Allahu berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Apalah daya seorang suami dan ayah bila mana insan yang disayangi pergi buat selama-lamanya.

Segalanya berlaku sekelip mata apabila kenderaan yang dinaiki sekeluarga dirempuh Treler. Akibatnya isteri dan 7 anak meninggal dunia ditempat kejadian akibat terperosok dibawah treler.

“Berhenti Lorong Kecemasan, Bateri Kereta Rosak.” Maut Dirempuh Treler, Suami Hilang Isteri & 8 Anak Sekelip Mata

Menerusi laporan Berita Harian, polis sudah mengenal pasti 10 individu maut dirempuh treler ketika berhenti di lorong kecemasan.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya berusia antara 10 bulan hingga 16 tahun dilaporkan menaiki Proton Wira dipandu suaminya Abdul Razak Majit, 50, yang cedera ringan.

IKLAN

“Berhenti Lorong Kecemasan, Bateri Kereta Rosak.” Maut Dirempuh Treler, Suami Hilang Isteri & 8 Anak Sekelip MataLapan anak Abdul Razak yang maut dalam kemalangan itu adalah Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, Puteri Nur Ain Syalwana, 3, Muhamad Hidayat Hakimie, 7, Muhamad Rolkaizat Rezky, 9, Muhamad Aizat Shazwan, 10, Razatul Aliah, 16 dan Muhamad Razarul Amin, 17.

Seorang lagi mangsa yang maut adalah seorang mekanik, Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang mana ketika kejadian memandu kereta jenis Proton Wira, datang untuk membantu menghidupkan bateri kereta dipandu Abdul Razak.

Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, berkata semasa kejadian keadaan permukaan jalan lebuh raya tiga lorong sehala menghala ke Shah Alam licin akibat hujan lebat.

IKLAN

“Berhenti Lorong Kecemasan, Bateri Kereta Rosak.” Maut Dirempuh Treler, Suami Hilang Isteri & 8 Anak Sekelip Mata“Sebuah lori yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba gagal dikawal dan merempuh tiga kereta berkenaan yang sedang berhenti di lorong kecemasan.

“Pada masa sama lori berkenaan menyeret kereta Abdul Razak ke kanan lebuh raya sehingga menyebabkan sembilan ahli keluarganya dan Muhamad Rahimi maut ditempat kejadian,” katanya.

IKLAN

Seorang mangsa yang cedera parah serta dua cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam, untuk rawatan.

“Berhenti Lorong Kecemasan, Bateri Kereta Rosak.” Maut Dirempuh Treler, Suami Hilang Isteri & 8 Anak Sekelip MataSetakat ini pihak polis sedang menahan pemandu treler terbabit untuk siasatan lanjut. Individu yang menaiki treler tidak cedera dikenali Mohd Khairol Kamal Abdullah, 45; serta dua anaknya Haiqal Haziq, 19; dan Hafiey Hamziey, 14.

“Berhenti Lorong Kecemasan, Bateri Kereta Rosak.” Maut Dirempuh Treler, Suami Hilang Isteri & 8 Anak Sekelip MataHasil ujian air kencing dan ujian pengambilan alkohol juga mendapati pemandu lori terbabit bebas dari dadah dan alkohol.

Sumber: Berita Harian 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI