Baru merasa nikmatnya bergelar ibu, pelakon cantik, Intan Najuwa mengakui kuatnya emosi apabila bergelar seorang ibu.
Bahkan kata Intan lagi dia mengakui dirinya tidak kuat apabila perlu menjaga bayinya seorang diri.
Disebabkan itulah dia sangat menghormati golongan ibu yang menguruskan anak mereka tanpa seorang pembantu.
Menerusi siaran langsung Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Datin Intan Najuwa Abdul Wahid menyatakan rasa kagum terhadap golongan ibu yang menjaga anak-anak tanpa bantuan helper memandangkan dia sendiri tidak kuat dengan hal itu.
“Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat.
Ads
“Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir.
“Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental,” ujarnya.
Ads
Tambah Intan lagi, dia mendedahkan turut menangis sama apabila anak sulungnya Imane Lunara menangis sehingga membuatkan suaminya pening kepala.
Atas sebab itu kata Intan dia sangat memerlukan bantuan pembantu dalam menguruskan anak kerana kadang kala situasi yang dihadapi menjadi hura hara apabila anak mulai meragam.
“Saya yang ada pembantu pun pening. Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana.
Ads
“Luna nangis, saya pun nangis. Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik.
“Sampai lupa nak buat apa,” katanya lagi.
Ramai yang menghargai pujian yang diberikan pelakon itu kerana mengakui bukan mudah menjadi seorang ibu yang baru melahirkan anak tanpa dibantu oleh sesiapa lebih-lebih lagi ketika dalam pantang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang mengikuti perkembangan Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan pasti mengetahui si kecil itu sememangnya dari dulu lagi gemar untuk tampil cantik dengan sentiasa meletakkan solekan pada wajahnya.
Dek kerana ramai yang mengecam kononnya Aaisyah dipaksa untuk mengenakan solekan, baru-baru ini tuan badan sendiri menjawab persoalan itu dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Tiktok milik ibunya yang lebih mesra dipanggil Che Ta.
Dalam video tersebut, dia mengakui bahawa dia gemar mengenakan solekan, tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak.
Aaisyah yang kini berusia lapan tahun berkata, jika ada yang berpandangan sedemikian, ia tidak benar.
“Siapa-siapa yang kecam saya, yang kata kena… dipaksa pakai mekap itu salah ya. Saya memang suka (pakai mekap)” katanya dalam video tersebut.
Meninjau di ruangan komen, ada di antara mengikut Che Ta di Tiktok menyifatkan Aaisyah sudah sedia comel meski tanpa mengenakan sebarang solekan pada wajah.
Penantian seorang isteri berakhir dengan kesedihan. Hanya jasad kaku suami yang tiba di depan mata.Bagi Nor Asilah Arahim, 29, dia tindak menyangka, mesej WhatApp diterima pada jam 1 pagi itu adalah yang terakhir buat dirinya daripada suami.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan suami tersayang buat selama-lamanya cukup perit untuk diterima. Apatah lagi dengan cara yang begitu mengejutkan.
Sementelah dia baru sahaja habis berpantang anak sulung mereka. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun pertama mereka baru-baru ini. Lebih memilukan, Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 27, juga baru bergelar bapa setelah dikurniakan seorang cahaya mata berusia 62 hari bernama Maryam Medina.
“ALLAH lebih sayangkannya,” kata Nor Asilah Arahim, 29, isteri Muhammad Faezuan yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Kampung Jeram Besu, Raub.
Kemalangan itu turut mengorbankan pasangan suami isteri, Mohd Sajury Abdullah, 63, Sobariah Haron, 54, anak lelaki mereka Uwais AlQurney Abdullah, 6, dan seorang anak saudara mereka Nur Ilham Najwa Rahimi, 20.
Nor Asilah berkata, kali terakhir dia menerima mesej WhatsApp dari suaminya 1 pagi tadi yang memaklumkan dia baru melepasi Lebuhraya Karak.
Arwah suaminya bersama empat lagi ahli keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adik dan mengambilnya pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai berpantang anak pertama.
Ketika kejadian, Nor Asilah berada di rumah mentua bagi membantu persiapan perkahwinan adik iparnya, Dina Amira, 26.
“Ketika lima jam kemudian, saya didatangi dengan kehadiran polis yang memaklumkan suami dan empat ahli keluarga lain maut dalam kemalangan. Saya seperti tidak percaya dan terus menangis teresak-esak kerana terlalu terkejut.
“Pakaian sedondon yang akan kami sekeluarga pakai di majlis perkahwinan esok juga sudah siap digosok.
“Malah, kami baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 23 Mac lalu dan sekarang mempunyai anak berusia 62 hari,” katanya ketika ditemui di rumah arwah Faezuan di Jelawat, di Bachok.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekarang ini ramai juga yang demam dan batuk berkahak. Kalau dibiarkan tentu menyebabkan rasa tidak selesa. Selain kita perlu makan ubat yang diberikan doktor, apa kata anda damalkan minum air herba yang boleh dibuat sendiri menggunakan kunyit dan halia.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Mastura Rashid. Semoga ianya bermanfaat dan serasi buat anda dalam merawat masalah batuk berkahak.
Hai gaiss.
