Intan Najuwa kongsi persiapan sambut baby girl,”I can’t wait to finally hold you in my arms.”Pelakon jelita Datin Intan Najuwa yang kini sedang hamil anak pertama kelihatannya ‘rancak’ membuat persiapan kedatangan anak sulungnya.
Intan Najuwa ‘Tayang’ Persiapan Sambut Baby Girl, Semua Mahal-mahal
Intan Najuwa dan suami bakal bakal menimang cahaya mata perempuan. Tambah Intan lagi, dia dan suami tidak sabar untuk menimang cahaya mata malah banyak membeli barangan bayi bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.
Bahkan Intan juga turut mendapatkan pelbagai idea melalui Pinterest untuk memilih kelengkapan buat bayinya. Kebanyakan barang-barang bayinya selain dibeli di Malaysia turut dibeli dari London, Sepanyol.
“I Can’t Wait To Finally Hold You In My Arms”
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Intan berkongsi barang-barang bayi serta bilik untuk anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.
JUST KEEPING IT HERE AS MEMORIES, SO ONE DAY SHE’LL SEE THE SMALL THINGS I DID FOR HER.
COUNTING DOWN THE DAYS UNTIL I SEE YOU, BABY GIRL, AND I CAN’T WAIT TO FINALLY HOLD YOU IN MY ARMS – TULIS INTAN DI RUANGAN KAPSYEN.
Aplikasi YouTube nampaknya sudah mulai digunakan masyarakat seluruh dunia tanpa mengira umur. Pelbagai konten yang telah disajikan untuk tontonan pelbagai lapisan umur.
Majoriti pengguna didapati melayari aplikasi YouTube menggunakan peranti telefon pintar. YouTube turut melancarkan versi tempatan di lebih 100 buah negara serta boleh diakses dengan 80 bahasa yang berlainan. Berdasarkan portal Silver Mouse, anggaran pengguna YouTube di Malaysia ialah 20 juta orang serta lebih daripada 90% adalah remaja belasan tahun.
Malahan, kanak-kanak juga boleh mengakses konten di YouTube tanpa sebarang halangan. Hal ini sangat membimbangkan kerana mereka boleh terpengaruh dengan konten yang dilihat melalui platform. Ini antara cara kawal video YouTube daripada tontonan kanak-kanak.
1. Aktifkan Restricted Mode
Sebuah lagi cara kawal video YouTube adalah dengan mengaktifkan YouTube Restricted Mode. Fungsi ini direka untuk menapis pelbagai konten yang tidak sepatutnya dengan menggunakan penapisan automatik dengan melihat metadata, tajuk video serta bahasa yang digunakan dalam video. Video yang telah ditandai sebagai tidak sopan oleh pengguna lain juga tidak akan dipaparkan ketika menggunakan restricted mode.
Fungsi ini digunakan dikhususkan untuk usia remaja. Apabila anda mengaktifkan restricted mode, anda tidak akan dapat melihat komen-komen yang dibuat di video yang telah ditonton. Tambahan pula, mod ini boleh berfungsi sama ada di laman web atau aplikasi tetapi anda perlu mengaktifkan setiap kali anda guna di lain peranti atau laman browser.
Moderator YouTube turut membuat pemerhatian untuk tapisan secara manual bagi setiap konten yang telah dilaporkan sebagai tidak bersesuaian untuk remaja. Fungsi ini dicipta khusus untuk mengehadkan pengalaman penggunaan YouTube.
Sebahagian konten tidak boleh ditonton dan memerlukan kepastian umur sebelum boleh diakses. Jadi, anak-anak hanya boleh menonton video yang telah dicadangkan oleh YouTube melalui tapisan konten yang dibuat.
Ini cara-cara untuk menghidupkan atau mematikan fungsi Restricted Mode.
Melalui peranti anda, buka aplikasi Family Link.
Pilih Manage Settings > Filters.
Tekan Youtube
Pilih untuk hidupkan atau matikan “Restricted Mode“
2. Pasang fungsi supervise account
YouTube telahpun melancarkan fungsi terbaru iaitu supervise account. Syarikat ini telah menyatakan fungsi ini boleh mengehadkan kemampuan anak-anak untuk mengakses konten di YouTube dengan akaun khusus Google.
Ibu bapa boleh buka supervise account khusus untuk pantau melalui aplikasi Google Family Link. Aplikasi ini membolehkan ibu bapa menyekat akses di pelbagai platform, mengawal masa skrin, menapis laman web dan banyak lagi.
Para ibu bapa boleh membuka akaun supervise account di telefon pintar atau laptop yang baru dibelikan untuk anak-anak. Fungsi baru ini turut boleh memberi autoriti pada ibu bapa untuk memilih tiga tahap yang berbeza bagi mengakses konten di Youtube.
Pada peringkat pertama, kanak-kanak yang telah berusia dari 9 tahun sehingga 12 tahun boleh menggunakan mod “Explore” di mana mereka boleh menonton konten video yang lebih luas bersesuaian termasuk vlogs, tutorial, permainan video, klip lagu dan pendidikan.
Seterusnya, kanak-kanak yang di dalam likungan umur 13 tahun dan ke atas boleh menggunakan mod “Explore More”. Konten koleksi video yang boleh ditonton lebih luas termasuk menonton strim secara langsung.
Akhir sekali, peringkat umur yang lebih matang boleh menggunakan mod “Most of the YouTube”. Mod ini membenarkan anak-anak menonton hampir ke semua konten Youtube kecuali video yang mempunyai kandungan had umur yang tidak sesuai untuk penonton bawah 18 tahun.
Berikut merupakan cara kawal video YouTube melalui aplikasi Family Link.
Masuk ke dalam aplikasi Family Link.
Pilih akaun anak anda.
Tekan Manage Settings.
Klik Settings di Youtube dan ikut arahan yang diberikan.
Ini cara untuk menyemak kandungan yang dilihat oleh anak-anak
Dari peranti anak anda, lawati halaman My Activity page.
Pilih “YouTube History“.
Tekan “Manage activity“
Skroll semua aktiviti yang lepas.
3. Buat playlist video
Walaupun, YouTube telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membendung sebanyak mungkin konten yang tidak bersesuaian bagi keselesaan anak-anak anda.
Perkara ini telah menyulitkan pihak YouTube untuk menapis setiap video yang telah dimuat naik dan mungkin ada konten yang telah terlepas pandang kerana tapisan dibuat secara skala besar. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil langkah lain untuk memastikan persekitaran konten video anak-anak dijaga dengan selamat.
Hal yang demikian, ibu bapa boleh memainkan peranan penting dengan memcipta playlist video yang telah dipilih secara cermat untuk anak-anak. Proses pemilihan video akan mengambil masa yang agak lama tetapi ia sesuatu yang berbaloi.
Ini usaha yang sangat efektif bagi memastikan anak-anak anda hanya menonton konten playlist yang telah dibuat. Jika anda ingin menambah atau mengurus konten baru pada playlist, prosesnya sangatlah mudah dan dengan hanya menekan butang “Save” boleh tambah video baru ke dalam playlist tersebut.
Ini cara-cari untuk membuat playlist video di YouTube.
Cari video yang anda ingin masukkan di playlist.
Klik Save + pada bahagian bawah video.
Tekan Create new playlist.
Pilih tetapan untuk membuat video itu privasi atau tidak.
Tekan Create.
4. Pakai Chrome Extension
Ini antara cara yang boleh digunakan untuk memberi pengalaman yang selamat sewaktu anak-anak menonton video di YouTube. Fungsi chrome extension adalah untuk mengubah suai antara muka laman web YouTube untuk membuang ciri seperti rekomendasi video dan Autoplay.
Hal yang demikian, kanak-kanak akan mudah terleka sewaktu menonton video di YouTube sehingga terlebih masa. Malahan, mungkin terdapat thumbnail video yang tidak bersesuaian telah dipaparkan.
