Isteri Fikry Ibrahim fail cerai, baru empat bulan nikah. Tanpa sebarang petanda sebelum ini, perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim, yang baru dibina empat bulan lalu kini berdepan krisis apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai, Baru Empat Bulan Nikah
Siti Khalizah, 37, dilihat hadir ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi dengan mengenakan pakaian serba hitam. Kehadirannya ditemani oleh peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib, yang mengesahkan mengenai prosiding cerai yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Ketika ditanya mengenai kehadiran Fikry, peguam itu berkata, “Ya, tapi saya tak nampak dia lagi.”
Setakat prosiding berlangsung, Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, masih belum kelihatan di mahkamah bagi menghadiri sebutan kes berkenaan yang dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 12 Februari lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah masjid di Jitra, Kedah. Berita perkahwinan mereka mula tersebar selepas jurusolek berkongsi beberapa keping gambar yang memperlihatkan pasangan tersebut bersama.
Ads
Dua hari lepas Fikry ada memuatnaik gambar bersama isterinya dengan kapsyen:
“Dikau adalah ketenangan yang meredakan segala gelora jiwaku, ketenangan di mana hatiku yang resah menemukan tempat pulangnya. Cintaku yang pertama dan satu-satunya.”
Fikry sebelum ini pernah menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinan tersebut, namun lebih selesa untuk tidak menghebahkan sesuatu yang belum pasti.
“Bukan mahu berahsia, tapi saya percaya jika belum pasti jangan hebahkan,” katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi bersama rakan pengacara Ain Edruce.
Menjawab spekulasi bahawa dia kelihatan seolah-olah tidak rela berkahwin, Fikry menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, raut wajah yang dilihat seperti murung mungkin disebabkan tekanan memikirkan tanggungjawab besar yang menanti, termasuk menjaga ibunya yang kini uzur di kampung.
Ads
Kini, selepas hanya empat bulan melayari bahtera perkahwinan, hubungan mereka mula goyah dan sedang menempuh fasa getir di mahkamah syariah.
Isu penggunaan tablet dikalangan kanak-kanak sentiasa diperkatakan. Pelbagai persoalan dan pendapat dikupas mengenai tablet yang dikatakan bahaya kepada kanak-kanak. Namun bagi berbeza pula pandangan pakar ini.
Ikuti perkongsian Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak dan Penyelidik Aktif Psikologi Perkembangan Tahun Awal Serta Sosiologi Pendidikan Usia Praformal.
Sukar untuk kita mencari pakar perkembangan kanak-kanak yang menentang penggunaan komputer tablet oleh kanak-kanak awal usia (0 hingga tiga tahun) dan juga yang baru meningkat ke alam pendidikan praformal (empat hingga enam tahun ke atas). Tetapi ada satu prasyarat yang perlu dipatuhi. Penggunaan komputer tablet wajib dikawal daripada sudut masa dan juga tempat.
Fikirkanlah! Perkara yang baik pun kalau melampau-lampau akan membawa mudarat. Terlalu banyak minum, terlalu banyak makan, terlampau lama mandi, terlampau taksub bersenam terlalu asyik berfikir sekali pun, semua perkara baik ini, namun tanpa kawalan akan membawa bahaya tanpa kita sedari.
Yang pasti, untuk anak-anak, mereka bukan hidup pada zaman Jurassic! Maka, untuk menidakkan penggunaan komputer tablet, telefon pintar atau gajet lain kepada mereka tidak masuk akal malah akan memperbodohkan kanak-kanak itu. Tablet adalah keperluan masa hadapan yang wujud dalam dunia kita pada hari ini.
Berikut persoalan lazim yang ditanya oleh ibu bapa yang menjadi penanda aras bahawa tablet tidak bahawa jika digunakan secara berhemah.
Persoalan pertama:
“Tapi, kami dengar cerita ada seorang budak jadi terencat akal sebab tablet…”
Satu kisah ‘lagenda’ tentang bahaya tablet kepada kanak-kanak dikongsi oleh Dr Richard Graham, pakar perubatan yang ‘merawat’ kes anak kecil empat tahun yang ‘ketagihan’ tablet. Namun, beliau sebagai perunding Hospital Capio Nightingale, London tidak percaya kanak-kanak akan menjadi ‘penagih teknologi’ yang sama kelas dengan penagih dadah.
Di Malaysia, cerita dongeng tentang bahaya tablet bermula apabila kumpulan penyelidik sebuah IPT kononnya telah dapat melihat hubung kait antara komputer tablet dengan kerencatan otak serta perkembangan kanak-kanak. Satu Malaysia pun terus menjadi takut dan komputer tablet menjadi hantu syaitan yang ditakuti.
Realitinya? Penggunaan tablet kini menjadi salah satu terapi untuk merawat kecederaan otak. Dan, penggunaan tablet yang terkawal dengan aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai dengan usia kanak-kanak 0 hingga enam tahun, lebih-lebih lagi yang berbentuk pengajaran dan pembelajaran, kita terbukti membantu dan mendorong tahap perkembangan mereka!
Persoalan Kedua :
“Tapi, kawan kami, anak dia sampai tidak boleh berenggang dengan tablet…”
Fikirkanlah! Adakah ini bukti bahaya komputer tablet? Atau adakah ini bukti mama dan papa yang gagal mendidik si kecil mereka dengan sebaiknya? Yang menjadi masalah besar hari ini ialah tablet digunakan seperti puting getah yang kita sumbat ke dalam mulut bayi untuk menenangkan mereka dan menyuruh mereka senyap!
Tablet adalah gajet atau peranti yang bukan bersifat penenang. Tetapi, kita lihat papa dan mama di luar sana kerap memberikan tablet atau telefon pintar kepada si kecil ketika mereka sedang makan di luar, misalnya. Apabila si kecil itu terleka maka mama dan papa pun boleh makan dengan tenang, bukan?
Dari perspektif psikologi setiap yang dibiasakan pasti menjadi kebiasaan, proses ini dipanggil pelaziman (habituation). Nah, apabila si kecil lazim mendapat ‘ketenangan’ dan leka apabila diberikan tablet atau telefon pintar, kita yang dewasa ini menuduh kanak-kanak tidak boleh berenggang dengan gajet. Salah siapa sebenarnya sedari awal?
Persoalan ketiga:
“Tapi, anak jiran kami, lepas pakai tablet jadi anti-sosial dan lambat bercakap…”
Salah satu kecaman yang sering diberikan kepada komputer tablet dan gajet lain ialah peranti-peranti moden ini menjadikan kanak-kanak anti sosial, melambatkan proses percakapan dan juga melambatkan penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) yang wajib untuk proses persekolahan kelak!
Maka, papa dan mama yang kononnya prihatin pun terus mengharamkan komputer tablet daripada kehidupan anak kecil mereka. Namun, dalam dunia di mana mesin-mesin yang menggunakan skrin sesentuh (touchscreens) semakin berleluasa, adakah mama dan papa sedar bahawa tindakan ini tidak bijak malah bakal membantutkan perkembangan?
Hari ini aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai untuk kanak-kanak 0 hingga enam tahun sudah banyak di pasaran, termasuklah yang boleh dimuat turun percuma. Dan, para saintis sosial kini giat mengumpul data penyelidikan tentang aplikasi-aplikasi komputer tablet yang membantu perkembangan si kecil, termasuklah si kecil yang kelainan upaya. Hebat, bukan?
Persoalan Keempat:
Bahayanya apabila si kecil tidak tahu menggunakan komputer tablet!
Kekadang lucu apabila kita memikirkan ramai orang yang bercakap mengenai kanak-kanak dan perkembangan, tidak mempunyai pandangan dunia dan maklumat sahih tentang dunia kanak-kanak serta pendidikan. Isu ini menjadi lebih kritikal apabila wujud pula ‘pakar-pakar’ yang bercakap kosong tanpa ilmu dan bukti saintifik.
Bahaya sebenar hari ini ialah apabila si kecil anda tidak tahu menggunakan komputer tablet sedangkan dunia kita semakin dipenuhi gajet-gajet dengan skrin sesentuh dan yang seumpamanya. ‘Mengharamkan’ tablet kepada si kecil anda bukan hanya tidak adil malah akan membawa kerugian kelak (kerana anak anda akan menjadi seperti dinosaur).
Kesimpulannya, sekali lagi ditekan, penggunaan komputer tablet yang terkawal dari sudut masa, dan tempat, ditambah aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai untuk kanak-kanak 0 hingga enam tahun, sudah terbukti sebagai pendorong perkembangan awal usia. Malah, pada hari ini menjadi suatu keperluan dari perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanggal 2 Mei yang lalu, penyanyi terkenal, Syamel dan Ernie Zakri mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu,
Perkongsian itu dibuat penyanyi duet lagu Aku Cinta itu menerusi akaun Instagram masing-masing.
Raya pertama buat Khawla dan Daddy Ibu ❤️
Selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin 🙏
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Ernie Zakri.
Pemilik nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly mengakui teruja dapat meraikan Aidilfitri bersama puteri sulungnya itu.
“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy , Ibu & Khawla ❤️. Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber 🐣,” tulis Syamel dikapsyennya.
Keluarga bahagia ini mengenakan baju sedondon rona biru. Sebelum ini, mereka memilih untuk tidak mendedahkan wajah cahaya mata sulung mereka atas alasan masih belum bersedia.
Pagi tadi, sempat saya sendiri masuk ke dalam live TikTok Ustaz Kazim Elias yang sedang menyampaikan ceramah yang membawa topik tentang Kebinasaan Yakjud Maajud dukedi sebuah masjid. Apa yang menarik perhatian adalah penampilan ustaz Kazim jauh berbeza dari hari biasa. Ustaz kazim tampil dengan memakai topi askar yang menutupi seluruh wajahnya, hanya menampakkan bahagian muka sahaja. Live tersebut ditonton seramai 5.4 ribu penonton.
Hal demikian menjadi tanda tanya oleh orang ramai berkenaan apa yang terjadi dengan muka ustaz. Seperti semua sedia maklum, sejak tahun 1995 lagi mengalami penyakit yang tak dapat dijelaskan dari segi klinikal. Ustaz Kazim disihir sjak dulu lagi dan beliau kini masih menjalani rawatan rawatan.
Sebelum ini , beliau ada menunjukkan wajah beliau tanpa makeup secara live di program MeleTop secara ekslusif.
Dalam program itu ustaz Kazim menujukkan bahagian ‘sakit’nya yang memakan diri dari seluruh tubuh badannya.
“Saya percaya Allah datangkan ujian untuk saya untuk bersabar. Namun saya redha dengan Ujian yang menimpa. Walaubagaimana sekali pu keadaan saya, saya akan tetap menyampaikan dakwah saya sehingga hunjung nyawa..” Ujar Ustaz kasim
Terbukti, Ustaz Kazim menganggap itu hanyalah perkara kecil walaupun wajahnya terjejas dengan penyakit itu, Dengan itu beliau tetap sampaikan ceramah walaupun dengan memakai topi askar
Sedang menyampaikan ceramah, Ustaz Kazim baru perasan dia tak buka tanda harga, momen itu cukup mencuit hati penonton dengan lawak-lawak ustaz Kazim.
“Laaa dari tadi duk ceramah saya tak buka price tag rupanya. Patutlah dari tadi duk berjuntai-juntai..”
“Tak apalah, riak sikit ada nampak harga,, Rm29 saja murah sajaa hehe…”
Dalam live tersebut ramai turut mendoakan kesejahteraan Ustaz Kazim dan memuji kegigihan beliau walaupun dalam keadaan sakit dia masih tidak berputus ada untuk menyampaikan dakwah islamiah.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.