh ‘Heal’ Jiwa Pilihan Kamal, Fasha & Pak Azad.  #JomUsha!

I Heart You Cik Yah : Romantik Penuh Emosi
Kamal juga cukup sukakan I Heart You Cik Yah, sebuah drama romantik yang menyentuh hati. Jalan ceritanya mengisahkan Zulkefli dan Badariah yang mempunyai dua karakter dari latar berbeza yang pada mulanya tidak sebulu, tetapi terpaksa bekerjasama untuk menyelamatkan kilang peninggalan arwah bapa mereka. Drama ini dilakonkan oleh Kamal bersama Siti Saleha dan menjadi antara naskhah yang menyentuh emosi.

Kabali: Filem Tamil Ikonik di Malaysia
Menariknya, Kamal juga memilih sebuah filem Tamil sebagai kegemarannya iaitu Kabali, lakonan legenda Rajinikanth. Filem ini mengisahkan Kabaleeswaran, seorang bekas gangster yang dibebaskan dari penjara dan cuba membina semula hidupnya sambil membalas dendam terhadap musuh yang menghancurkan keluarganya.

Ads

Salah satu babak kegemaran Kamal ialah ketika Rajinikanth memberi ceramah di Dataran Merdeka, babak yang bukan saja ikonik, tapi memberi penghormatan kepada Malaysia. Tambahan pula, hero Malaya Aaron Aziz juga turut muncul dalam filem ini!

Dendam Seorang Isteri: Watak Berat Pilihan Fasha
Untuk Fasha Sandha, drama yang paling dekat di hati ialah Dendam Seorang Isteri. Drama 80 episod ini mengisahkan Amira, seorang isteri yang sanggup berkorban demi suaminya, namun dikhianati oleh orang yang paling rapat.

Selepas disangka mati, Amira bangkit semula dengan identiti baru untuk membalas dendam. Fasha bergandingan bersama Nad Zainal dalam drama ini, dan penggambaran mengambil masa lebih 8 bulan dan menurutnya ia satu pengalaman yang cukup mencabar, tetapi bermakna.

Ini Filem & Drama Yang Boleh ‘Heal’ Jiwa Pilihan Kamal, Fasha & Pak Azad.  #JomUsha!

Ads

Gol & Gincu: Kisah Futsal, Persahabatan & Girl Power
Selain drama berat, Fasha juga sukakan filem remaja Gol & Gincu yang cukup ikonik. Filem ini memaparkan kisah Putri, seorang gadis fashionable yang menyertai pasukan futsal wanita untuk membuktikan dirinya lebih dari sekadar wajah cantik.

Filem ini sarat dengan tema persahabatan, cinta dan kebangkitan diri dan lakonan Fazura dalam watak Putri memang tak dapat dinafikan meninggalkan impak kepada penonton.

Ombak Rindu : Filem Pertama Fasha Tonton
Filem pertama yang pernah ditonton oleh Fasha di pawagam? Sudah tentulah Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Filem adaptasi novel ini mengisahkan Izzah, seorang gadis kampung yang dijual kepada seorang lelaki kaya, Hariz, untuk dijadikan isteri secara paksa.

Walaupun bermula dengan benci, akhirnya mereka jatuh cinta. Namun, cinta mereka diuji oleh keluarga, darjat dan masa silam. Filem ini cukup menyentuh perasaan dan menjadi antara karya penting dalam dunia filem romantik Malaysia.

Ads

S.A.M : Psikologi Thriller Kegemaran Pak Azad
Sementara itu, Pak Azad memilih filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) sebagai filem kegemarannya. Filem genre psikologi thriller ini mengisahkan Sam dan Lisa, pasangan kekasih yang hidup bahagia… sehinggalah muncul Haikal, seorang lelaki misteri yang sangat obses terhadap Lisa. Konflik mula memuncak apabila mereka diculik dan dipaksa berdepan dengan sisi gelap manusia yang tidak dijangka.

Ini Filem & Drama Yang Boleh ‘Heal’ Jiwa Pilihan Kamal, Fasha & Pak Azad.  #JomUsha!

12 Kali Kena Tampar Demi Realistik
Menariknya, Pak Azad berkongsi pengalaman ketika penggambaran filem ini. Dalam satu babak penting, dia perlu ditampar oleh Lisa Surihani, bukan sekali dua, tapi sebanyak 12 kali untuk mendapatkan reaksi yang betul-betul real! Semangat dan komitmen tinggi terhadap seni lakonan menjadikan pengalaman itu sesuatu yang sangat diingati.

Nak Healing? Start Dengan Skrin!
Kalau nak tahu lagi pilihan selebriti dan filem-filem nostalgia yang boleh buat hati rasa ‘warm’, jangan lupa tonton segmen penuh #JomUsha: Hero & Heroin Malaya hanya di Astro! Mana tahu, pilihan mereka pun jadi ‘ubat’ untuk kita healing di saat jiwa kacau kan!

Jom langgan Astro One — banyak lagi cerita-cerita best menanti, semua dari RM49.99/sebulan! Strim senang hati, hiburan tanpa henti; bila-bila, di mana-mana!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads