Serangan jantung tidak mengenal usia, jantina dan waktu. Masih ingat tak lagi, pelakon filem dan drama terkenal yang juga hos rancangan Roda Impian, arwah Hani Mohsin Hanafi, meninggal dunia disebabkan serangan jantung secara tiba-tiba. Begitulah yang dialami oleh seorang ibu yang aktif bersukan mengalami serangan jantung secara tiba. Mujur segera dibawa ke hospital oleh suami untuk mendapat rawatan segera. Ikuti perkongsiannya Cik Puan Ammy.
Katanya, ia berlaku secara tiba. Bermula dengan rasa berdenyut dibahagian belakang bahu, dia mula sesak nafas dan tidak sedarkan diri. Kemali Di hospital ketika mendapat rawatan Walaupun aktif bersukan dan sihat, beliau tidak menyangka, akan mengalami serangan jantung. Ikuti detik cemasnya itu.
___________________________________
Sebelum ni Ammy hairan dan tertanya-tanya bagaimana dan kenapa seorang yang sihat, bersukan dan aktif boleh kena serangan jantung atau heart attack tanpa ada tanda-tanda sebelum ianya menyerang sehingga membawa maut. Tetapi selepas ammy laluinya sendiri baru ammy tahu ia datang dengan secara tiba2 tanpa ‘hint’.
Ahad lepas, jam 5 petang, elok jer ammy jalan2 dengan anak2 dan suami tanpa ada rasa sakit. Galak jer shopping kat kedai RM 2.10 beli barang2 plastik. Habis shopping segera balik rumah dan kemas dapur dengan anak2. Tiba2 sakit dibahagian belakang bahu (belikat) berdenyut2. Ammy minta tolong suami urut.
Selesai urut ammy masuk kebilik untuk rehat. Bila letak jer kepala di bantal tiba2 rasa sesak nafas dan sakit dibahagian dada kiri serta tegang dibahagian leher dan sekitar rahang. Minta suami urut lagi.
Ads
Detik Cemas
Nafas semakin pendek dan dada rasa seperti ditekan2. Suami bw pergi klinik swasta. Setelah buat ECG… Doktor meminta suami segera bawa ammy ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana simptom2 menunjukkan ammy ada masalah jantung. Masa dalam kereta, denyutan jantung ammy amat laju seolah2 ia akan pecah. Hanya kalimah syahadah sahaja yg keluar drpd mulut ammy. “AKU DAH NAK MATI…” Hanya itu jer yg ammy fikir.
Denyutan jantung kembali normal
Entah apa yg berlaku,bila mana ammy sedar dh ada di hospital dan dikelilingi oleh 3 orang doktor. Ada yg cucuk tangan pasangkan jarum branula, ada yg tekan2 dada ammy, ada yg gosok2 belakang ammy dan ianya berlaku dalam masa yg amat pantas. Jelas di pedengaran ammy hanya kata2
Ads
“Puan…Terus bernafas jangan tidur…”….
“Puan kami nak tolong puan…”….
“Puan tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian lepas…” dan mcm2 lagi.
Ads
Selepas beberapa jarum ubat di masukkan… Nafas mula reda dan denyutan jantung semakin perlahan dan tenang.
Doktor kata ammy hampir mendapat serangan jantung dan ‘lucky’ kerana segera di bawa ke hospital untuk mendapat rawatan.
Setelah pelbagai ujian dibuat… Alhamdulillah ammy sihat… Tiada tekanan darah tinggi, kolestrol terkawal dan gula dalam darah juga normal. Kenapa boleh dapat serangan jantung jika semuanya sihat… Kuasa Allah swt… Tp yang penting… Ammy tahu disebalik ujian itu… Ramai yg sayangkan Ammy… Buat suami tercinta Wan Amy… Terima kasih kerana bersusah payah mendukung isterimu yang berat ni bawa masuk ke hospital tanpa mengharap bantuan kaki tangan hospital.
Terima kasih juga pada Mak mertua ammy, abang ipar, kakak ipar dan adik ipar ammy sanggup dtg jauh2 melawat ammy walaupun hari dh lewat malam, mak, pok dan adik beradik di kampung yang tak putus berdoa utk ammy serta anak2 ammy yg setia disisi membantu ammy uruskan rutin harian…. sayang kamu semua…
Buat kalian para pembaca, sihat tidak bermakna kita bebas daripada serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan itulah yang paling bahaya. Menurut doktor yang merawat ammy, selain daripada penyakit darah tinggi atau kolestrol, keletihan yang keterlaluan, tekanan perasaan dan emosi juga boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba. Jika ada simptom-simptom yang ammy sebutkan diatas. Segeralah mendapatkan rawatan sebelum terlambat… Mati itu pasti, tetapi selagi kita mampu berjuang untuk hidup, jangan cepat mengalah, teruskan berusaha untuk bernafas demi insan-insan yang masih memerlukan kita.
Ajal maut di tangan tuhan, kisah perginya seorang warga emas yang selesai menjalani kuarantin kerana Covid-19 akhirnya maut akibat terlibat dengan kemalangan semasa menaiki ambulans, meninggalkan 1001 rasa di hati warganet.
Ini sebagaimana memetik berita di Sinar Harian. Seorang warga emas yang baru selesai menjalani kuarantin COVID-19 selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 maut selepas ambulans dinaikinya hilang kawalan dan terbabas ke longkang di Kilometer 21 Jalan Pekan-Batu Balik, Pekan padapetang Isnin.
Mangsa, Husin Abd Hamid, 74, dari Felda Chini Timur 1, Pekan disahkan meninggal dunia jam 10.20 malam hari yang sama ketika menrima rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata mangsa, lelaki warga tempatan berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia.
“Kemalangan dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa ambulans yang dalam perjalanan menghantar mangsa yang tamat tempoh kuarantin di Hospital Pekan pulang ke rumahnya di Felda Chini, terbabas semasa melalui jalan yang sedang dinaik taraf.
“Kemalangan juga menyebabkan pemandu ambulans dan jururawat yang berada dalam kenderaan itu cedera ringan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Kamarulzaman berkata mangsa yang merupakan pesakit lelah kronik menjalani kuarantin di Hospital Pekan setelah disahkan sebagai kontak rapat pesakit COVID-19.
Kehilangan yang paling meninggalkan kesan. Seorang suami reda dengan pemergian isteri dalam tidur sebaik selesai menyusukan anak pertama mereka.
Menurut perkongsian menerusi @amirul_n4fis di laman Threads, suri hati hidupnya itu menghembuskan nafas terakhir ketika tidur dalam pelukannya selepas selesai menyusukan bayi mereka yang baru berusia dua bulan.
“Allah. Pergi dalam tidur, dalam pelukan saya. Selesai susukan baby, dia tidur dan ajalnya dijemput dalam tidur,” katanya berkongsi.
Malah menurut kata @amirul_n4fis lagi, pemergian bidadari hidupnya itu amat mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan atau mengadu sedang sakit sebelum ini kepadanya.
Susulan kematian mengejut tersebut, jenazah arwah isterinya dihantar ke hospital dan dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian. Hasil bedah siasat yang dibuat, doktor memaklumkan bahawa isterinya mengalami jangkitan di bahagian paru-paru.
Dalam pada itu, @amirul_n4fis memaklumkan mereka sekeluarga sempat meluangkan masa bersama dengan pergi bercuti dan baru sahaja beberapa hari yang lalu. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah Nur Izzaty Hafizah memuat naik status di aplikasi Whatsapp yang memaparkan gambar arwah sedang memegang bayinya di tepi pantai.
“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa selama 582 hari. 6/1/2025 papa kehilangan sayang. Kita dah plan macam-macam tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Papa redha. Papa akan jaga amanah Allah yang ada dan Faleeq tetap akan papa jaga. Membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Nanti hari-hari datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” ujar @amirul_n4fis.
Coretan @amirul_n4fis di laman Threads ternyata meruntun hati namun mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang zaman dulu-dulu,bilik tidur ibu ayah adalah kawasan larangan. Tak boleh masuk sesuka hati. Namun, sekarang ada segelintir suami isteri membiarkan anak-anak melakukan aktiviti dalam bilik utama. Malah ada juga membiarkan anak tidur bersama. Atas alasan, kesian tengok anak tidur seorang diri dalam bilik. Berbeza pula pandangan ibu ini Syida Musa yang berpendapat bilik tidur adalah ruang privacy suami isteri. Anak tidak dibenarkan sesuka hati untuk masuk tanpa izin. Sungguh bermanfaat perkongsian ini.
Bilik tidur adalah PRIVACY SUAMI ISTERI. Even anak pun sebenarnya tak boleh suka-suka masuk, kena minta izin, apatah lagi org luar.
Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya utk suami isteri sahaja sb di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.
Org lain boleh guna bilik tetamu/bilik anak. Tapi bukan bilik utama suami isteri. Kalau suami tak faham atau tak boleh terima, bawa dia jumpa pegawai kaunseling di JKM atau mana2 pej. agama.
Islam memberikan HAK PRIVACY kpd suami isteri, apatah lagi dlm rumah sendiri. Org luar tak boleh suka2 masuk ke mana2 bahagian dlm rumah, tanpa izin tuan rumah. Haram hukumnya.
Lebih2 lg, dlm bilik tidur itulah, terdapat pakaian tidur milik isteri yg tak sepatutnya menjadi tontonan org luar, walaupun mak ayah mertua sendiri. Jangan anggap ini benda remeh. Bilik tidur yg selalu dimasuki org luar, lama kelamaan akan hilang serinya.
Perkongsian bersama…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di