Oleh itu, alat ini boleh menyingkirkan semua gangguan yang boleh melambatkan produktiviti anak-anak anda.Antara muka akan kelihatan lebih tersusun dengan elemen yang penting sahaja.
Anak-anak anda boleh jadi lebih produktiviti dan fokus untuk membuat kerja kerana tiada gangguan lagi. Terdapat pelbagai chrome extension yang boleh dipasang terus pada laman Google browser anda seperti DF Tube, Stay Focused, Safer YouTube UI for Kids dan sebagainya.
Platform YouTube telah menjadi sebuah tempat pencarian konten dan informasi untuk sebarang topik. Semua orang menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan ia sangat penting untuk para ibu bapa mengetahui cara kawal video YouTube yang dipaparkan untuk tontonan kanak-kanak yang sedang membesar.
Kini rakyat Malaysia dilanda demam bola sepak. Semua memberikan sokongan sepenuh jiwa apabila pasukan kebangsaan mara berjuang untuk membawa pulang piala keramat AFF Suzuki Cup 2018 termasuk keluarga Che Ta!
Turut mendapat perhatian adalah pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta yang telah hadir ke stadium bersama keluargnya turut memberi sokongan kepada adik iparnya yang merupakan pemain bola sepak negara, Zaquan Adha. Lebih manis adik ipar ini antara yang paling menyinar apabila menumbang satu gol ketika menewaskan Laos pada Isnin.
Zaquan Adha adalah suami kepada pelakon Ayu Raudhah yang juga merupakan adik kepada Che Ta. Turut datang memberi sokongan adalah suaminya, Zain Saidin dan Lan Pet Pet yang merupakan suami kepada adik Che Ta, Ruby Che Wan.
Masing-masing memberikan sokongan padu untuk memberikan aura semangat kepada pemain negara. Kelihatan juga Ayu Raudhah memberi anak-anaknya melihat secara dekat pertandingan ini yang menjadi perhatian seluruh negara kini.
Lebih menarik, mereka satu famili memakai baju jersi warna kuning. Sporting sungguh! Apa yang jelas, ini adalah salah satu cara bonding time buat Che Ta dan keluarga.
Che Ta juga melahirkan perasaan gembira apabila sukan sebegini memberi impak kegembiraan secara tersirat kepada keluarga dan peminat bola sepak.
Katanya, “Terhappy pulak kita dapat tengok bola ni, ok go Malaysia..”
Moga Malaysia mendapat kemenangan!
Sumber: Instagram rozitachewan1
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat asuhan dan taska yang kian berleluasa membuatkan pelakon Elfira Loy sanggup berbelanja lebih untuk menghantar dua orang cahaya matanya ke sekolah yang boleh dipercayai.
Semuanya bagi memastikan keselamatan dua anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla lebih terjamin.
“Kisah-kisah ini menjadikan saya takut dan sanggup berbelanja lebih untuk hantar anak-anak ke sekolah yang dipercayai.
“Buat masa ini saya hanya rasa takut, berjaga-jaga dan mampu berdoa untuk mereka.
“Semua cerita (kes dera) merupakan peringatan untuk saya agar sentiasa bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan termasuk aktiviti dilakukan oleh anak-anak yang terdedah dengan banyak perkara di luar,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah dua buah hatinya, Rayyan dan Aria yang kini semakin membesar, Elfira lebih senang membesarkan keduanya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Kata Elfira lagi dia paling beruntung kerana mendapat sokongan dan bantuan dari suaminya, Faris Khairol yang turut sama membantunya menguruskan dua anaknya di rumah.
“Bukanlah tidak percaya tetapi apabila saya ambil keputusan untuk memiliki anak, memang saya nak jaga sendiri dan suka menjadi seorang ibu.
“Menjadi seorang ibu adalah tanggungjawab dan ini juga adalah nikmat yang Allah SWT beri sebab dapat masa bersama anak-anak.
“Banyak kelebihan dapat jaga anak sendiri seperti mengajar mereka tentang ilmu agama dan perkara-perkara yang baik,” ujarnya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhammad Farish Khairol Anuar mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.