Sudah pastinya semua pengantin baru ingin mempunyai ibu mertua yang baik dan menerima diri seadanya.
Sebagaimana yang kita dengar ada ibu mertua tidak sebulu dengan menantu.
Bagaimana pun mudah aje nak jadi ibu mertua yang baik untuk menantu. Sikap sebegini lah yang harus ada pada diri anda.
Ikuti perkongsian ini.
Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan.
Ads
Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.
1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bg mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jgn lupa jemput saya.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang
Ads
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup
6. Tak payah gosip ngan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang gak
Ads
7. Kalau anak ngan menantu bergaduh, bgtau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pulak.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.
Kredit: Normaliza Mahadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apa yang Allah takdirkan pada kita ni ada yang kita tak mampu ubah pun.Kadang pergilah ceramah Dr Fazilah Kamsah bersama suami ke, Ustaz Ebit lew ke kalau tak berubah..tak berubah jugak lah. Communication perbaiki la macamana pun sama saja. Doa sajalah yang kita masih mampu buat sebab hanya Allah saja yang pegang hati manusia kan?
Demikian perkongsian dari ibu bernama Syahirah Omar menerusi laman facebooknya.
Panjang la sikit ni.
Harini masa aku sedang memandu hantar anak-anak pergi sekolah, teringat balik zaman lana luqman kecil dulu. Rutin aku sama saja setiap hari. Setiap pagi berperang nak siapkan anak ke sekolah. Sudahlah lana tu istimewa, memang aku menangis setiap hari sebab penat handle seorang diri. Waktu tu daddy mereka di luar negara( Alhamdulillah semalam akhirnyaaaa balik Malaysia for good dah) balik setiap 3 bulan dan hanya 2 minggu.Hidup aku memang pada mulanya kelam kabut sebab menguruskan anak seorang diri.
Kisah hidup kita tak sama. Ada yang memang direzekikan suami untuk hidup bersama. Ada yang berpisah hidup.Ada yang kematian suami atau isteri.Ada yang berkongsi suami. Ada yang bersuami tetapi kaki PUBG.
Kadang-kadang baca di KRT ke page yang kisah rumahtangga tu memang la kalau korang duduk situ membawang tak jadi kerja. Tapi kalau korang tengok betul-betul, ramai sangat orang kat Malaysia ni berpotensi sakit mental kerana pelbagai tekanan. Ada yang isteri di latih untuk menjadi ibu tunggal sejak mengandung lagi sampai kesudah penat menguruskan keluarga. Suami? Ada la siapkan diri sendiri. Lepak-lepak main PUBG. Macam nak gila si isteri setiap hari.
Tapi kita mampu ubah diri kita untuk sesuaikan diri dengan situasi. Macam aku, sampai sekarang tak selalu pun suami ada sekali atas komitmen kerja dan lain-lain. Jadi selama mereka kecil sampai ke harini aku perlu jadi independent.
Teringat cerita kakak yang hampir langgar kami sefamily waktu pagi tu. Dia penat mental fizikal 4 bulan menguruskan 3 orang anak seorang diri sebab suami tak selalu ada. Tengok dia tu teringat diri sendiri sebenarnya. Sebab tu aku faham sangat apa dia rasa. Aku tahu bukan senang pun nak buat semua tu.
Tapi aku nak kongsikan dengan semua yang sekasut dengan aku ni, tak kira la perempuan atau lelaki. Kalau bab ni kita struggle, memang tak mustahil rumahtangga kita akan kucar kacir kalau emosi kita tak stabil. Silap-silap kita tempik dan belasah anak hari-hari.
Satu yang kita kena faham, anak-anak pun ada emosi mereka. Rindukan ayah atau ibu, kurang kasih sayang, rasa insecure tak disayangi. Sebab tu emosi mereka pun tak ketahuan setiap pagi sebab mereka pun manusia kan?
Orang kata aku sejenis overthinking.Sejenis detaillllll semua benda. Sejenis yang kena PLAN betul-betul. Rilek rilek sudah la? Cuba ikut flow?
Aku memang dilatih untuk menjadi seorang yang detail sejak Lana umur 3 tahun. Sekarang dia 11 tahun. Aku MESTI plan hidup aku dengan baik walaupun memang Allah is the best planner tapi aku perlu atur masa aku supaya everything smooth InsyaAllah. Kalau tak, aku menanggung kesedihan dan kepenatan seorang diri. Tak semua orang direzekikan ada support system yang baik. Kau mungkin ada mak ayah duduk dekat.kau mungkin ada pembantu rumah. Kau mungkin ada jiran baik hati bantu hantar anak sekolah. Betul?
So, untuk kekalkan hidup kau sentiasa positif dari pagi sampai ke malam hari, pertama sekali kau kena
*RANCANG AKTIVITI HARIAN* Aku tak suka benda last minute. Semua ada dalam kalendar hp aku ni. Apa nak buat untuk seminggu aku dah rancang. Rancang bila kau nak kemas rumah, kemas rumah pun kau bahagikan mana yang harian mana mingguan. Kemudian bila kau nak buat laundry, bila kau nak siapkan baju sekolah anak-anak.
Contohnya baju sekolah iron seminggu siap. Setiap malam make sure anak check beg sekolah dieorang. Siapkan bekal anak botol air biskut semua siap-siap. Yang baby pulak baju diaper pun semua siap-siap. *Sebab tu aku tak suka kalau orang datang mengejut. Nak datang cakap awal-awal sebab banyak benda nanti berubah tak seperti yang dirancang.?
*HIDUP TERSUSUN* Bab makan contohnya. Kalau kau larat dan ada rezeki lebih nak makan luar, makan la jika lalu. Macam aku, bila aku terlalu penat aku memang makan kedai. Tapi ada masa aku memang masak je kat rumah. Siapkan pes frozen hujung minggu untuk mudahkan kau. Blend siap bawang cili kering. Ikan sayur pun kau dah asingkan ikut portion sekali masak. Selalunya weekend la kau kena buat semua ni.
Kalau nak keluar sabtu, malam jumaat tu kau dah siap buat laundry baju sekolah anak. Sabtu merambu, ahad iron baju.
*DIDIK ANAK UNTUK BANTU* Ajar dieorang ni dari kecil buat kerja rumah.dari baby besar cinonet mayraa pun kau dah ajar kemas mainan. Lepas makan kutip nasi tumpah. Lepas tu ajar angkat buang sisa dalam tong sampah, ajar basuh pinggan. Baju kotor letak mana, sidai towel lepas mandi.Tempat tidur kemas. Nak ajar ni memang berbuih mulut tapi ajar je setiap hari.Remind je setiap hari. Macam budak-budak ni kalau bilik semak aku memang tanya je ” nak kawan dan tidur dengan tikus ke?” Terus kelam kabut kemas bilik?
Jadikan mereka seorang manusia bertanggungjawabbbb. Apa yang aku buat selalunya,dieorang ni ada kumpul point. Kalau berjaya follow semua rules aku, aku akan bagi reward time weekend. Bawak pegi kedai eco RM2.10 ambil 1 mainan pun dieorang dah happyyyyy terukkk?
Kalau dieorang tak follow rules aku takyah ngamuk. Aku tanya je ” mama rasa macam kena deduct je point lana luqman ni sebab tak sidai towel”.
*BIASAKAN ANAK RASA HIDUP SUSAH* Didik anak supaya dia belajar dari kesusahan. Jangan manjakan anak sentiasa. Biar mereka tahu yang hidup ni Allah akan sentiasa beri ujian. Kalau nak apa-apa minta dari Allah. Kalau sedih nangis istighfar kat Allah. Jangan semua benda anak nak kau bagi. Semua benda kau buatkan untuk dia. Biar dia nangis biar dia rasa dia tak boleh bergantung kat manusia kalau dia nak apa-apa. Actually kalau aku menangis dieoranglah ingatkan aku suruh istighfar sambil tenangkan aku?kau bukan kuat sentiasa kan?
*JAGA EMOSI DIRI DAN ANAK* Emosi kita ni kena cantik. Aku ada share sebelum ni macamana nak kekal positif kan. Emosi kita cantik emosi anak akan cantik. Bila kau stress emosi anak kau huru hara sangat tau? Meragam melekat merengek.
Setiap malam kau peluk anak-anak, cium mereka. Beritahu kau sayang sangat mereka. Beritahu esok semua kena happy dan behave. Baca doa bersama. Kemudian make sure mereka tidur awal jam 9.30 malam supaya tidur mereka cukup. Beritahu mereka esok mereka kena bangun awal solat subuh dan bersiap ke sekolah.
Beritahu mereka siapa siap awal boleh tengok tv kejap 10 minutes tapi sebelum tengok beyblade ke apa ke kau kena dengar surah hafazan berulang kali dulu. Kemudian beritahu tepat jam sekian-sekian kita semua akan turun untuk pergi sekolah. Kau tanam siap-siap dalam kepala mereka.
Kemudian kau tanam pulak dalam kepala kau.
Lepas kau dah maafkan semua orang, kau dah buat list buang semua masalah kau( rujuk post aku yang sebelum ni) kemudian kau imagine diri kau bangun pukul berapa kau nak. Imagine siap-siap kau mood happy, ceria, kau bersiap..anak-anak semua happy. Sekarang ni kau tengah cuba beritahu otak kau begitu sebab InsyaAllah otak kau akan menggerakkan badan kau untuk buat seperti apa yang kau fikir. Sebab tu kena fikir bebaik je. Jangan kau fikir ” yaAllahhh esok pagiii confirmm anak aku ngamukkk”. Ngamuk la jadinya?
And imagine jugaklah kau sabar kalau anak kau meragam. Macam aku..Mayraa tu ada hari berangin taknak pakai kasut lah, taknak stroller lah. Contohnya harini, aku kena dukung dia turun bawah sambil bawa banyak barang? tapi takpelah sebab mood aku stabil aku berjaya control kemarahan tu. Alhamdulillah?
*KURANGKAN SCREEN ( GADGET )* Aku tak tahulah maybe ramai yang tak setuju. tapi gadget ni memang buat jiwa anak aku kacau bilau. Serius cakap, bebudak ni tak main wey hp. Mayraa tu ada kalanya masa driving aku bagi kejap 10 minutes sb dia dah nangis nak menyusu. Sementara aku nak stop ketepi aku bagi.tapi lagi 2 ketul aku memang tak bagi.
Sebab? Dieorang tak focus masa belajar. Dieorang mula bebai bebai bila aku suruh buat kerja. Kepala tu asyik ingat hp je kan? Asyik fikir game jer. So aku memang jaga bab ni sebab kalau dieorang mood tak baik memang habislah kehidupan aku seharian tu sebab marah-marah anak.
Orang kata bagilah sebagai reward, aku rasa banyak lagi benda yang boleh dijadikan reward? Dan untuk diri sendiriii..kalau tengah stress penat kau jangan la asyik mengadap hp. Tu lagi mengundang emosi tak stabilllll?
*SOLAT BERJEMAAH DAN WUJUDKAN ENVIRONMENT MENGINGATI ALLAH* Kalau ada bapak dieorang memang kami ke masjid bersama-sama.Kalau takde aku akan bawa je mereka ke surau rumah ni. Tak hari-hari pun tak apa. Kemudian, aku solat bergilir dengan Lana. Bila aku solat dia jaga Mayraa.
Kat rumah luqman akan jadi imam untuk lana dan mayraa. Aku monitor je mereka solat bersama. Kemudian buat hafazan bersama mereka. Cari satu waktu yang paling sesuai. Kadang-kadang sambil aku iron baju kami buat hafazan bersama.
*BUAT SURPRISE UNTUK ANAK* Sesekali kau buat kejutan kat mereka. Beli la apa yang murah-murah tu. Masuk kereta je bagi kejutan kat mereka.Kau akan ingat selalu muka happy mereka tu tau. Kadang-kadang bagilah masa nak tidur. Tak payah mahal -mahal pun tak apa. Mereka sudahlah kurang kasih sayang, buat la mereka selalu rasa disayangi. Alaa..kadang-kadang petik je bunga lalang tu.anak aku punya seronok tak kira dapat bunga?
*BIASAKAN LETAK ALLAH YANG PERTAMA DALAM SEGALA HAL* Dari pagi lagi kau bagi salam masa kejut mereka. Pagi pastikan mereka solat subuh dulu sebelum ke sekolah. Pagi pastikan mereka baca doa naik kenderaan bersama. Pagi pastikan kau cakap kat mereka..kalau mereka behave dan follow semua cakap cikgu dan mama, Allah, Rasulallah, mama sayang sangat mereka. Buat baik masuk syurga. Kau kena banyak bercakap dengan mereka 2 kali ganda banyakkk sebab mereka hanya bercakap dengan kau saja di rumah.
*RAPATKAN YANG JAUH* Mereka ni bila ada masa aku videocall la supaya mereka cakap dengan daddy mereka.zaman lana luqman kecik dulu kena pakai webcam lagi? kalau bapak dieorang busy, time zone dah tak sama sepasal, anak tidur bapaknya baru petang.. kau pujuk la mereka untuk sembang dengan daddy esok pulak. Beritahu harini ada hal tak dapat elakkan. Mintalah bapak dieorang hantar gambar ke voice msg ke.
Tapi untuk pasangan yang dah meninggal..Allah.. kau peluklah mereka selalu. Aku selalu kuat bila aku fikir yang satu ni. Bila aku nak rebah aku fikir apa la anak-anak aku rasa kalau tak jumpa bapak mereka sampai bila-bila. Yang lalui situasi begini aku nak cakap korang memang sangat hebat.Allah sayang sangat korang. Allah uji sebab korang memang hebat dan sangat kuat?
*RAWAT DIRI SENDIRI* Kau makan la supplement untuk antibodi. Madu ke habatussauda ke terpulang. Ada masa kau pergilah lepak masjid dengar kuliah. Kemudian kau carilah masa untuk kau minum sorang, makan sorang. Kau belilah apa-apa untuk reward diri kau. Kau beli la scrub and lotion.cari masa untuk diri kau sendiri. Serius la wey nak sapu lotion pun tak sempat tau kalau dah semua sendiri. Ada masa kau nak tonyoh daki pun tak sempat? mandilah lama-lama sikit sejukkan diri?
Kau bukak la ceramah kat youtube tu.cuba kau dengar apa-apa yang boleh menaikkan motivasi diri. Carilah ilmu bagaimana nak kawal emosi. Kau kena rajin membaca.
Sesekali kalau boleh kau berjalan la keluarkan peluh.aku tak tahulah bila masa kau nak bersenam.tapi kalau dengan berjalan tu buatkan kau mengeluarkan peluh, kau jalan lah?
Aku harap membantulah apa yang aku share ni. Semua orang buat benda yang sama pun rasanya. Tapi kalau kau rasa kau dah cukup susah, fikirlah insan yang jauh lebihhh susah.
Kalau kau rasa penat diuji ada anak special sorang..kau fikirlah orang lain yang diuji ramai anak istimewa dan ibu tunggal pulak tu?
Kalau kau rasa suami kau sibuk, fikirlah kau masih ada suami banding orang lain.
Apa-apa pun kita saja boleh ubah diri kita.Cara kita berfikir. Sesekali confirmmmm kau terjatuh dan penat terduduk. Sebab kau bukan robot. Tapi bangkitlah demi anak-anak. Seiring dengan motto kehidupan kita, “Kat dunia ni lah tempat kau berpenat lelah. Kat Syurga nanti kau rehatlah sepuasnya.”
Sekian ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjaga seorang bayi sudah boleh bikin riuh, inikan pula menjaga 5 bayi sekaligus.
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas yang dilihat sedang sibuk menjaga cucu-cucunya yang masih bayi pada hari raya yang lalu.
Sedang orang lain sedang sibuk berborak dan menjamu selera, lelaki bernama Tok Aki dilihat cuba untuk menenangkan lima cucu serentak, terdiri daripada sepasang bayi kembar dua, manakala satu lagi adalah kembar tiga.
Bapa kepada kembar tiga, Syed Mohd Faiz Syed Nasir berkata, Tok Aki merupakan bapa saudaranya yang turut dikurniakan dua cucu perempuan kembar berusia tiga bulan.
Menurutnya, video tersebut dirakamkan ketika berkunjung ke rumah bapa saudaranya itu di Simpang Pulai di Pahang, sempena sambutan Hari Raya, baru-baru ini.
“Bapa saudara saya buat pertama kali ada cucu kembar dalam keluarganya. Malam itu saya sekeluarga datang dan bermalam di rumahnya, macam balik kampung.
“Saya ada anak perempuan kembar tiga (triplet). Jadi dia cuba menidurkan lima kembar serentak,”
Lebih mesra disapa Faiz, katanya, anaknya yang merupakan kembar tiga baru berusia 11 bulan dan pertama kali ke rumah Tok Aki.
“Setiap kali raya, saya akan ke rumah Tok Aki. Dia jaga dua cucu kembarnya sejak lahir. Dan malam Hari Raya tu saya bawa tiga lagi bayi kembar.
“Memang terkejut Tok Aki apabila melayan lima bayi kembar serentak. Tok Aki memang rajin menjaga cucu-cucu, dia juga penyayang,” ujarnya yang menetap di Cheras, Selangor.
Bapa kepada lima cahaya mata itu mengakui begitu mencabar untuk menidurkan tiga bayi kembarnya kerana masing-masing sudah pandai meniarap.
“Pergerakan mereka agak cepat menyebabkan sesiapa sahaja akan terkejar-kejar untuk menenangkan mereka. Tambahan pula cucu kembar dua pula baru bangun daripada tidur.
