Bergurau yang membawa padah! Mujur anak ini selamat setelah hampir 10 minit berada didalam mesin dobi setelah diselamatkan oleh kakitangan Restoran Salam di sebelah dobi yang membantu mengeluarkan anak kecil tu. Kejadian ini telah mengemparkan penduduk di kawasan berkenaan.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku setelah gurauan melampau oleh bapa saudara kanak-kanak berkenaan di kedai mesin basuh dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang, malam tadi.
Difahamkan, kanak-kanak itu dimasukkan ke dalam mesin basuh oleh bapa saudaranya yang bergurau ketika datang membasuh pakaian di kedai dobi itu bersama ibu kanak-kanak terbabit.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak disedari ibu kanak-kanak berkenaan.
Lebih malang, gurauan lelaki itu mengundang padah apabila pintu mesin basuh berkenaan tidak dapat dibuka menyebabkan kanak-kanak itu terperangkap di dalamnya.
Kejadian Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh Dobi Layan Diri. Asalnya Nak Bergurau TAPI bertukar tragedi sebab mesin basuh tak boleh buka. Harap anda jangan buat macam ni. Nak bergurau pun kena ada batasnya. Terima kasih kepada staff Restoran Salam di sebelah Dobi yang membantu mengeluarkan anak kecil tu.Lokasi: Laundrybar Taman Bukit Sentosa
Malah, video kejadian itu yang berdurasi dua minit 46 saat turut tular di media sosial memaparkan beberapa individu cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.
Beberapa individu terbabit bertindak memecahkan cermin pintu mesin basuh berkenaan selepas usaha membuka pintu mesin itu tidak berhasil.
Sementara itu, pemilik kedai dobi berkenaan, Hazmal Hassan, ketika dihubungi berkata, ada menerima panggilan daripada bapa kanak-kanak berkenaan yang menghubungi pengurusnya bagi menyelesaikan masalah serta ganti rugi akibat kejadian yang berlaku.
Katanya, berdasarkan maklumat diterimanya, kanak-kanak itu datang ke kedai dobinya bersama ibu serta bapa saudaranya untuk mencuci pakaian.
Ads
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, kanak-kanak itu bergurau dengan bapa saudaranya yang berusia lingkungan umur 20-an.
“Secara tiba-tiba, lelaki itu memasukkan kanak-kanak itu ke dalam mesin basuh sebelum pintu mesin terkunci dan tidak dapat dibuka,” katanya.
Hazmal berkata, beberapa pekerja restoran yang terletak bersebelahan kedai dobinya kemudian cuba membantu untuk membuka pintu mesin basuh berkenaan, namun tidak berjaya.
Katanya, oleh kerana pintu mesin itu tidak dapat dibuka, mereka bertindak memecahkan cermin pintu mesin basuh itu untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.
Ads
“Pintu mesin itu lazimnya akan terkunci secara automatik apabila dimasukkan syiling serta apabila butang ‘mula’ atau butang ‘start’ ditekan.
“Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku, namun masalah di sini adalah ia bukan saja menyebabkan saya kerugian hampir RM3,000 sebaliknya nyawa seorang kanak-kanak hampir melayang,” katanya.
Menurut Hazmal, kanak-kanak itu bernasib baik berikutan mesin berkenaan tidak berputar mungkin disebabkan terlebih muatan.
Katanya, susulan kejadian itu, dia membuat satu laporan polis agar tindakan serta siasatan dapat dijalankan berikutan kejadian itu boleh mengancam nyawa kanak-kanak berkenaan.
Walaupun dah berkahwin lama dan anak pun dah berderet-deret, tapi itu bukan maknanya suami isteri tak perlu lagi nak beromantik bagai.
Romantik sentiasa kena praktikkan untuk segarkan hubungan rumah tangga.
Jom bangkitkan semula rasa romantik dan cintan cintun suami isteri. Kasi suprise sikit pada pasangan.
1. Tak perlu tunggu hari istimewa, belikan 12 kuntum bunga dan buatkan suprise di tempat kerja pasangan. Kenapa 12? Sebab wakilkan setiap bulan yang tertinggal. Sweet tak?
2. Kalau rajin buatkanlah bekal untuk pasangan nak ke tempat kerja. Bukan bekalan biasa tapi sandwich bertulis i love you.
3. Kalau dah lama tak mandi sama, sila amalkan semula. Kasi mood mantap. Buatlah apa-apa yang patut asal tambah bahagia.
4. Setiap hari Khamis atau Jumaat berikan mesej ringkas berbau romantik. Mood ghairah kena disentuh, baru menjadi.
5. Setiap kali makan jangan lupa aksi suap menyuap. Biarlah anak jadikan contoh cara kita yang mesra. Berkat, pahala pun dapat.
6. Tolong isteri pilihkan pakaian pun dah cukup romantik. Percayalah isteri sangat inginkan pendapat suami. Apa lagi beli dan buat suprise. Confirm isteri melompat gembira.
7. Kalau tengok tv gatal-gatalkanlah tangan usap rambut isteri. Belai-belai lebih sikit, hilang penat isteri. Nak tolong urutkan, sangat dialukan kata isteri.
8. Dalam kereta, sesekali boleh juga pegang atau sentuh-sentuh tangan isteri. Isteri mana yang tak teruja malah rasa disayangi. Sila buat!
9. Dah romantik, hubungan intim jangan diabaikan sebab inilah kunci bahagia suami isteri. Cari mood baru dengan pergi bercuti atau check in hotel berdekatan. Kasi suprise istimewa buat pasangan kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berhenti kerja dalam zaman sekarang mungkin memerlukan anda berfikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan. Ia bukan satu perkara mudah kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu? Nak nak lagi bagi anda yang sudah terbiasa pegang duit sendiri.
Tetapi ada masanya anda terpaksa berkorban, memilih kerjaya mahupun keluarga. Buat ibu-ibu di luar sana yang ingin dan sudah berhenti kerja demi keluarga tercinta, mungkin boleh jadikan nasihat Dr Hasiba Kamaruddin ini sebagai panduan.
Jika aku bertemu dengan para ibu yang berhenti kerja walau apa jua alasan pun demi menjaga anak – anak sendiri walhal mereka punya pendidikan tinggi dan pernah berkerjaya sebelum ini, aku tumpang gembira buat mereka.
Pertamanya aku gembira kerana si suami berani menyahut cabaran mencari nafkah keluarga di era ‘seorang bekerja tak cukup’ masakini. Aku tumpang gembira juga kerana para ibu ini sanggup mengorbankan cita – cita dan bakat yang mereka ada dalam membina kerjaya demi menjaga keluarga. Ini bermakna lebih ramai ibu – ibu yang ber’isi’ mindanya dalam membina peradaban bangsa yang kian kosong kini.
Walaupun mereka tampil menyatakan ketidakpastian dan kerisauan akan keputusan yang diambil, pesan aku begini:
Bersyukur sebab ada suami yang sanggup jaga kita seadanya. Terima apa saja yang mampu disediakan oleh suami walau kita sendiri mampu untuk hasilkan lebih dari itu.
Always feel good about yourself walaupun kita rasa lebih bagus semasa belajar dan berkerjaya dulu.
Jaga anak, jaga urusan rumah tangga pun kerjaya juga.
Jangan risau akan rezeki kerana Allah SWT janjikan cukup untuk hambaNya hidup di bumi ini. Cukup, bukan mewah.
Sentiasa doa moga Allah SWT mudahkan urusan suami, murahkan rezeki berkat buat dia. Semasa solat atau bila – bila masa saja. Percayalah yang ini akan berlaku.
Kalau dulu bekerja tak sempat solat Dhuha, sekarang mesti sudah sempat. Solat Dhuha.
Tingkatkan nilai diri. Sambil jaga anak dan rumah, cari aktiviti yang boleh menambah nilai diri dan orang sekeliling. Contohnya:
Baca buku – buku yang baik untuk buka minda. Sekejap pun takpa.
Hadiri kuliah2 Dhuha di surau2, bawa anak sekali kerana kuliah Dhuha ni kebanyakannya ustazah yang deliver dan mak – mak serta nenek – nenek yang hadir. InsyaAllah tak kena sound kalau anak lasak. Muslimin pun tak ada kalau perlu lebih proaktif dalam mengawal anak – anak.
Hadiri kelas – kelas bersiri Bahasa Arab atau Quran, makhraj dan tajwid kerana biasanya kelas – kelas begini percuma di surau2 dan waktunya juga pendek sekitar 2 jam saja. Kelas bersiri begini akan jadikan kita lebih berdisiplin dan terancang.
