Atas faktor ekonomi impak pandemik Covid-19, ramai yang mengalami masalah bebanan kewangan lantaran diberhentikan kerja, perniagaan merosot malah ada yang terpaksa menutup perniagaan serta pelbagai faktor lain yang menjejaskan kehidupan masyarakat.
Ekoran faktor ini, sana sini ramai berdebat mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikaitkan sejumlah RM10,000.
Isu ini juga menarik perhatian seorang perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad di facebook miliknya yang mengulas mengenai hal ini.
Ikuti perkongsian beliau.
Bolehkah keluarkan RM10,000 duit KWSP? Sahabat sekalian, berhentilah berdebat tentang ‘keluarkan duit’ yang ada ini.
1. Asas tabungan KWSP untuk persaraan kita. Ya digunakan untuk kita bersara bukan sebagai dana kecemasan kita.
2. Jika kita memang diperhentikan kerja dan gaji dipotong sehingga 40% saya setuju untuk pengeluaran RM10,000 ini.
3. Ketahuilah juga bahawa 70% pencarum KWSP hanya ada sekitar RM50,000 sahaja. Jika RM10,000 dah keluar banyak mana tinggal lagi?.
4. “Alah nanti tak sempat merasa duit sendiri kalau tak guna”.
Ads
Bagaimana kalau dah bersara hidup sampai 80 tahun dan tiada dana persaraan?
“Alah anak cucu aku ada, takkan depa nak jadi anak derhaka?” Kita mula kudakan anak sebagai mesin persaraan kita. Adilkah kita?
5. Usia purata rakyat malaysia bagi lelaki adalah 74 tahun dan wanita 77 tahun. Berapa simpanan yang cukup untuk kita bersara nanti? Jika bersara usia 55 tahun dan kita hidup hingga 74 tahun. Dengan dana RM50,000 kita hanya boleh belanja RM219 sebulan sahaja!
6. “Dapat RM10,000 nie bolehlah beli emas, masuk Unit Amanah, Beli Saham, Simpan dalam ASB, Beli hartanah”.
KAWALAN KEWANGAN KITA MASIH LEMAH
Ads
Percayalah kawalan kewangan kita masih sangat lemah. Apatah lagi jika kita orang yang tiada Dana Kecemasan selama ini. Bermakna kita orang yang gagal urus wang dengan bijak. Bagaimana nak urus RM10,000 nanti?
7. Dana KWSP adalah dana persaraan, jika kita gunakan untuk apa apa sahaja pelaburan. Ia akan datang bersama RISIKOnya. Kenyataan bahawa hanya minoriti sahaja yang keluar dana KWSP dapat pulangan lebih 6% setahun selepas melabur dalam Unit Amanah.
8. Struktur kembali hutang yang ada, jual apa sahaja liabiliti dan buat pengurusan hutang dengan betul sebelum buat keputusan nak keluarkan RM10,000 yang ada. Apakah dengan duit sahaja boleh selesaikan masalah duit?
9. Cadangan ahli politik selalunya bersifat ‘popular dan indah diatas kertas’. Masih ingat cadangan penghapuskan hutang PTPTN yang berakhir dengan semua disenarai hitam untuk beli rumah dan kenderaan.
Cadangan pemansuhan tol yang akhirnya jadi bahan jenaka sahaja. Ada banyak cadangan ‘popular’ waktu pandemik begini.
Ads
Bila susah, kita tanggung sendiri. Ahli politik ada bot peribadi dan mewah sampai kini.
10. Lebih baik sambung moratorium dari keluarkan dana persaraan.
Bank bank masih catat keuntungan baru baru ini walaupun dah 6 bulan kita tak bayar hutang mereka.
Sahabat yang mulia,
Jadilah rasional, dengan simpanan kita. Belajar hargai simpanan yang ada, jangan teruja dengan duit tabungan kita.
Jika I-lestari dimanfaatkan RM500 sebulan, kita masih boleh ada makanan atas meja kita setiap malam.
Jaga Baik Baik Simpanan Yang Ada.Ambil Jika Benar Benar Perlu.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak pelakon jelita Nur Fazura telah berkongsi foto terkini anak sulungnya, Nur Fatima Aisya untuk tatapan peminat, instagramnya sering jadi perhatian untuk mengetahui perkembangan dirinya dan anaknya.
Nur Fatima lahir pada 2 Oktober 2020 lalu.Terbaru, semalam, menerusi insta story, beliau berkongsi video ringkas dengan memaparkan air mandi bunga serta melahirkan rasa syukur setelah tamat pantang selepas bersalin.
‘Alhamdulillah, Tutup Pantang Day-44’.
Untuk makluman, amalan mandi bunga adalah antara amalan yang dilakukan dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Mandi bunga ini umpama terapi untuk memberi kesegaran kepada badan selepas bersalin.
Malah amalan ini jika dilakukan dengan sempurna, akan memberi seri pada wajah serta bentuk badan juga kembali langsing selepas melahirkan anak.
Menurut kakitangan Fazrina_postnatalcare, Mandi Bunga Aura Seri (Penutup Pantang) biasanya dilakukan selepas tempoh 40, 44 sehingga 100 hari. Ia membantu menaikkan seri wajah si ibu, mengembalikan tenaga serta aura si ibu dan juga menandakan bahawa si ibu sudah habis berpantang.
Dalam pada itu, mereka juga menyediakan menu berpantang buat artis popular ini. Katanya, Fazura seorang yang teliti mengenai penjagaan semasa berpantang. Kakitangan pusat ini juga berkongsi antara menu pilihan Fazura.
SEDAPNYA MENU PANTANG FAZURA
Untuk rujukan Fattah Amin dan Nur Fazura melangsungkan pernikahan pada 27 November 2017.
Sebuah pengorbanan! Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia sahkan 1771 kakitangan dijangkiti Covid-19 setakat 18 Dis 2020.
Daripada jumlah itu, 1,359 kes jangkitan atau 76.7% berlaku dalam gelombang ketiga.
5 kumpulan petugas kesihatan yang paling ramai dijangkiti:
1. Jururawat (690)
2. Pegawai Perubatan (211)
3. Pembantu Perawatan Kesihatan (146)
4. Penolong Pegawai Perubatan (144)
5. Pegawai Perubatan Siswazah (84)
Punca jangkitan:
1. Dari komuniti (33.1%)
2. Dalam kalangan petugas-pretugas kesihatan (31.9%)
3. Dari pesakit-pesakit yang belum disahkan mendapat jangkitan #COVID19 (8.6%)
4. Tidak diketahui (3.3%)
5. Masih dalam siasatan (23.1%)
Setakat 18 Dis, seramai 280 petugas kesihatan sedang menerima rawatan di hospital manakala 1,697 sedang menjalani HSO.
6 HOSPITAL KKM JANGKITAN TERTINGGI
6 hospital KKM di Lembah Klang yang melaporkan kes jangkitan tertinggi covid 19 dalam kalangan petugas kesihatan. 1. Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang (54)
2. Hospital Serdang (29)
3. Hospital Sungai Buloh (15)
4. Hospital Kuala Lumpur (10)
5. Hospital Ampang (5)
6. Hospital Selayang (4)
Peningkatan mendadak kes jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan berkait rapat peningkatan kes jangkitan dalam komuniti.
Kes jangkitan di hospital-hospital terlibat adalah terkawal dan perkhidmatan kesihatan beroperasi seperti biasa.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati keras lelaki ada kala boleh menjadi lembut dan tidak mustahil merajuk dengan pasangannya. Hal ini kerap berlaku apabila lelaki rasa terpinggir kala wanita terlalu melebihkan hal-ehwal kerjaya ataupun terlalu melayani anak-anak.
Bagi isteri yang berdepan dengan suami merajuk, masih ada ruang untuk anda memperbaiki keadaan. Bukan hanya wanita yang suka dipujuk rayu, lelaki juga apa kurangnya. Walaupun mereka kelihatan gagah perkasa namun di sebaliknya mereka turut perlu dimanjakan. Bak kata orang zaman sekarang, dalam hati ada taman.
1) MINTA MAAF Mulakan proses memujuk dengan meminta maaf terlebih dahulu. Cara minta maaf itu terpulang pada kreativiti anda. Ada yang lebih suka minta maaf di meja makan kala bersarapan pada cuti hujung minggu. Ada yang lebih senang minta maaf kala sedang sama-sama menonton televisyen. Malah ada juga yang lebih selesa minta maaf ketika di atas katil sebelum melelapkan mata.
Bisikkan kata minta maaf di telinganya. Katakan yang anda minta maaf kerana membuat dia merajuk. Sebagai isteri, pasti kita tahu kelemahan suami yang mampu membuatkan dia ‘cair’. Mungkin dengan nada suara, atau mungkin dengan sentuhan jari anda. Gunakan skil menggoda anda untuk memastikan dia memaafkan anda dan menghilangkan rasa merajuknya itu.
2) BUAT SURPRISE Apa kata anda buatkan satu kejutan untuk suami yang sedang merajuk itu? Misalnya anda pulang awal ke rumah dan masak hidangan kegemarannya. Kemas rumah dan semburkan haruman yang digemari suami ke sekitar rumah.
Biarkan dia terasa kelainan kala masuk ke rumah apabila pulang dari kerja. Bau harum pasti menyamankan suasana. Lalu lebih menggembirakan hatinya apabila melihat hidangan istimewa sudah ada di atas meja untuk dinikmati bersama.
3) BETULKAN KOMUNIKASI Komunikasi dua hala sebenarnya sangat penting dalam hubungan suami isteri. Sebuah perkahwinan tidak akan memberi erti kebahagiaan sebenar jika tiada komunikasi. Dalam kes suami merajuk, cuba anda bertanya kepada pasangan punca si dia merajuk. Ada kala puncanya hanyalah hal kecil.
Pun begitu, jangan anggap hal kecil pada anda itu juga merupakan hal kecil bagi si dia. Bagi sesetengah orang, hal itu adalah sebuah hal besar. Jadi, sebagai pasangan, kita juga perlu menghormati perasaan pasangan kita walaupun dia ialah lelaki yang kita anggap ‘kebal’ daripada perasaan kecil hati.
Di sinilah letaknya kepentingan berkomunikasi. Beritahu pasangan apa-apa sahaja hal boleh menyebabkan kita berkecil hati supaya kita boleh elakkan hal-hal merajuk.
4) JANGAN ULANG KESILAPAN Apabila kita telah tahu perkara yang menyebabkan suami merajuk, maka usahlah diulangi lagi kesilapan yang kita lakukan. Misalnya, walaupun dia merajuk hanya disebabkan kita terlupa membuat sambal belacan yang telah dipesan, berjanjilah dengan diri sendiri yang kita tidak akan terlupa lagi pesanan kecil daripada suami.
Tawan kembali hatinya. Balut luka di hatinya. Ingatlah bahawa syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Usah disakiti hatinya. Layarilah rumahtangga dengan persefahaman dan kecapilah kebahagiaan di dunia ini.
Sumber: bercintaselepasnikah.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di