Apabila kerajaan Malaysia umumkan sektor ekonomi mula beroperasi bermula 4 Mei ini iaitu hari ni ramai yang menyambut secara positif. Namun pada masa yang sama, bagi suami isteri yang mempunyai anak tentu akan menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak semasa mereka keluar berkerja.
Menerusi Face Book, Medical Mythbusters Malaysia menyediakan panduan mudah faham bagi pusat jagaan kanak-kanak atau taska menjaga SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
IKUTI PERKONGSIAN INI
TIPS DARI KAK ESAH: CARA ELAK KLUSTER TADIKA
Ads
Bila kelonggaran PKP bermula, banyak sektor yang dah mula beroperasi. Ibu bapa yang bekerja pun kena mula masuk kerja.
Anak-anak nak kena hantar pusat asuhan atau taska. Kalau boleh gilir-gilir bekerja dari rumah, bagus lah. Tak perlu hantar anak ke pusat asuhan. Tapi kalau perlu, macam mana? Selamat ke?
Kami nak bawa beberapa tips dari seorang pengusaha pusat jagaan kanak-kanak yang selalu keluar TV dan radio, Kak Esah. Mari dengar dan ikut tips-tips ini Kak Esah nak bebel ni.
Ads
InsyaAllah, risiko penularan jangkitan dapat dikurangkan. Pengusaha pusat jagaan kanak-kanak kena main peranan. Ibu bapa pun kena turut ambil berat.
Ekzema merupakan satu kondisi kulit yang teruk hingga boleh membuatkan seseorang tidak selesa. Kulit pesakit ekzema boleh sampai ke tahap yang gatal hingga boleh menyebabkan luka.
Ramai orang ingat ekzema itu boleh hilang tetapi tidak. Ia hanya boleh dikurangkan. Jika terdedah kepada benda yang “trigger” seperti debu, habuk dan bahan kimia maka ekzema akan datang semula.
Melalui perkongsian ibu ini, anaknya menghidap ekzema yang sangat teruk dan telah kongsi cara mudah untuk legakan keradangan dan kegatalan.
1.ROLLED OATS
Sebaiknya gunakan Organic Rolled Oats. Rolled oat tak boleh dimakan oleh pesakit ekzema. Hal ini kerana usus akan terbeban dengan gluten yang terkandung dalam oat. Hanya boleh digunakan untuk luaran sahaja bagi pesakit ekzema.
Disarankan untuk guna rolled oat yang tiada campuran bahan lain. Elakkan guna minuman atau makanan oatmeal 3 in 1 yang ada susu dan gula.
2.STOKIN BERSIH
Pilih sarung kaki yang bersih atau boleh juga gunakan “organza bag” yang digunakan untuk letak telur door gift pengantin tu.
3.AIR SUAM
Elakkan guna air panas sama sekali. Kulit yang terdedah dengan ekzema tidak sesuai dengan air panas. Ia akan mengeringkan lagi kulit dan menerukkan lagi kegatalan sehingga boleh menyebabkan luka.
4.BATH TUB/BESEN BESAR
Gunakan besen besar yang bersih sebagai tempat mandi. Kalau ada tub mandian lagi bagus.
1.Ambil segenggam rolled oat dan masukkan dalam stocking.
2.Rendamkan stokin tadi dalam 3 hingga 5 minit di dalam besen besar atau tub mandian sampai air berubah warna putih susu.
3.Kemudian rendam badan selama beberapa minit atau boleh siram badan dengan air rendaman oatmeal tadi.
4.Picit-picit stokin untuk keluarkan lendir oat. Lendir oat ini boleh disapu pada bahagian yang sedang gatal dan merah keradangan. Buat dengan lembut, jangan kasar.
5.Selepas itu, biarkan ia kering di badan dan tak perlu bilas.
Memiliki kediaman yang indah adalah idaman semua orang. Mana taknya, rumah adalah tempat untuk kita bersantai dan berehat bersama keluarga.
Rumah yang selesa pastinya membahagiakan. Selain dekorasi menarik dengan tata hias yang kemas, lantai adalah ruang yang amat penting untuk memberikan aura yang menarik dalam rumah.
Secara umumnya terdapat banyak jenis lantai, namun kita harus bijak memilih mengikut bajet yang sesuai.
Nak tahu tip cara pilih lantai yang betul ikuti perkongsian lelaki ini. Boleh jadi panduan jika nak buat makeover rumah!
____________________________________________
Sementara menunggu waktu balik bekerja ni,saya nak kongsi ilmu dan info yang saya perolehi mengenai pemilihan akesesori lantai selain tiles/tikar getah,cat epoxy.
Vinyl – nipis 1-3 mm. Ada macam jenis corak,datang dengan dah bergam atau anda kena gam sendiri. Gam dia ada seperti dalam gambar. Cadangan pasang : Di tempat yang kering.
Kalau anda pasang berdekatan bilik air,kadang-kadang tak sampai tahun dia mengembang. Ada juga problem merenggang.
Kalau bagi saya, saya akan elakkan guna vinyl.
Harga bermula dari 2.10 sekeping 1 meter panjang
Spc – Stone Plastic Composite
Ada tebal 4-8mm setakat saya tahu di pasaran. Install pakai sistem clik. Maksud dia masukkan bersebelahan dan tekan.
Kalau sudut dalaman rumah,saya suggest pasang spc 5-8 mm . Baru puas hati.
Tahan air dan boleh pakai di sudut hampir bilik air. Seeloknya install 1 lapisan PE FOAM untuk elak kelembapan lantai naik ke spc.
Datang dalam pelbagai ukuran. 1 meter,2-4 meter ikut penjual. Harga bermula 8.50 sekeping untuk 1 meter panjang,tebal 5mm dan 16 cm lebar.
Kalau lagi nipis,murah sikit. Tebal- mahal sikit
Wpc Floor Decking
Wpc ialah Wood Plastic Composite
Nak guna di bawah garaj,outdoor,balkoni apartment boleh guna wpc ni yang saiz 30cmx30cm.
Tahan panas,ada sistem peredaran air di bawah nya . Senang pasang .
Untuk saiz 30×30 cm ,harga bermula 8 -10 inggit sekeping.
Wpc Floor Deck
Wpc – Wood Plastic Composite
Kalau anda nk buat lantai di sekeliling kolam renang,gazebo,atau apa sahaja di luar rumah,boleh pijak ,terasa kukuh pilih wpc ni.
Datang dalam panjang 9 kaki minima ,tebal around 160-200mm,tebal 20-23mm .
Memang khas untuk decking. Waterproof ,tahan sinar mentari. Harga minima bermula dengan 75 ringgit dan ke atas sebatang.
Cement Board
Cement board pula ada byk brand. Antaranya Shera. Dibuat dari simen,pasir halus ,fiber dan segainya.
Ada siri khas untuk tangga/lantai/dinding/hiasan.
Pilih sahaja yang mana berkenanan.
Untuk kegunaan lantai,pilih dari floor plank. Tangga dari siri tangga dan dinding dr siri dinding. Sebab semua berbeza ukuran dan ketebalan.
Rasanya untuk market Malaysia,dia hadir tanpa warna. ( based on sy beli dari siri dinding )
Harga minima anggaran untuk floor plank 90 inggit dan keatas
,untuk dinding – panjang plank tu 10 kaki minima, tebal 9mm. 14.50 inggit sekeping
So dah tahu kan nak pilih yang mana bila tengok bajet. Harap bermanfaat .
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginkan hubungan bahagia dan kekal hingga ke jannah. Tetapi macam mana nak mula dan apa ‘tali’ yang boleh simpulkan hubungan untuk membentuk jadi keluarga bahagia?
Mari sama-sama gali dan betulkan apa yang silap dan kongsilah rahsia ini dengan pasangan, in shaa Allah bahagia itu milik anda.
Melalui 21 petua ini, anda dan pasangan boleh membentuk diri sendiri untuk mengikat kasih sayang dalam rumah tangga sebagai suami isteri. Moga bahagia itu milik anda!
1. Sembahyang jemaah bersama-sama.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
3. Berbual dengan pasangan anda setiap hari.
4. Mandi bersama sekali-sekala.
5. Jadi penawar hati buat pasangan anda.
6. Isteri tidur di atas lengan suami.
7. Mesra dengan suami.
8. Sentiasa ungkapkan kata cinta..I LOVE YOU
9. Apabila berjalan di luar, genggam jari isteri. Dan isteri paut lengan suami.
10. Apabila berselisih faham, kenangkan saat-saat indah anda berdua.
11. Berhias untuk pasangan masing-masing.
12. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.
13. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.
14. Kekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walau masing-masing sudah berusia.
15. Bantu isteri melakukan kerja rumah.
16. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
17. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
18. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan isteri.
19. Bentuk sifat cemburu yang positif.
20. Jadilah suami yang pemaaf.
21. Tegur kesilapan pasangan dengan hikmah dan kasih sayang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.