Isteri berjoget di media sosial, suami jangan rasa serba salah nak tegur. Seorang isteri seharusnya membantu suami agar tidak menjadi lelaki yang dayus. Ramai suami berasa serba salah untuk menegur, bimbang teguran itu mencetuskan pertengkaran, terutamanya pada musim perayaan. Akhirnya, perkara yang tidak elok itu dibiarkan berlarutan.
Isteri Berjoget Di Media Sosial, Suami Jangan Rasa Serba Salah Nak Tegur
Hakikatnya, apabila wanita menginginkan sesuatu, mereka seringkali hadir dengan hujah yang panjang dan kukuh, hingga sukar bagi suami untuk membantahnya. Semoga kita tidak menjadi isteri yang secara tidak sedar melemahkan sifat qawwam (kepimpinan dan kekuatan) dalam diri suami.
Fitrah seorang isteri ialah suka dibimbing dan dididik oleh suami, kerana daripada bimbingan itu, lahir rasa selamat, dihargai dan diberi perhatian.
Berikut perkongsian daripada Dr. Ahmad Sanusi Azmi pensyarah, fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Suami Menegur Isteri Yang Berjoget
1. Telah menjadi trend terkini ahli keluarga menari-nari lalu dimuat-naik di media sosial. Tambahan pula yang melakukannya itu adalah kaum wanita, lalu disaksikan oleh yang lelaki tanpa rasa malu.
2. Amat jelek sekali sekiranya suami sendiri reda si isteri melakukan tarian untuk dipamerkan pada khalayak. Rasulullah mendidik suami agar menegur isteri andai mereka melakukan kemungkaran.
“Siapakah dia dayus itu? Maka Nabi ﷺ menjawab: (Lelaki) yang memudahkan buat ahli keluarganya melakukan kejahatan (maksiat).” (al-Baihaqi, al-Asma wa al-Sifat)
3. Begitu juga Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda.
“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)
Ads
4. Bayangkan, dengan lelaki buta sekali pun, Rasulullah memerintahkan isteri Baginda memakai hijab dan menjaga penampilan, inikan pula dihadapan jutaan mata yang menonton di media sosial.
5. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan.
6. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran.
Sabda Rasulullah:
Ads
وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ
“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).
7. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Semoga Allah membimbing kita.
Inkues Zara Qairina: Arwah Dituduh Mencuri Sehari Sebelum Ditemui Tidak Sedarkan Diri. Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, ada berbual mengenai dakwaan kecurian membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir sebelum remaja berusia 13 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri.
Inkues Zara Qairina: Arwah Dituduh Mencuri Sehari Sebelum Ditemui Tidak Sedarkan Diri
Saksi kelima inkues, Linah Mansoding yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sekolah, menyatakan bahawa wujud perbualan pelajar mengenai Zara Qairina yang dikatakan terlibat mencuri daripada seorang pelajar lain dikenali sebagai A.
Menurut Linah, pada 15 Julai, pelajar A memaklumkan kepadanya bahawa dompet miliknya hilang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di Papar. FOTO Bernama.
“Dia memberitahu dompetnya ada di dalam beg pada waktu pagi, tetapi hilang pada waktu malam. Terdapat wang tunai RM300 dan satu kad bank di dalamnya. Namun, dia tidak menyatakan siapa yang mengambil dompet berkenaan,” jelasnya sambil menambah bahawa dia menasihati pelajar berkenaan agar meminta warden menyimpan wang mereka.
Peguam keluarga Allahyarham, Shahlan Jufri kemudian menyoal Linah berhubung dakwaan kecurian tersebut di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Linah menjelaskan, pelajar A ada melaporkan kehilangan dompet itu kepada pelajar senior, sebelum warden bernama Ustaz Rizani menyiasat dengan bercakap kepada kedua-dua pelajar terbabit serta menemubual pelajar lain secara individu.
“Ketika Zara Qairina didakwa mencuri, pelajar tingkatan empat memanggil dan menyoalnya,” katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya mengapa Zara Qairina sahaja yang dituduh dalam kalangan ramai pelajar asrama, Linah mengakui dia tidak mengetahuinya.
Linah juga memberitahu, sepanjang sesi persekolahan 2025 yang bermula Mac lalu, dia hanya sempat berinteraksi dengan Zara Qairina dua kali, pertama selepas terlihat video TikTok remaja itu, dan kali kedua ketika menegahnya berada di kawasan dobi selepas tengah malam.
Merujuk kepada video TikTok tersebut, Linah berkata dia ada bertanya kepada Zara Qairina mengenai identiti gadis dalam rakaman itu, namun remaja berkenaan enggan memberikan penjelasan lanjut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.
Seorang guru yang juga merupakan seorang perunding pendidikan dan motivasi dipuji ramai kerana mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mrherohebat, pengguna atau guru yang dikenali sebagai Faizal Toha itu dilihat sedang mengajak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi Pontian Johor bersama-sama mengikutnya untuk berzikir.
Apa yang menjadi perhatian pastinya alunan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar dan LailahaillAllah itu bukanlah dialunkan dalam nada seperti biasa kita dengar.
Guru hebat ini memilih untuk mengalunkan zikir Allah itu menggunakan lagu daripada drama siri terkenal Korea Selatan di Netflix iaitu Squid Game sebagai latar belakang melodi alunan zikir tersebut.
Tidak hanya itu, alunan lagu itu bukanlah hanya zikir semata-mata sebaliknya ia turut mengandungi lirik yang mengajak murid untuk berzikir.
Dapat dilihat, anak-anak bukan sahaja cukup ‘enjoy’ kerana menggunakan lagu dan hiburan masa kini tetapi paling penting dapat berzikir dan mengalunkan kalimah Allah dengan baik seperti yang dituntut dalam Islam.
Usaha guru ini seharusnya dipuji. Difahamkan, alunan lagu zikir itu merupakan ilham daripada seorang penyanyi dan juga pendakwah, Idris Shamsuddin.
“Marilah berzikir bersama SK Ayer Baloi Pontian, Johor. Terima kasih Ustaz Idris Shamsuddin,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.
Rata-rata wargamaya memuji usaha guru dan Ustaz ini yang mampu memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita lebih mudah mengikut kearah kebaikan.
Usia bukan halangan. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh baginda di laman TikToknya, baginda berkongsi beberapa foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti tersebut dengan senyuman yang cukup manis.
“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat meluahkan rasa teruja apabila mengetahui baginda menjadi salah seorang mahasiswa UIA malah memuji kegigihan baginda untuk terus mengejar ilmu.
Wargamaya juga turut menitipkan doakan agar segala urusan baginda dipermudahkan sepanjang pengajian kelak.