Ada orang mengambil gambar kerana suka-suka malah ada juga dek kerana ingin dijadikan koleksi peribadi. Berharap, jika gambar tersebut disimpan rapi akan dapat ditatap oleh anak cucu di masa hadapan.
Begitu juga ada orang ambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan dengan tujuan dapat mengimbau kembali saat manis yang pernah dilalui bersama insan tersayang.
Walau apa tujuannya, apa yang pasti setiap gambar yang dirakam sudah tentu mempunyai ceritanya yang tersendiri.
Baru-baru ini perkongsian di akaun Tiktok, Intan Saleh yang dikhabarkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki beberapa bulan yang lalu telah berkongsi momen melakukan sesi photoshoot bersama seisi keluarga di kediamannya.
Dapat dilihat lima beranak ini mengenakan busana serba putih, bagi menepati tema yang telah ditetapkan untuk sesi bergambar tersebut. Dalam pada itu, Intan Saleh turut berkongsi video dibelakang tabir sepanjang sesi photoshoot dilakukan.
@intanroxssaleh Dia bukan sesiapa..aku terima seadanya macam mane dia terima aku dan anak2 seadanya..seorg yg sangat membantu..tanpa disuruh…dia ckp dia tak bnyak duit tp dgn cara ni harap aku happy… doakan kami bersama sampai bila2.. 🤲🏻 Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar
Hantaran video tersebut turut ditulisnya dengan kapsyen betapa dia sebagai isteri meluahkan rasa penghargaan buat suami tercinta.
Ads
“Dia bukan sesiapa..aku terima seadanya macam mane dia terima aku dan anak2 seadanya..seorg yg sangat membantu..tanpa disuruh…dia ckp dia tak bnyak duit tp dgn cara ni harap aku happy… doakan kami bersama sampai bila2.. 🤲🏻 Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus 💚”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang bahagia melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Intan Saleh kini. Memandangkan sebelum ini, netizen cukup terkesan dengan kisah hidupnya yang pernah diuji berdepan dengan perkahwinan yang terdahulu tidak kekal lama.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
Ramai juga yang tidak putus-putus menitipkan doa agar hubungan suami isteri ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun ini bukan kehamilan pertama buatnya, namun ia sesuatu yang cukup indah buat Rosmani Abdullah, 45 dan pasangan, Faizol Anizam Saad. Apatah lagi, pasangan ini yang masing-masing berjodohan setelah perkahwinan terdahulu tidak berjaya. Justeru, kehadiran si kecil ini adalah zuriat pertama hasil perkongsian hidup berdua setelah hampir tiga tahun hidup bersama.
Biapun sedar akan risiko hamil di lewat usia, namun Rosmani menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa kerana rezeki yang hadir jua datangnya dari Allah SWT. Kehamilan kali ini tidak seperti terdahulu. Kalau dahulu setiap kali hamil pasti alahan yang dialami agak teruk, tapi kali ini bagaikan semuanya dipermudahkan. Rasa syukur itu hadir buat ibu kepada lapan orang cahaya mata ini.
Usia kandungan 7 bulan bermasalah
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas berpindah ke rumah sewa baru yang terletak di Puchong, Selangor, Rosmani membuat pemeriksaan berkala untuk ibu hamil di klinik kesihatan berdekatan.
Ketika itu usia kandungan sudah mencapai tujuh bulan. Setelah pemeriksaan dibuat, jururawat dan doktor bertugas menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi yang dikandung. Lantas Rosmani dirujuk ke Hospital Shah Alam supaya dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh.
Ternyata kehamilan kali ini tidak selancar yang disangka. Daripada imbasan yang dibuat janin dalam kandungan punya masalah kesihatan. Apa yang dimaklumkan oleh doktor, bayi yang bakal dilahirkan Rosmani akan mempunyai masalah jantung, bibir sumbing dan tangan tidak akan terbuka.
Reda dan kuat demi anak
Mendengar perkhabaran sedemikian rupa, hati ibu manalah yang tidak akan sedih dan sayu. Anak yang dikandung bakal lahir dengan segala macam penyakit yang serius, tapi Rosmani percaya dengan ketentuan Ilahi bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya. Dia dan suami perlu reda dan kuat untuk bayi yang bakal dilahirkan kelak.
“Dapat berita hamil kali ini saya dan suami cukup gembira, maklumlah anak pertama untuk kami berdua setelah berkahwin tiga tahun yang lalu. Ini adalah perkahwinan kedua buat kami. Jadi keterujaannya agak lain. Sementelah pula setelah membuat imbasan anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan. Untuk suami ini adalah anak perempuan pertama dalam hidupnya yang mempunyai dua orang anak lelaki sebelum ini. Saya sendiri sudah ada tujuh orang anak, lima perempuan dan dua lelaki.
“Awal kehamilan memang tiada apa masalah sehinggalah usia kandungan masuk lapan bulan. Bila saya buat pemeriksaan di klinik kesihatan, air ketuban banyak dan mereka minta saya untuk rujuk ke Hospital Shah Alam. Setelah dibuat pemeriksaan menyeluruh dengan kandungan saya, menurut doktor janin dalam perut ada masalah kesihatan.
“Hari yang dinanti bakal tiba. Saya dimasukkan ke hospital lebih awal dari tarikh jangkaan kerana masalah kandungan. Tiga kali saya induce tapi masih lagi tiada tanda-tanda untuk bersalin. Doktor beri kata dua jika masih tidak bersalin saya akan bersalin melalui kaedah pembedahan.
“Pada mulanya saya enggan tapi memandangkan risiko yang bakal saya dan anak yang akan dilahirkan saya pasrah dengan saranan doktor berikan. Tak putus saya berdoa dan positifkan diri, akhirnya alhamdullilah saya lahirkan bayi kami dengan keadah bersalin normal,” ujar Rosmini.
Lebih 2 Bulan Ditahan Di NICU
Tanggal 13 Mac 2019 lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Aulia Ayesya. Syukur tidak semua yang doktor jangkakan berlaku, Aulia dilahirkan dengan masalah jantung berlubang, injap paru-paru bocor dan juga klef bibir dan lelangit. Walaupun begitu, tidak tegar rasanya melihat anak yang sekecil itu terpaksa menanggung sakit yang begitu serius. Namun sudah dari awal ibunya bersedia dan reda dengan apa yang berlaku.
Dengan keadaan sebegitu, sejurus dilahirkan, Aulia ditahan di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) selama dua bulan setengah untuk dipantau tahap kesihatannya sebelum dibenarkan pulang.
“Selepas dilahirkan lama juga Aulia berada di NICU, lebih kurang dua bulan lebih. Sepanjang tempoh tersebut saya memang berulang alik ke hospital untuk menjenguknya setiap hari. Ketika musim perayaan hari itu, Aulia dibenarkan balik ke rumah. Ahli keluarga di kampung ramai yang ingin melihat saya dan bayi, melihatkan keadaan Aulia yang sudah agak kuat, saya tawakal kepada Allah dan bawa Aulia pulang ke kampung yang terletak di Kelantan.
“Ketika di kampung, kesihatan Aulia agak merosot kerana tiubnya yang tercabut dan saya perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sebaik sahaja sampai ke rumah di Puchong , keesokkan harinya saya bawa Aulia ke Hospital Shah Alam. Sekali lagi Aulia ditahan dan sehingga sekarang kesihatan Aulia tidak stabil dan masih di rawat di hospital.
“Sejak dimasukkan ke hospital pada Jun lalu sehingga kini saya berulang alik ke hospital setiap hari. Keadaan dia memang tak stabil. Sekejap dia demam, sekejap dia ok. Begitulah keadaan Aulia. walaupun begitu, perkembangannya seperti juga bayi yang lain, dia tetap respon bila diagah dan diajak bercakap. Suka bila orang melayan dia bercakap. Kadang memang tak sampai hati melihat anak sekecil itu penuh dengan wayar dan dicucuk sana sini. Hanya doa dan harapan yang saya ada untuk melihat anak saya Aulia sihat seperti kanak-kanak yang lain,” ujar Rosmani lagi.
3 bulan ulang alik ke hospital
Sejak bulan Jun yang lalu, si kecil Aulia berada di wad. Benarlah demi kasih sayang kepada seorang anak, ibu dan ayah sanggup lakukan apa sahaja. Selama itulah Rosmani dan suami berulang alik ke hospital yang kini sudah masuk hampir tiga bulan. pastinya banyak kos yang diperlukan buat menanggung bukan sahaja kos rawatan, kos susu malah kos pengangkutan dan juga lain-lain.
Akur dengan dugaan yang menimpa, kepada Allah tempat keduanya memohon segala kesulitan. Reda dan pasrah dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk mereka berdua. Hanya doa dan usaha serta tawakal yang menguatkan mereka berdua bagi membesarkan si kecil yang menderita dengan penyakit yang tiada kesudahan ini.
“Dengan keadaan anak yang begini memang memerlukan semangat yang kuat dari saya dan suami. Apa yang kami lakukan adalah memohon kepada Yang Maha Kuasa agar terus permudahkan urusan kami dan berikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Saya yakin akan ada keajaiban buat anak saya suatu hari nanti.
“Saya tak nafikan memang kos rawatan yang diperlukan untuk Aulia memang tinggi. Aulia bergantung kepada susu khas sebagai sumber makanan kerana keadaannya itu. Malah rawatan untuknya juga mencecah sehingga hampir RM4,000 setiap bulan. Dengan saya yang tidak bekerja dan suami hanya bekerja sendiri sebagai pemandu teksi, itu semua kadang merungsingkan saya.
Pembedahan jantung Oktober
“Tak lama Aulia akan berusia enam bulan, kos rawatan juga akan bertambah. Bukan tiada bantuan yang saya dapat, bantuan daripada kariah surau tempat saya tinggal, Zakat dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sedikit sebanyak dapat ringankan perbelanjaan untuk Aulia. Tapi ya lah dengan pendapatan suami yang tak menentu dan kos rawatan yang semakin bertambah.
“Dengan masalah jantung berlubang, kini Aulia sedang menunggu pembedahan jantung yang bakal dilakukan pada Oktober nanti. Walaupun ia memerlukan kos yang banyak, tapi saya percaya pasti ada rezeki untuk Aulia. Jika ada yang sudi untuk membantu memang saya alu-alukan, paling tidak pun doakan kesihatan Aulia dan semoga Allah permudahkan pembedahan dan urusan rawatan yang bakal dilaluinya nanti. Doa saya juga anak saya akan sihat seperti kanak-kanak lain,” ujarnya penuh harapan.
Bagi yang ingin membantu dan meringankan beban keluarga Rosmani dan anaknya Aulia bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun CIMB Rosmani Abdullah bernombor 7612948217 atau Bank Simpanan Nasional bernombor 0320029838526355.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Throwback deko raya haji.. dining chairs nak tukar semua agak besar bajetnya + kalau tukar yg lama ni nak humban ke mana lak kan so sy makeover kan dia.”–Amy SharinaKaneshiro
Benarlah, orang kata kalau sudah namanya orang kreatif ada sahaja yang ingin dilakukan untuk menambah baik sesuatu walaupun kalau dilihat memang sedia cantik. Apa yang pasti, dengan melakukan diy pada perabot kediaman umpamanya memberi mood yang tersendiri dan apa yang lebih penting kosnya juga tidaklah mahal berbanding yang sedia ditawarkan di pasaran.
Hal yang sama telah dilakukan oleh Puan Amy Sharina Kaneshiro yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah dalam memperindahkan lagi kerusi makan dengan menambah paku sendiri menjadikan kerusi yang sedia ada nampak mempunyai aura wow yang cukup istimewa.
Perabot SSF beri inspirasi
Saya buat begini, sebab saya suka barang-barang di ssf tu, kebanyakan barang-barang mewah dan sofa/armchair dia mesti ada paku2-paku ni. Tapi harga selalunya mahal,so saya nak jimat, dan tak mahu membazir buang kerusi lama so saya makeoverkan dia nampak ala-ala kerusi kat ssf tu. Jadi saya beli paku tersebut di shoppee. AliExpress pun ada tapi tak sampai lagi pakunya.
Ingin tiru gaya sebegini
Kos hanya RM70 je
Kos cuma RM70 untuk 1000pcs paku. Sebijik kerusi saya paku sebanyak lebih kurang 130pcs paku. Total ada 6 kerusi saya ambik masa dua hari untuk menyiapkannya dan hanya belah siang je, malam saya tidak bertukang.
Selepas diberi sentuhan DIY
Macam-macam lagi DIY
Ya kebanyakan saya diy, kat dinding wainscoting tu pn saya buat sendiri. Biasanya mana yang kalau upah orang buat tu mahal saya akan ambil inisiatif buat sendiri.
Cermin petak-petak kat dinding tu saya tampal-tampal sendiri guna cermin ikea. Kos jauh lebih murah dari tempah. Tapi belum siap sepenuhnya cermin tu actually, sebab saya kat kk. Belum ada masa lagi nak pergi beli cermin lagi di ikea. Nak potong-potong cermin tu, nak bubuh frame.
Sentiasa Kemas, Anak Perlu Disiplin
Saya housewife ada anak 3 orang, dua bersekolah rendah lagi dan seorang berumur 2 tahun lebih. Walaupun anak kecil saya tu memang suka sepah barang mainan dia. Saya biar dia sepah main.
Tapi lepas tu ajak dia kemas balik. Yang anak besar-besar tu saya disiplinkan untuk simpan balik barang sebaik je lepas guna jangan tinggal-tinggalkan merata. Untuk barang-barang deko dan kaca-kaca tu alhamdulillah anak-anak tak kacau sangat. Mula-mula tu sibuk gak la nak tengok-tengok tapi lepas tu sudah tidak hairan lagi, dia main mainan dia sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak ramai orang sanggup meninggalkan kerjaya yang selesa di pejabat dengan mendapat gaji bulanan tetap setiap bulan hanya semata-mata untuk menceburi bidang perniagaan.
Bidang perniagaan yang sudah tentunya banyak cabarannya termasuk keuntungan yang tidak pasti.
Namun bagi pasangan suami isteri ini, tahu bahawa setiap yang menceburi bidang perniagaan pasti menempuh cabaran getir itu tidak melemahkan semangat mereka.
Nekad untuk keluar dari zon selesa dengan mencuba bidang perusahaan membuat sayur fucuk, tauhu serta air soya.
Namun siapa menduga setelah empat tahun lalu, percaturannya tidak sia-sia apabila produk mereka mendapat sambutan.
SUSAH DAPAT SAYUR FUCUK YANG HALAL
Mohd Shamsul Dzuhal, 44, yang memiliki Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti TeknologiMara (UiTM) meninggalkan perkerjaan sebagai pengurus pasar raya manakala isterinya Norlina Abdullah, 39, yang mempunyai Diploma Perakaunan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM )berhenti kerja daripada sebuah bank.
“Ianya bermula ketika saya mendapati agak sukar untuk mendapatkan sayur fucuk dan tauhu yang diusahakan oleh golongan bumiputera dan tidak diragui status kebersihannya.
“Justeru saya mengambil keputusan mengikuti kursus hasilan soya di Sri Kembangan, Selangor daripada bekas pensyarah UPM, Bahagian Makanan.
“Setelah habis kursus saya membuat secara kecilan di rumah setiap hujung minggu dan ternyata mendapat sambutan sangat menggalakkan dan diterima dengan baik oleh masyarakat setempat,” katanya.
Selepas yakin dengan perusahaan yang mereka ceburi, pasangan itu berhenti kerja untuk menumpukan pengusahaan produk sepenuh masa.
Mereka membina bengkel di belakang rumah di Taman Paya Gunung Jaya dan berkat kesabaran, sayur fucuk dan tauhu menembusi pasaran seluruh daerah Jerantut.
Katanya, proses pembuatan sayur fucuk memerlukan banyak kesabaran kerana mengambil masa sehingga sehari suntuk untuk disiapkan.
Katanya, pada masa depan, dia juga berhasrat untuk membesarkan perusahaannya serta mencari lokasi lebih selesa kerana kini beroperasi di belakang rumahnya dan dibantu oleh dua orang pekerja.