Inilah yang dikatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bergelar suri rumah bukan alasan untuk tidak berjaya dan mempunyai impian.

Bagi wanita ini, kira-kira tujuh tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk tidak bekerjaya, mula merancang hala tuju kehidupannya. Dengan melakukan perniagaan secara atas talian, beliau kini mampu membeli rumah hasil daripada simpanannya sejak bergelar suri rumah.

Kisah inspirasi buat suami. Jangan anggap wanita yang hanya duduk di rumah tidak tahu mencari pendapatan sampingan. Moga jadi panduan buat kita semua.

MULA MERANCANG SETELAH BERGELAR SURI RUMAH

Jadi Suri Rumah Pun Boleh Beli Rumah Sendiri, Wanita Ini Kongsi Kejayaan Untuk Berjaya.

Bila Allah detik pada hati kak tiqa. “ini lah masanya”. Ya.. Kak tiqa pasti dan yakin. Allah dah bagi “green light” untuk kak tiqa. Kak tiqa mula mengira poket. Ya…sudah CUKUP!  Kak tiqa pergi sendiri melihat rumah yang masih dalam pembinaan.  Lokasi bagus! Harga bagus! Developer bukan calang-calang!  Terletaknya di KUALA LUMPUR!
Ok baik.. Langkah diatur.

Bermulalah perjalanan seorang suri rumah membeli rumah. Ya..suri rumah!
7 tahun lalu sejak hari pertama kak tiqa membuat keputusan untuk tidak bekerja.
Kak tiqa sudah mula merancang.

Kak tiqa nak beli satu rumah kecil di Kuala Lumpur. Senang kalau balik kampung di Selangor anak-anak lebih selesa jika ada weekend’s home. Jadi macam mana nak kumpul modal?

PENGURUSAN WANG KENA ADA

Pengurusan wang harus dibuat sebaiknya. Ada duit simpan! Ada duit simpan!
Ada duit simpan! Macam mana nak ada duit? Kita buat bisnes online. Duit untung jangan belanja tapi simpan.

IKLAN

Buat ASBF then dapat dividen jangan usik!

Biar compaund agar hasilnya lebih besar. ASBF sudah masuk tahun ke 8 dan ianya mengajar kak tiqa untuk menabung secara paksa. Dah jadi habit! Tahan juga diri beli sesuatu yang bukan keperluan. (yang ni mencabar ). 

Modal membeli rumah ini dan kos renovasi serta dekorasi adalah sepenuhnya hasil bisnes online, pelaburan ASBF dan simpanan. Kalau suami bagi duit.. Simpan! Sebab dah jadi duit kita.. Haha!

CABARAN BISNES ATAS TALIAN

Bisness online ni cabarannya bila pegang phone orang kata kita main henpon.
Padahal kita nak iklan atau nak layan whatsap customer. Lagi stress bila kita tengah deal nak close sale dengan customer, time tu lah anak tarik kaki baju seluar kita sambil nangis. Dan time tu jugak suami kita kata kita main henpon dari tadi!
Ha.. Kau ghase? 

Apa pun.. Terima kasih korang yang sudi membeli apa yang kak tiqa jual..
Macam-macam kak tiqa jual Dexandra, periuk belanga, cadar, handbag dan banyak lagi semua korang tapau! Tanpa sedar anda dah bantu seorang surirumah mencapai sebuah impian 

FASA AWAL BERGELAR SURI RUMAH

IKLAN

Pada awal menjadi suri rumah. Kak tiqa pernah melalui fasa di mana rasa macam looser.
Ada degree tapi tak bekerja jauh sekali berduit. Hanya lihat kawan-kawan yang bekerja wahh makan tengahari bersama rakan sekerja di restoran mewah. Ade me time!
Pergi shopping balik kerja.Mesti seronok!

Sedang Kak tiqa pula berhempas pulas di rumah menjaga anak. Tapi itu dulu. Sekarang bila anak dah besar sikit kak tiqa dah tak heran pasal semua tu. Malah lebih bersyukur kerana banyak sebenarnya hikmah untuk diri dan keluarga bila kak tiqa tak bekerja di luar.

