Jadi Suami Isteri Terbaik Dalam Rumah Tangga, 6 Cara Fahami Hati Pasangan, Wajib Buat!
Pernah rasa atau tidak, setiap kali melihat kemesraan dan kebahagiaan pasangan lain, hati anda bagai dilapah-lapah. Malah terdetik di hati kecil, kenapa anda tidak boleh bahagia sedemikian rupa.
Bukan rumah tangga namanya jika tidak diselitkan dengan perbalahan. Jangan biarkan drama cinta ini mengganggu cinta anda dan suami. Jangan biarkan musim percintaan yang dahulunya dipenuhi dengan bunga-bunga cinta kian pudar ditelan dek masa. Walaupun sudah hampir lima tahun berumah tangga, namun sikap suami atau isteri semakin hari semakin berubah. Bagaimana untuk betulkan keadaan ini?
Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu bagaimana untuk menjadi isteri mahupun suami terbaik buat pasangan anda.
Berlaku adil
Jangan sesekali mengelakkan diri daripada pasangan, bimbang mengundang masalah yang lebih serius. Sebaiknya berbincang dan dengar pandangan pasangan anda. Usah bersikap pentingkan diri sendiri dan hanya mahukan pandangan anda dituruti. Mungkin idea atau nasihat pasangan lebih baik daripada anda.
Seimbangkan masa dengan baik untuk kerjaya dan rumah tangga. Bagi wanita pula, biar sehebat atau setinggi mana jawatan anda di luar, di rumah anda adalah seorang isteri dan ibu.
Keterbukaan
Sikap ini perlu ada di dalam diri setiap pasangan baik yang baru mahupun yang sudah lama berkahwin. Komunikasi dua hala sering kali menjadi penyelamat dari sebuah konflik. Jika ada benda-benda yang kurang berpuas hati, selesaikan dengan segera.
Ads
Tidak perlu cepat melenting, sebaliknya minta penjelasan daripada pasangan tentang apa yang terbuku di hati anda. Jangan biar masalah menjadi duri dalam daging dan mengganggu perasaan.
Nasihat orang yang betul
Jika anda dan pasangan sedang menghadapi masalah, jangan sesekali menceritakan hal tersebut kepada orang lain, terutama rakan sekerja. Bimbang nanti ia akan menambahkan lagi masalah. Jika mahu mendapatkan pandangan mahupun nasihat, cari mereka yang boleh membantu. Misalnya ibu bapa, sahabat rapat atau sebagainya.
Jangan mengutuk mahupun menceritakan keburukan pasangan anda, sebaliknya minta nasihat bagaimana kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan pasangan anda.
Ads
Bertolak ansur
Setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing. Sebaiknya, untuk menjadi pendengar yang baik jangan cepat membantah atau menolak sekiranya pasangan anda mengemukakan pendapatnya. Dalam hal ini, harus ada memberi dan menerima.
Bertolak ansur antara satu sama lain adalah perkara asas dalam sesebuah rumah tangga yang harmoni. Tidak kiralah jika apa yang anda rasa betul dalam sesuatu perkara itu, tetapi fikirkan juga tentang sensitiviti orang lain. Mungkin baik untuk diri anda tetapi tidak daripada pandangan mereka atau sebaliknya.
Tarik perhatian pasangan
Bagi anda yang baru mahupun sudah lama berumah tangga, harus sentiasa memikat hati pasangan . Suami isteri perlu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada pasangan. Bukan sekadar memberi perhatian kepada penampilan diri semata-mata, sebaliknya dari segi layanan, mengambil berat, bermanja dan sebagainya.
Ads
Tunjukkan penghargaan terhadap pasangan anda. Hargai apa yang mereka cuba lakukan. Penghargaan tidak semestinya berbentuk materialistik, cukup sekadar dengan hanya menyatakan terima kasih. Apabila anda menghargai pasangan, pasti segala masalah yang wujud boleh diselesaikan dengan cara yang mudah.
Komunikasi dua hala
Jangan disebabkan tekanan atau kesibukan kerja, anda tidak mahu meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan pasangan. Penat bagaimana sekalipun, ‘curi masa’ untuk berbuat demikian. Jangan sesekali membawa pulang kerja pejabat ke rumah. Fokus kepada rumah tangga dan pasangan anda.
Selain menjadi pendengar yang setia, anda juga perlu juga meluahkan rasa jika mempunyai masalah. Jangan selesaikan sendiri biarpun ia perkara yang mudah buat anda. Ini akan membuatkan pasangan terasa tidak dipinggirkan.
Jangan biarkan pasangan tertanya-tanya kenapa sikap anda berubah. Berterus terang adalah satu sikap yang baik untuk mengelakkan masalah dalam rumah tangga.
Foto: haniszalikha instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik duduk dalam rumah tentu akan merasa bosan. Nak pergi bercuti belum berani lagi ekoran kes jangkitan Covid-19 masih tinggi.
Bagi yang merancang mencari ruang santai di halaman rumah apa kata ikuti cara keluarga ini. Ringkas tapi menarik.
Perkongsian Ilyana Isa menjadikan beranda rumahnya dengan tema mini kafe untuk dijadikan tempat santai dengan family.
Jom ikuti cara beliau DIY beranda santai untuk keluarga.
DIY beranda santai keluarga
Baru-baru ni incek boss saya Isa Yassir Arafat ada buat satu ‘mini cafe’ atau beranda di porch kami. Berangan nak ada beranda di tingkat atas, tapi tak cukup budget nak buat, maka saya buat kat porch pun jadilah.
Simple je tukang pakai kayu & plywood. Alas rumput carpet. Size 8×10 kaki. Kerusi tinggi & sofa beli kat shopee. Jadilah buat tempat lepak minum petang. Malam-malam layan anak main UNO kat situ
Proses DIY Melakukan Beranda Santai Di Rumah
1. Inilah dia rupa porch asal kami ini. Sedih jer rupa dia. Tapi perubahan bakal menjelma. Hehehe.
2. Ini merupakan proses memasang tapak dan tiang untuk beranda kami. 2 hari jer dah siap buat semua ni.
3. Untuk beranda ni kami cat warna putih. Cik meow pula sibuk disitu.
4. Kami menambahkan sedikit dekorasi untuk beranda kami ini. Antaranya ialah rumput karpet, hiasan pokok dan kerusi kayu. Tema berwarna putih, hitam, hijau dan corak kayu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bukan ujian yang mudah untuk dilalui semua namun bagi pelakon, Siti Elizad dia dia reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF).
Bahkan kata Elizad menerusi perkongsiannya di Harian Metro, dia lebih dulu mahu menjaga kesihatan mentalnya memandangkan usianya kini hampir mencecah usia 40 tahun. Malah dia kini reda dengan ketentuan itu.
“Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti.
“Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an,” katanya.
Tambah pelakon jelita ini, doktor ada menawarkan untuk menjalani IVF buat kali ketiga namun dia tidak bercadang untuk melakukan rawatan berkenaan buat masa ini kerana mahu kembali berlakon.
Bahkan kata Elizad lagi, sehingga kini dia dan suami tidak pernah terfikir soal mengambil anak angkat kerana suaminya sudah punya zuriat menerusi perkahwinan terdahulunya. Tambah pula dengan anak-anak buah yang ramai memeriahkan kehidupan mereka.
“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT.
“Kalau ada rezeki nanti adalah.
“Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu.
“Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Kemudian, Siti Elizad juga menjalani rawatan IVF buat kali kedua pada Mac lalu namun gagal.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Rebecca berkahwin dengan Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Reverra,6; Nor Anggerik Renesmee,5; Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan.
Selain itu, mereka juga memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Nor Adan Daniel, 10.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.