Buat aktiviti yang bermakna dengan anak – anak. Belajar cara berkomunikasi yang sesuai dengan umur anak untuk bantu pembangunan diri mereka.
Elakkan menonton rancangan TV yang lagha atau buat aktiviti yang kurang bermanfaat kerana anak – anak ada bersama kita 24/7. Jangan biarkan mereka belajar aktiviti tak bermanfaat itu.
Bila anak – anak dah capai umur 5 atau 6 tahun, hantar dia ke tadika atau playschool. Sekejap pun tak apa. Dua tiga hari seminggu pun tak apa. Ini untuk membantu pembangunan sosial dan kendiri mereka. Walau kita berhenti bekerja untuk jaga dia, anak ini perlu juga belajar berinteraksi dengan masyarakat luar supaya lebih berdikari dan tidak terlalu self-engrossed.
Berinteraksi dengan jiran – jiran kerana semasa bekerja dulu, kita tak da masa. Masak lebih kemudian share dengan jiran juga.
Plan aktiviti dengan SAHM lain seperti baca Yaasin, usrah etc. Kalau tak boleh deliver sendiri, cari ustazah datang rumah.
Kalau rajin menulis, menulislah apa – apa yang bermanfaat. Kalau pandai melukis, lukis lah apa – apa yang menenangkan. Kalau minat menjahit, jahitlah apa – apa yang berguna.
Seorang SAHM pernah bertanya pada saya, “Patutkah saya sambung belajar macam akak?” setelah dia menyatakan kekosongan jiwa dek berada di rumah sepanjang masa. Jawapan saya, “Boleh kalau awak nak dan rasa mampu. Tapi sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat untuk mengisi kekosongan jiwa itu. Awak sebenarnya hanya ingin keluar sebentar saja dari rutin harian itu. ‘Me-time’ itu ada, kita cuma perlu jadikan ia, fleksibelkan ia dan pelbagaikan ia.
Dan sebenarnya yang jauh lebih penting adalah, pandangan kita terhadap diri kita. Do you feel good about yourself?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka, personaliti yang penuh dengan senyuman terukir di bibir ini sebenarnya menyembunyikan sebuah kisah sedih di saat kehilangan satu-satunya anak lelaki buat selama-lamanya.
Berkongsi detik-detik pemergian anak bongsunya, Mohd Hilman itu bersama Majalah Keluarga, Pakar Mata dan juga Pencetus Inspirasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad turut akui bahawa mereka sekeluarga tidak melihat foto, ziarah kubur selepas 13 tahun kehilangan anak bongsunya itu bagi mengurangkan rasa sedih.
“Dia berlaku pada tahun 6 haribulan 8 tahun 2000. Masa tu ingatkan mak beli macam-macam souvernier. Tak tahu itu tahun paling sedih bagi kami sekeluarga, dia berlaku pada hari ahad petang. Kitorang 3 orang, saya Aniah dan adiknya Hilman.
“Hari tersebut rasa sangat gloomy tau, lepastu kita tak tau dan kita keluar beli apa-apa saja, beli coklat. Lepastu saya tolak troli dengan adik dulu, dia pegang saya ikut je belakang dia.
“Tapi bila nak sampai kat kereta tu dan nak buka bonet kereta tu tiba-tiba dia jatuh pengsan. Saya pun terus cpr tetapi dia habis. Masatu saya rasa dah tak ada. Orang dah start panggil-panggil doktor. Tak apa saya doktor.
“Pergi ke Az-zahra ada seorang pakcik tolong dan telefon ayah dan lepastu saya bawa kereta ke HUKM. Aniah belakang dan adik baring masa tu saya kata..” katanya kepada Majalah Keluarga.
Ketika situasi itu, anak sulung Prof Muhaya, Noor Aniah mengakui itu kali pertama dia melihat ibunya menangis dan tidak pernah menyangka perkara sebegitu boleh terjadi pada mereka
“This is the last moment kita dengan adik sebagai satu keluarga dalam kereta pada masatu. Mak kata Allah pinjamkan ahli syurga selama 11 tahun setengah, masatu kitorang macam terima dah. Sampai HUKM tu buat juga cpr.
“Saya ingat masa doktor bagitahu mak adik dah takde. Waktu tu first time saya tengok mak nangis, saya tak pernah imagine akan jadi seperti ini.” kata Aniah.
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee dan Optimus Prime, hilang gementar pergi sekolah. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.