
Dalam rutin seharian yang semakin sibuk, bukan anak-anak sahaja memerlukan fokus untuk belajar. Ibu dan ayah juga perlu kekal bertenaga untuk menguruskan tuntutan kerja serta keluarga, sementara golongan berusia pula harus memastikan minda dan tenaga terus aktif seiring pertambahan usia.
Setiap ahli keluarga sebenarnya berdepan cabaran tersendiri. Anak-anak perlu memberi tumpuan ketika belajar, ibu bapa perlu kekal produktif sepanjang hari, manakala golongan lebih berusia pula mahu terus menjalani kehidupan dengan aktif dan berkualiti.
Hakikatnya, keupayaan untuk kekal fokus, bertenaga dan produktif turut dipengaruhi oleh rutin harian, gaya hidup serta pengambilan nutrisi. Sebab itu, selain menjaga waktu rehat, mengamalkan pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti fizikal, pemilihan nutrisi tambahan yang sesuai juga boleh menjadi sebahagian daripada rutin keluarga.
Satu Keluarga, Keperluan Berbeza
Memahami bahawa setiap peringkat usia mempunyai keperluan tersendiri, IYZIQ tampil sebagai jenama kesihatan tempatan yang menawarkan rangkaian produk nutrisi premium untuk seisi keluarga.
Formulasinya memberi tumpuan kepada sokongan terhadap fokus, daya ingatan, tenaga harian serta fungsi otak, dengan penggunaan bahan seperti Lion’s Mane, Cordyceps dan Ginkgo Biloba dalam rangkaian produknya.
Menariknya, rangkaian produk IYZIQ merangkumi keperluan daripada usia kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa dan warga emas. Ini memudahkan setiap ahli keluarga memilih produk berdasarkan peringkat usia serta keperluan masing-masing.
Daripada si kecil yang sedang melalui fasa perkembangan, anak yang mula bersekolah, ibu bapa yang sibuk bekerja sehinggalah datuk dan nenek, rangkaian IYZIQ direka dengan mengambil kira keperluan kumpulan umur yang berbeza.
BeFocusKids, Untuk Si Kecil Yang Sedang Membesar
Fasa awal usia kanak-kanak merupakan antara tempoh penting dalam perkembangan mereka. Pada usia ini, anak-anak sedang aktif meneroka persekitaran, mempelajari perkara baharu serta melalui pelbagai perkembangan dalam kehidupan seharian.
Bagi kanak-kanak berusia sekitar 2 hingga 6 tahun, BeFocusKids diformulasikan untuk menyokong perkembangan minda serta membantu emosi anak lebih tenang.
Dengan rasa Belgian chocolate yang lebih mesra selera kanak-kanak, ia juga dikhususkan untuk menjadi pilihan buat ibu bapa yang mahu memberikan sokongan nutrisi ketika anak melalui fasa penting perkembangan awal.
BeFocusPro+, Teman Anak Ketika Belajar
Apabila memasuki alam persekolahan, cabaran anak juga berubah. Jadual kelas, kerja sekolah dan aktiviti harian memerlukan mereka memberi perhatian untuk tempoh yang lebih panjang. Apatah lagi apabila usia meningkat dan mereka mula berdepan jadual pembelajaran yang semakin padat.
BeFocusPro+ yang sesuai untuk pelajar seawal usia tujuh tahun sehingga mahasiswa, dirumus bagi membantu menyokong fokus, daya ingatan serta produktiviti harian.
Ia boleh dijadikan sebahagian daripada rutin anak-anak yang sedang melalui fasa pembelajaran, sama ada di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Namun, nutrisi tetap perlu berjalan seiring dengan rutin tidur yang mencukupi, waktu belajar yang tersusun serta pemakanan harian yang seimbang.
Ibu Ayah Pun Perlukan Tenaga
Jangan lupa, golongan dewasa juga melalui cabaran yang sama. Mesyuarat berturut-turut, menghantar anak ke sekolah, menguruskan rumah dan menyelesaikan tugasan kerja boleh menyebabkan tenaga semakin berkurangan menjelang petang.
Dalam kesibukan menjalani pelbagai tanggungjawab, keperluan untuk mengekalkan tenaga dan fokus sepanjang hari tentunya menjadi semakin penting, khususnya buat individu bekerja dan mereka yang mempunyai rutin harian yang padat.
Agar kekal produktif sepanjang hari, BeNergy Coffee menawarkan pilihan kopi premium yang diperkaya dengan bahan aktif. Menariknya, kandungan kafein yang terdapat dalam produk ini adalah sekitar 0.3 peratus, dengan formulasi yang memberi tumpuan kepada tenaga sambil membantu mengekalkan fokus.
Bila Usia Bertambah, Minda Juga Perlu Dijaga
Semakin usia meningkat, penjagaan kesihatan dan pemilihan nutrisi juga perlu diberikan perhatian. Mengekalkan minda yang aktif serta menjalani kehidupan dengan bertenaga menjadi sebahagian daripada usaha untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
BeFocusGold 50+ direka untuk golongan dewasa termasuk mereka yang memasuki usia 30-an sehingga warga emas.
Formulasinya memberi tumpuan kepada sokongan daya ingatan, kesihatan otak serta sendi, selain turut mengandungi kunyit sebagai salah satu bahan dalam produk. Ini menjadikannya antara pilihan dalam rangkaian IYZIQ yang menyasarkan keperluan individu apabila usia semakin meningkat.
Mudah Dijadikan Sebahagian Rutin Keluarga
Dalam memilih produk nutrisi untuk keluarga, aspek seperti kandungan, formulasi serta kesesuaian mengikut peringkat usia tentunya menjadi antara perkara yang perlu diberikan perhatian.
Antara kekuatan yang diketengahkan IYZIQ ialah penggunaan bahan premium, formulasi berasaskan penyelidikan serta rangkaian produk yang merangkumi pelbagai peringkat umur. Produk-produknya juga direka supaya mudah dijadikan sebahagian daripada amalan harian mengikut keperluan setiap individu.
Menurut maklum balas pengguna produk ini, antara perubahan yang dirasai termasuk anak lebih mudah memberi tumpuan ketika belajar, badan terasa lebih bertenaga ketika bekerja dan kurang cepat letih. Terdapat juga pengguna yang membuat pembelian berulang selepas berpuas hati dengan pengalaman menggunakan produk.
Akhirnya, menjaga kesihatan otak, fokus dan tenaga bukan semata-mata untuk mendapatkan keputusan baik di sekolah atau menjadi lebih produktif di tempat kerja. Ia juga sebahagian daripada usaha membina kehidupan yang lebih berkualiti dan menjalani rutin harian dengan lebih baik bersama insan tersayang.
Dengan pilihan yang merangkumi pelbagai peringkat usia, IYZIQ menawarkan rangkaian nutrisi yang boleh disesuaikan mengikut keperluan setiap generasi dalam sebuah keluarga.
Ketahui rangkaian IYZIQ yang paling sesuai mengikut keperluan anda dan keluarga menerusi laman web rasmi IYZIQ di www.iyziq.com.