Tapi ini jalan kak tiqa ye. Lain orang lain hidup dan cabarannya. Percaya pada aturan Allah s.w.t. 

RUMAH IDAMAN

Ok berbalik pada perjalanan beli rumah tadi. Ianya tak lah mudah. Ada liku-likunya.
Tapi biarlah kak tiqa simpan yang pahit tu jauh di hati. Selepas setahun menanti..
Akhirnya dapat kunci. Kak tiqa kata dengan suami.

“saya nak deko nampak macam hotel supaya anak-anak rasa macam pergi bercuti dan bukan balik kampung” Haha.. Besar betul angan kak tiqa!  Kak tiqa pergilah jumpa ID beberapa ID company tapi iya lah.. Harganya boleh tahan. 
Fikir punya fikir.

IKLAN

Wang harus dialir dengan tepat supaya tak bocor dan lebih jimat. Tambahan pula pandemik covid19 menjadikan tahun ini tahun yang mencabar! Jadi kak tiqa decided untuk upah kontraktor buat renovasi ikut citarasa kak tiqa dan selebihnya kak tiqa deco sendiri.

Tak ada 2D 3D drawing. Semua aku bayangkan aje dalam kepala. PKPB agak sukar untuk kak tiqa pergi survey barang secara offline. Anak tak ada orang jaga kalau keluar.
Suami pula kerja. Jadi banyak juga barang dibeli secara online.
So akhirnya.

Inilah hasil renovation dan deco yang kak tiqa buat. Apartment 805sqf
Stress juga sebab kita sorang2 kena deal dengan kontraktor/aircond/wiring/curtain..
Kalau bayar ID semua dia buat tak payah pening. 

Jadi Suri Rumah Pun Boleh Beli Rumah Sendiri, Wanita Ini Kongsi Kejayaan Untuk Berjaya. Jadi Suri Rumah Pun Boleh Beli Rumah Sendiri, Wanita Ini Kongsi Kejayaan Untuk Berjaya. Jadi Suri Rumah Pun Boleh Beli Rumah Sendiri, Wanita Ini Kongsi Kejayaan Untuk Berjaya. Jadi Suri Rumah Pun Boleh Beli Rumah Sendiri, Wanita Ini Kongsi Kejayaan Untuk Berjaya.Jadi Suri Rumah Pun Boleh Beli Rumah Sendiri, Wanita Ini Kongsi Kejayaan Untuk Berjaya.

SURI RUMAH JANGAN TUNGGU LAGI!

Buat suri rumah di luar sana.. Jangan hanya tunggu! Jika anda mahukan sesuatu..
Kejarlah impian anda. Menjadi suri rumah bukanlah alasan untuk tidak boleh mencapai sesuatu matlamat.
Go for it!! Ok lah mari kita menabung lagi untuk next mission!
Dah banyak minggu sepi beriklan sebab busy uruskan rumah baru.
Busy jugak pindah balik Johor sebab suami dah transfer kerja semula ke Johor.
Semoga apa yang kak tiqa cerita ini menjadi inspirasi kepada suri rumah di luar sana.
Tujuan kak tiqa tulis tak lain hanyalah ingin berkongsi pengalaman.
Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan ianya hanya cerita biasa.
Tapi bagi sesetengah orang ianyalah boleh menjadi satu motivasi untuk apa saja tujuan dan matlamat untuk dicapai! Jika kita mahukan sesuatu..Kejarlah ia.. berusahalah!
Akhir sekali, terima kasih korang yang sudi baca sampai habis! Panjang gile kot karangan sis. 

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. InsyaAllah. Hidup bukan hanya untuk kita melihat pada kejayaan seseorang. Tapi bagaimana seseorang itu boleh memberi inspirasi kepada orang lain.

Sumber: Wan Faizatul Atiqah Ismayatim

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI