GAMBAR HIASAN (8)

Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Malah boleh buat stres jika anak-anak makin nakal dan tak dengar cakap. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah. Sebagai ibu kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan diasuh dengan baik. Ramai ibu bapa buat kesilapan yang tidak disedari oleh ibu dalam mendidik anak.

Ikuti info berguna daripada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mengenalpasti kesilapan yang ibu-ibu lakukan tanpa sengaja.

Berikut 5 kesilapan yang perlu dielak apabila mendidik anak-anak untuk lebih berjaya. Semoga kita diberi peluang oleh Allah untuk terus membaiki diri dalam mendidik anak.

IKLAN

1.Kurang berdoa
Adakah kita sebagai ibu ini berdoa sepenuh hati dan kasih sayang. Ini kerana kasih sayang seorang ibu tiada sempadan dan tiada nokhtah. Dalam hal ini, adakah kita berdoa kepada Allah, kita sepenuh jiwa kita dan membayangkan muka anak kala berdoa. Pengalaman Ustazah Siti Nor Bahyah berkongsi caranya mendoakan untuk anak-anaknya. ‘Ya Allah jadikan anak ku Wan Muhammd Saifullah,seorang anak yang mudah mendengar, anak yang baik, anak daripada kecil tidak meninggalkan solat”. Apabila menyebut ama anak secara khusus kita boleh bayangkan muka anak dan fokus untuk anak itu sahaja. Begitu juga dengan anak seterusnya. Seperti mana kita sedia ketahui bahawasanya doa ibu ini ajaib. Perkataan ibu adalah merupakana doa. Doa ibu tiada hijabnya disisi Allah. InsyaAllah doa itu itu mustajab. Allah tidak akan menganiaya doa seorang ibu itu.

IKLAN

2. Kurang sentuhan
Gadjet kini menguasai cara hidup manusia termasuk ibu bapa. Jari jemari ibu asyik melayan twitter, instagram, face book dan sebagainya sehingga lupa untuk menyentuh anak. Beliau selalu berpesan kepada menantu dan anak bahawa sebelum tidur sentuh anak , bercakap dan peluk anak. Jika anak ini membesar dalam keadaan mata mereka melihat ibu dan ayah jarang menyentuh tapi banyak menyenyuh gadjet, ia akan menyebabkan anak sukar mendengar cakap mak ayah. Kita ingin anak mendengar cakap kita, kita perlu banyak menyentuh anak. Peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama, tubuh Rasulullah yang gementer akibat takut dan bimbang telah dipeluk oleh Malaikat Jibril untuk memberi semangat. Ini bermakna pelukkan itu berikan semangat pada Nabi. Jadi bayangkan pelukkan itu beri semangat kepada anak. Oleh itu, kita perlu banyak belai dan sentuhan kepada anak kerana sentuhan itu membahagiakan anak.
3.Kurang ketegasan
Ramai ingat tak perlu menyuruh anak mengaji atau sembahyang walaupun nak usia anak baru empat atau lima tahun. Ada yang berkata, ‘kecil lagi, tunggu dululah, tak payahlah suruh anak sembahyang, belum akil baligh balik lagi. Sedangkan anak-anak peringkat ini Nabi sudah berpesan bahawasanya, “Apabila anak-anak kamu tahu beza mana tangan kanan atau tangan kiri, jadi suruhlah mereka solat. Dalam ini, ibunya perlu tegas dalam mendidik anak. Tegas ini tidak bererti garang. Tidak akan umur anak prasekolah kita anak garang. Sebenarnya dalam mendidik anak-anak seorag ibu itu tidak perlu garang tetapi kena tegas yang penuh kasih sayang. Antaranya yang dipraktikkan ialah setiap malam jam 7 hingga 8 malam tidak dibenarkan membuka televisyen supaya bersiap sedia untuk solat maghrib. Ketegasan memastikan anak memakai telekung sembahyang, ambil wudukh dan mengaji Al-Quran. Semua ini memerlukan ketegsan seorang ibu. Namun ketegasan ni bukan 24 jam supaya anak tidak bosan.

IKLAN

4.Kurang bercerita
Dalam Pendidikan Islam salah satu keadah melembutkan jiwa anak ialah dengan membawa kisah-kisah yang ada dalam AL-Quran. Jangan tidurkan dengan kisah dogeng lagi. Apa yang perlu ibu-ibu lakukan adalah kisah yang mempunyai unsur nasihat dan pendidikan. Ibu kena bijak untuk membawa cerita apa yang sesuai untuk anak supaya dapat membentuk jiwa dan akidah anak. Misalnya kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan, kisah siapa nabi dengan disertai lagu berkaitan dengan kisah nabi. Elakkan anak tidur bersama gadjet sebaliknya biarlah anak tidur bersama kita dengan membacakan kisah-kisah nabi dan para sahabat yang mempunyai banyak pengajaran untuk anak dengar sebelum tidur.

5. Kurang air tangan ibu
Walaupun ibu itu seorang yang sibuk dengan kerjayanya, seharusnya tetap menambat hati anak melalui air tangannya. Ia bukan sahaja dengan cara memasak makanan kegemaran anak dan suami tetapi apa sahaja yang berkaitan dengan dengan pengurusan diri anak. Ada segelintir ibu, mempunyai pembantu rumah untuk menguruskan hal anak termasuk mandi, dan makan minum anak. Seharusnya perkara ini tidak berlaku. Seorang ibu itu perlu meluangkan masa untuk memasak, menyuapkan makanan dan minuman, mandikan serta pakaian baju anak. Malah apa sahaja yang ibu lakukan perlu disertai dengan doa seperti doakan keselamatan anak semasa memandikannya. Semua yang dilakukan ini adalah air tangan ibu untuk memberikan kesejahteraan buat anak-anak.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI