Ads

Intan Najuwa Titip Ucapan Manis Sempena Anniversary Ketiga. “Awak Ada Saat Saya Paling Rapuh”

Intan Najuwa menitipkan ucapan penuh kasih buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman sempena ulang tahun perkahwinan mereka selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

Menerusi hantaran di Instagram, Intan meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa menjadi tempat bergantung, bukan sahaja ketika melalui detik bahagia, malah ketika dirinya berada dalam keadaan paling rapuh.

Intan Najuwa Titip Ucapan Manis Sempena Anniversary Ketiga. “Awak Ada Saat Saya Paling Rapuh”

“Perkahwinan memang indah bila kita berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Sepanjang tiga tahun ni, awak memang tak pernah kurang daripada yang terbaik untuk saya.

“Terima kasih sebab sentiasa manjakan saya, sayang saya tanpa syarat dan sentiasa ada setiap kali saya perlukan awak,” tulisnya.

Intan Najuwa Syukur Dengan Keluarga Kecil

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Racun Rihanna itu turut meluahkan rasa syukur atas kehadiran dua cahaya mata perempuan yang kini menjadi pelengkap rumah tangga mereka.

Menurut Intan, keluarga kecil yang dibina bersama suami merupakan antara nikmat terbesar dalam hidupnya.

“Allah dah kurniakan kita dua cahaya mata perempuan yang sangat cantik, dan saya akan sentiasa bersyukur dengan keluarga kecil yang kita bina bersama.”

Kehadiran dua cahaya mata itu bukan sahaja melengkapkan kehidupan mereka sebagai suami isteri, malah menjadi sebahagian daripada perjalanan rumah tangga yang telah dibina bersama sepanjang tiga tahun ini.

Ads

Intan Najuwa Titip Ucapan Manis Sempena Anniversary Ketiga. “Awak Ada Saat Saya Paling Rapuh”

Suami Ada Saat Paling Sukar

Antara luahan Intan Najuwa yang paling menyentuh hati apabila dia mengenang kembali bagaimana suaminya sentiasa berada di sisi sepanjang tempoh kehamilan, proses melahirkan anak hingga melalui fasa selepas bersalin.

“Awak ada dengan saya ketika saya berada di titik paling rendah. Sepanjang kehamilan, awak tak pernah tinggalkan saya.

“Awak pegang tangan saya erat-erat dalam OT ketika saya takut. Awak juga ada bersama saya ketika saya mula berjalan selepas bersalin.”

Malah, Ahmad Azraf juga sentiasa menemani Intan melalui malam-malam sukar dan saat emosinya tidak menentu selepas melahirkan anak.

Ads

Sokongan tersebut cukup bermakna buat Intan kerana suaminya berada bersamanya ketika dia melalui antara fasa paling mencabar dalam kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu.

“Awak dah lihat saya dalam keadaan paling rapuh, tapi tak pernah sekalipun buat saya rasa keseorangan,” katanya.

Intan Najuwa Anggap Perkahwinan Tentang Terus Menjaga

Bagi Intan Najuwa, perkahwinan bukan sekadar berkongsi cinta ketika semuanya berjalan lancar.

Ads

Sebaliknya, sebuah rumah tangga menjadi lebih bermakna apabila pasangan tetap memilih untuk menjaga, memahami dan berada di sisi satu sama lain dalam setiap fasa kehidupan.

Pengalaman melalui kehidupan sebagai pasangan suami isteri, kehamilan, kelahiran anak dan membina keluarga bersama membuatkan setiap bentuk sokongan serta perhatian yang diberikan menjadi semakin bermakna.

“Perkahwinan bukan sekadar tentang menyayangi satu sama lain pada hari-hari yang baik, tetapi tentang dua insan yang memilih untuk terus menjaga satu sama lain dalam setiap fasa kehidupan.

“Terima kasih untuk tiga tahun yang sangat indah ni, sayang. Saya sayang sayang, hari ini, esok dan selamanya. Selamat ulang tahun perkahwinan buat kita.”

Tiga Tahun Membina Rumah Tangga Bersama.

Manis sungguh luahan Intan Najuwa buat suami tercinta. Semoga rumah tangga mereka terus dipenuhi kasih sayang, dipermudahkan segala urusan dan kekal bahagia bersama anak-anak tersayang.

BACA LAGI : Intan Najuwa Dedah Cara Didik Anak Dengan Disiplin, “Saya Ibu Tegas Dan Garang”

Sumber : IG Intan Najuwa

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Dinobat Wanita Ikon Selangor, Nurulhidayah Mahu Tiada Wanita Tercicir

Wanita Ikon Selangor 2026/2027, Nurulhidayah Ahmad Zahid mahu menyatukan dan memperkasa wanita agar bakat mereka terus menyerlah.