Hari ni fiona nak kongsi cara buat air kunyit yang boleh lembutkan dan longgarkan kahak tebal pekat, dan mudahkan ia bergerak waktu buat proning exercise.
InsyaAllah ia sangat membantu melegakan pernafasan pesakit covid yang selalu alami sesak nafas dan batuk berkahak yang teruk.
Simple sangat resipi ni, perlukan 3 bahan utama saja, iaitu kunyi, madu dan halia.
Sebelum tu fiona nak kongsi serba ringkas tentang khasiat bahan yang kita nak gunakan ya.
1. Halia
Sifat halia ni panas dan pedas. Ia sangat membantu orang yang ada masalah paru-paru dan perut.
Untuk redakan demam, batuk selsema, kurangkan keradangan dan legakan sakit-sakit badan, halia is one of the best herbs.
2. Kunyit
Sifat kunyit juga panas dan pedas. Tapi takdelah sepedas halia. Dia ada sedikit pijar dan pahit.
Kunyit can never go wrong bila kita ada masalah batuk berkahak. Lendir pekat tebal ni insyaAllah akan cair dan lembut. Jadi bila kita buat proning exercise, dia mudah dinyahkan dari paru-paru. Dan fungsi kunyit bertambah bila kita campurkan sedikit lada hitam.
Orang yang ada masalah sinusitis teruk hingga mulut dan hingus berbau busuk yang amat, haa cubalah minum air kunyit suam untuk bunuh kuman, sekaligus melonggarkan lendir pekat busuk yang melekat di rongga sinus ya.
Fiona suka ratah kunyit muda sebagai ulam waktu dalam pantang dengan sedikit lada hitam yang ditumbuk dengan ikan bilis goreng.
3. Madu
Madu ni sifat dia neutral dan manis. Dan ia sangat bagus untuk tingkatkan fungsi hati dan perut.
Kalau cirit-birit disebabkan salah makan atau food poisoning, fiona hanya makan madu 2 sudu besar, 2 kali sehari je. InsyaAllah cepat je sembuh. Anak-anak juga fiona train begitu. Jarang sangat-sangat nak makan pil karbon atau ubat cirit-birit.
Madu juga ada healing effect. Cubalah sapu madu di luka, insyaAllah cepat je sembuh.
Kata doktor yang kongsikan proning exercise ni, pesakit covid sentiasa rasa sesak nafas akibat kahak tebal seperti gam dan juga sisa sel-sel yang dah mati.
Bayangkan bila dah serupa gam, mana nak keluar jika tak dilembutkan terlebih dahulu, kan.
Maka dengan sifat madu yang menyembuh dan mempercepatkan pertumbuhan sel baru, fiona harap air kunyit ni dapatlah membantu paru-paru pesakit covid sihat dan berfungsi semula.
Langkah-langkah buat air kunyit ni ada di setiap gambar. Jemput baca dan buat ya.
Semoga bermanfaat.
1. Bahan utama: Kunyit dan halia 1 inci setiap satu, atau lebih kurang 5 gram.
Bila kita buat minuman guna bahan segar macam ni, sebaiknya tak lebih 5 gram ya. Better be safe than sorry. Herba ni ada limit dan boleh bawa mudarat jika terlebih dos.
Oh ya, fiona guna halia bentong. Sebab tu rasa dia pedas tapi best sangat!
Kalau tanya air kunyit halia ni sama atau tidak dengan happy juice, jawapannya tidak. Langsung tak sama.
Happy juice tiada kunyit, dan fungsinya juga lain. Dia lebih kepada weight loss, turunkan tekanan darah tinggi, jaga kesihatan jantung dan saluran darah, kurangkan water retention
dan minuman ibu berpantang. Boleh diminum setiap hari.
Tujuan kita buat air kunyit ni pula untuk clearkan thick glue-like mucus dalam saluran pernafasan, paru-paru dan regenerate dead cells. Minum bila perlu saja. Dah sembuh, stop.
2. Madu asli 2 sudu besar.
Gunalah madu apa pun, asalkan asli dan bukan madu baru untuk bini kau. Larikkkk!
Oh ya, ni madu hutan sarawak yang pernah fiona jual tahun 2017 dulu. Bila simpan dalam peti, sikit pun tak rosak. Actually kalau 10 tahun pun takde masalah selagi tak crystallized.
Once dah crystallized, nak guna pun susah. Satu kerja pulak kena rendam botol dalam air panas sebelum guna. Tak koserrr es
3. Air suam panas 1 cawan atau
1/2.
Blend je semua dalam blender. Kemudian tuang dan minum.
Tadaaa! Dah ready to drink.
Ni portable blender Midea. Khas untuk buat smoothie atau jus. Mudah sebab dia bagi 2 tumbler bersama penutup di mana tumbler ni kita boleh attach dengan blade
dia.
Blend, close and go. Gitteww.
TAMBAHAN: Ada yang tanya perlu tapis tak. Okay ini fiona minum raw dari tumbler. Tak tapis sebab fiona suka mengunyah. Jadi serdak-serdak tu bila dikunyah layannnn habis okay. Ses
Tapi kalau kau tak tahan, takyahlah sibuk mengunyah jugak. Takut tersekat kat tekak, nayaaa. Atau jenis tekak kering tak berapa suka minum air kosong, tak pasal-pasal tercekik. Jadi tapis ya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.