“Anak-anak saya (kembar tiga) pula terjaga daripada tidur di ruang tamu. Jadi, memang riuh masa tu, meraih kampung!”
Walaupun pengalaman baharu pada hari raya, Faiz yang merupakan peniaga air balang menyifatkan bapa saudaranya sebagai seorang yang sangat mesra dengan kanak-kanak dan penyayang.
“Tok Aki orangnya lemah-lembut. Naluri atuk memang sayang cucu-cucu. Bezanya raya tahun ini dia dapat berjumpa dengan lima cucu kembar sekali gus.
“Alhamdulillah dengan adanya Tok Aki masa tu, dapat meringankan sikit beban kami untuk berehat sekejap selepas beraya sepanjang hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan sejak pandemik melanda seluruh dunia tahun lepas ramai yang terkesan terutama aspek ekonomi.
Dalam keadaan sekarang, perlu ada dua semangat iaitu MENYERANG dan BERTAHAN. Jika kita tidak mampu menyerang. Kita harus memiliki semangat untuk bertahan.
Jangan sesekali MENYERAH kalah pada keadaan ekonomi perlahan begini. Cuba bertahan dengan lakukan ini kawan kawan,
1. Jangan Tukar Kerja.
Walau kita tak suka sangat dengan gaya tudung boss kita. Cuba bertahan dan lihat sisi baiknya seperti dia tetap gosok tudung dan tak berkedut, gittew.
2. Pakai Sahaja Kereta Lama.
Walaupun raya dah tak lama, duit dah cukup, anak dah bertambah, isteri dah ‘membesar’, cubalah bertahan dengan kereta yang sedia ada. Jika teruk sangat sampai kena tolak baru jalan, sewakan saja untuk jalan jalan nantinya. Tak usah beli dulu diwaktu bertahan ini.
3. Belajar Masak Sendiri
Tak sedap macam manapun makanan kita, kita masih boleh belajar. belum ada dalam sejarah orang meninggal sebab tak sedap makan. tetapi ramai yang meninggal sebab tak ada makanan. Dapat?
4. Jangan Bina Hutang Dulu.
Bila ekonomi perlahan, boleh bina hutang bagi orang yang pintar urus wang. Bagi golongan biasa elakkan bina hutang baru. lebih baik bina cinta buat kerluarga, jaga mereka dan beri perhatian walaupun hidup kita susah amat. itu lebih berharga
5. Berhenti Merungut.
Merungut ini langsung tidak jana duit dalam akaun kita, dengan merungut juga minda kita tidak bercambah dan kretif jadinya. Berhenti, belajar cipta peluang. sekarang musim susah, apa peluang baik untuk bantu orang? dari membantu orang banyak peluang akan terbuka kawan kawan.
6. Banyakkan Sedekah
Dalam sedekah tiada logik akal, yang ada hanyalah magic akal. Matematik mengajar setiap yang ada jika diberikan akan berkurangan, tetapi agama mengajar setiap pemberian akan bertambah berganda ganda. Nak ikut logik akal atau kembali beragama?
7. Belajar Ilmu Kewangan
Nak makanan sedap, kita kena belajar. Nak kekal bahagia, kita kena belajar. Nak pandai memandu, kita belajar bawa kereta. Nak bagi orang sayang kita kena bagi bunga. Nak kahwin, mesti pergi kursus kahwin. Semua kena belajar, tetapi bab duit yang tiap hari kita pegang nak beli buku satu pun kita rasa rugi amat. hah, ambik kau, kan dah kena.
8. Urus Dana Kecemasan Dengan Baik.
Waktu gawat begini, duit yang ada perlu diurus dengan baik. Jangan mengurus dana kecemasan sama macam kehidupan harian sebelum ini.
9. Tangguh Beli Rumah Mewah
Jika ada impian beli rumah yang ada kolam macam dalam drama, tangguhkan dulu buat seketika. Jika nak beli rumah yang harga sampai separuh juta, jika dapat batalkan dulu pun tak mengapa. Gawat kali ini luar biasa, hiduplah secara sederhana untuk masa depan keluarga.
Jika tidak dapat jana pendapatan, dapat bertahan pun sudah cukup baik untuk kita sekeluarga kawan kawan.
Ingat pesanan ini, banyak kenangan manis di cipta waktu susah bukan waktu bahagia.
Bertahanlah tetapi jangan sesekali menyerah kalah.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...