Bila sebut tentang kumpulan Spring, pasti ramai imbau kembali zaman cintan cintun dahulu kala ditemani lagu yang penuh syahdu dari kumpulan tersebut. Selaku vokalis kumpulan Spring, nama Ameng Spring tidak asing lagi dan cukup popular di era 1990-an terutamanya popular dengan lagu Bourgenvilla pada ketika itu.
Namanya terus menjadi perhatian ramai selepas dipenjarakan atas kesalahan pengambilan dadah. Bagaimanapun Ameng sudah pun dibebaskan kini dan kembali aktif dalam industri hiburan tanah air.
Baru-baru ini, isteri kepada Ameng Spring, Sabariah Zakariah ada memuat naik video di laman Tiktoknya yang memaparkan suaminya itu sedang mengaji. Malah, menurutnya ia sudah menjadi rutin sang suami membaca al-Quran setiap pagi dan maghrib.
“Rutin setiap pagi & maghrib Mr Hubby. Ni pagi tadi sempat record utk mereka di TT yg minta video Abg Ameng mengaji.Utk tgk Abg Ameng mengaji boleh ke YouTube AmengSpringOfficial..byk video dia dh upload kat YT. Semoga bmanfaat utk semua”, tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah tambah Sabariah di ruangan komen, Ameng belajar mengenal huruf ketika dia di penjara dan bermula dari situ dia belajar mengaji dari Iqra’ Alif Ba Ta..
Ads
Meninjau ruangan komen, rata-rata memuji suara penyanyi ini. Malah ada juga yang menyifatkan supaya bacaan Al-Quran ini menjadi asbab untuk orang ramai terus menanam kecintaan pada Qalam Allah.
Setiap ibu bapa tentu sayang kepada anak. Namun jika seorang ayah bersikap garang tegas tentu ada sebabnya. Hakikatnya semua itu adalah untuk membentuk jati diri dalam diri anak supaya apabila dewasa nanti mampu berdikari untuk menghadapi masa hadapan yang penuh cabaran.
Sebak baca kisah ayah yang bergelar guru ini di laman facebooknya,Mohd Fadli Salleh III yang dirinya perlu bertindak tegas dan garang disebabkan untuk mempersiapkan anak sulungnya untuk berdikari.
Walaupun perkongsian ini telah dipaparkan pada pertengahan tahun ini, namun pengisian yang disampaikan begitu tersirat buat mereka yang bergelar bapa.
Sesungguhnya, bukan mudah untuk mendidik anak dalam dunia yang penuh cabaran ini. Ikuti perkongsian cikgu ini.
“Ayah. Sakit. Abang nak tidur kat riba ayah,” kata Arshad Arumi malam tadi. Aku lipat sweater dia dan suruh dia baring. Aku dah tak ingat bila kali terakhir dia minta nak baring atas peha aku. Agaknya masa umur dia 3-4 tahun kot.
Arshad kalau sakit demam, dia takkan mengadu kat aku. Dia hanya mengadu dekat ibu dia sahaja. Dia tahu, bila dia mengadu dia kena marah. Dengan ibu dengan atuk dia baru dia dapat bermanja-manja dan mengada-ngada.
Dia anak sulung. Sedikit manja. Kadang luka sedikit tangisan macam putus kaki depan ibu dia. Bila datang aku memang kena jerkah. “Alah. Luka sikit macam putus jari! Dah, senyap!”
Begitulah biasanya. Terus diam raungan menggila. Tinggal esakan dan air mata sahaja.
Sebab itu Arshad kalau nak apa-apa dia tak pernah minta dengan aku. Dia dilatih berdikari. Pihak sekolah buat lawatan pun dia pecah tabung dia nak join sama lawatan tu.
Duduk di celah kerusi mengira duit yang orang bagi kat dia. Hari tu duit dia tak cukup rm4, dia pergi jumpa atuk dia dan cakap,
“Atuk. Abang nak duit RM4 boleh tak? Duit abang nak pergi lawatan tak cukup RM4 sahaja lagi.”
Atuk dia cerita kat isteri aku. Isteri aku cerita kat aku. Rasa nak menitik air mata anak sulung punya cara dah macam anak yatim.
Basikal dia kena curi, duit dia dah tak ada. Maka dia cakap,
“Nanti raya abang nak simpan duit raya buat beli basikal.”
Dia kalau rasa nak ke kedai beli apa-apa, dia akan pujuk adik dia ajak aku. Dia takkan bagitahu sendiri. Padahal nak beli Kinder Buenos je kot. Begitulah biasanya. Tapi aku pun tak adalah kejam sangat. Duit lawatan dia bayar tu, aku ganti balik dalam tabung dia.
Basikal dia hilang baru dua minggu, aku beli basikal lajak yang mahal terus untuk dia. Yang selalu dia tengok dalam youtube, yang selalu dia cerita dengan adik dia yang berumur 5 tahun itu. Gembira dia bukan kepalang bila sesekali aku bagi sesuatu.
WAHAI ANAKKU, ADA SEBAB AYAH GARANG DAN TEGAS!
Arshad anak sulung. Lelaki pula. Dari kecil aku tak ajar sangat memanja-manja. Aku selalu pesan,
“Abang. Bukan semua yang abang nak abang akan dapat. Bukan semua permintaan abang ayah akan tunaikan. Nak sesuatu, usaha sendiri. Kena jaga adik-adik.”
Dia jenis pegang kata-kata aku dan patuh. Dia hanya minta duit sekolah je dengan aku. Aku pesan kat dia seawal hari pertama persekolahan, di sekolah aku ini cikgu. Bukan ayahnya.
Maka suatu hari duit dia habis. Aku yang lupa beri. Dia datang ke kantin saat aku tengah minum dengan kawan-kawan dan cakap,
“Cikgu. Duit saya habis.” Pelik kawan-kawan aku anak sendiri panggil ayah dia cikgu. Budak darjah satu kot. Bukan budak besar.
Bilik guru dan tempat makan guru itu tempat larangan bagi dia. Dia tak pernah merasa makanan guru. Dia makan sama dengan murid lain makan, bahkan jika dia buat salah, dia kena hukum dengan aku sama macam aku hukum murid lain.
Tegas sangatkah aku?
Abang, mungkin ayah agak tegas. Mungkin sedikit garang. Namun itu sebagai persiapan.
Ayah takkan selalu ada untuk melindungi kamu. Kamu perlu dididik untuk menjaga diri sendiri dan adik-adik saat ayah tiada lagi di dunia ini.
Dunia ini kejam. Ayah tak nak kau tunduk dan mengalah. Kau kena bangkit dengan gaya anak jantan. Kau kena terus redah dengan semangat mempertahankan adik-adik dan maruah diri.
Hidup kita bukan untuk meraih simpati. Hidup kita bukan untuk dipijak dan dihina. Kau anak sulung. Maka kau punya tanggungjawab besar suatu hari nanti, bang.
Saat ayah dan ibu dikambus bumi, saat itu segalanya akan kau pikul dengan tabah dan berani. Setabah dan sekuat ayah melatih kamu hari ini.
Ya benar abang. Ayah mungkin agak garang. Namun ayah tidak pernah mendidik dengan sentuhan. Jauh sekali menggunakan kekerasan. Hanya ketegasan.
Walau selalu tegas dan keras, itu bukan petanda benci. Tidurmu ayah selimutkan. Makanmu kali ini ayah yang suapkan. Tangan kanannya kena cucuk, dia berusaha keras makan dengan sudu guna tangan kiri.
“Kul biyamini,” kata aku padanya.
Dia faham. Maka tangan kanan yang sakit itu cuba dia guna sehingga jatuh sudu dan berterabur nasi dan lauk.
Saat itu tiada lagi didikan tegas. Aku yang suap sendiri dan belai rambutnya. Dia tidak lagi takut mengadu sakit, dia tahu aku akan gosok dan urut kali ini.
Namun untuk menangis meraung depan aku dia masih tidak berani. Baguslah begitu. Masih kental dan tabah semangat dia.
Semoga kau membesar menjadi insan yang berguna dan berjasa anakanda. Doa ayah sentiasa bersama.
Tahniah diucapkan buat penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora yang mengumumkan kini dirinya hamil anak kedua.
Perkhabaran gembira itu turut diumumkan sendiri oleh Lesti dan suaminya, Rizky Billar dalam satu majlis yang disiarkan oleh televisyen Indonesia baru-baru ini.
Lesti kini difahamkan sedang hamil 12 minggu iaitu kira-kira tiga bulan.
“Kita ada satu perkara istimewa yang ingin disampaikan untuk saudara Leslar Lovers,” ujar Lesti.
Lesti awalnya membuat kejutan buat suami dengan menghadiahkan seutas jam tangan disertakan dengan kotak berisi alat ujian kehamilan.
“Kamu hamil? Dapat tahu dari mana? Sejak bila?
“Ini berita paling bahagia yang sudah lama kita nantikan ternyata saya dapat hadiah ini.
“Ya Allah, semoga kehamilan kali ini berjalan lancar, bayinya sihat. Terima kasih,” kata Rizky Billar.
Khabarnya Lesti sengaja menyimpan rahsia tersebut kerana mahu membuat kejutan sempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 19 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia dua tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Mak-mak dulu selalu pesan, ‘nak jaga suami, jaga perutnya dulu’. Sibuk macam mana pun, kena ada masa bagi suami rasa air tangan isteri.
Jika selalu masak, air tangan isterin ni, pergilah mana-mana, ia tidak akan setanding dengan apa yang isteri masak. Sentiasa jadi ingatan untuk suami dan anak-anak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Walau sibuk mana pun isteri akan tetap masak. Bahkan merajuk macam manapun seorang isteri itu dapur tetap berasap! Hebatnya kasih sayang isteri kepada keluarga.
Membeli keperluan bahan-bahan memasak seperti barang basah dan kering adalah aktiviti rutian harian sebuah keluarga.
Jadi untuk memastikan bahan-bahan masakan dibeli segar terdapat pelbagai petua yang boleh dijadikan panduan.
1. MATA IKAN
Cara yang paling mudah untuk menentukan kesegaran ikan ialah dengan memastikan ikan mempunyai mata yang jernih dan cerah. Selain itu, matanya juga akan timbul dan menonjol.
Manakala ikan yang tidak segar pula mempunyai mata berwarna merah dan pudar. Matanya juga sudah tenggelam dan sembap.
2. WARNA INSANG IKAN
Pilih ikan yang mempunyai insang berwarna merah terang dan pastikan insang basah tanpa mempunyai terlalu banyak lendir.
Ikan yang tidak segar pula mempunyai insang yang berwarna kelabu atau coklat kehitaman. Insangnya juga sudah menjadi keras dan berlendir.
3.WARNA KULIT DAN SISIK IKAN
Ikan yang segar mempunyai kulit luaran yang berkilat dan berwarna cerah berbanding dengan ikan tidak segar yang mempunyai kulit pucat.
Manakala sisik ikan segar juga kuat dan ikan tidak segar mempunyai sisik yang rapuh dan mudah tercabut.
4.TEKSTUR IKAN
Tekan ikan pada bahagian perutnya untuk memastikan ikan segar atau tidak. Tekstur yang keras bermakna ikan masih segar tetapi jika lembik, maknanya ikan sudah lama.
Elakkan daripada membeli ikan yang bahagian perutnya sudah pecah. Ini kerana ikan yang kurang segar mempunyai kulit perut yang lembik.
Dalam pada itu selain membeli barang-barang basah, ibu-ibu juga boleh membeli bahan masakan yang sudah dibungkus dan sedia untuk dihidangkan.
Bahan masakan yang ‘ready to eat‘ sudah banyak di pasaran menjadi pilihan buat ibu-ibu yang sibuk. Tidak salah sekali sekala mengunakan cara masakan ini.
Stok makanan begini wajib ada dalam kabinet di rumah apabila keperluan terdesak seperti kekangan masa untuk memasak, isteri ‘out-station’, atau pergi ‘camping’ bersama keluarga.
MASAK SARDIN PUN SEDAP! PRODUK PILIHAN:
Hanya Koyak & Makan! Sardin Viral D’Heritage Pilihan Rakyat Malaysia
Pilihan produk yang paling trending adalah sardin. Mudah di masak dan penyediaannya paling cepat dan seisi keluarga mengemari hidangan ini.
Sardin viral D’Heritage menjadi pilihan rakyat Malaysia dek kerana pek sardinnya di dalam bentuk pek kantung (pouch) berbanding penggunaan tin yang cenderung membuatkan ikan sardin itu masih berbau hanyir dan mempunyai aroma tin.
Selain mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja, sardin viral D’Heritage hanya perlu ‘koyak dan makan’ (meal-ready-to-eat). Menggunakan teknologi retort atau pensterilan supaya produk yang dihasilkan mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.
Sardin viral D’Heritage, jenama di bawah syarikat D’Era Pouch Industries yang telah beroperasi sejak 2004, namun mengeluarkan jenama sendiri termasuk Sardin Viral D’Heritage pada tahun 2014.
Syarikat milik bumiputera tersebut turut menghasilkan produk lain
antaranya ‘kari ayam mamak’, ‘baked beans’ dan ‘tomato puri’.
Sardin viral D’Heritage boleh didapati di lebih 100 pasaraya besar dan lebih 500 pasaraya terkemuka di seluruh semenanjung Malaysia. Jom dapatinya di pasaraya cawangan terdekat anda.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...