Dulu masa anak-anak masih kecil tentu kita membayangkan jika mereka meningkat remaja, semakin mudahlah untuk mereka membantu kita di rumah.

Namun bila anak semakin membesar, lain pula jadinya. Tidak mudah juga rupanya untuk anak-anak ringan tulang membantu kita melakukan kerja-kerja rumah. Selagi tidak disuruh, selagi itu semuanya seakan ‘liat’ untuk melakukan kerja-kerja seperti menyapu, melipat kain, mencuci pinggan dan sebagainya.

Pun begitu tahukah anda, sebenarnya ada trik dan tips yang boleh dilakukan oleh anda untuk menarik minat anak-anak remaja ini melakukan kerja-kerja mengurus rumah dan sebagainya.

Ini sebagaimana perkongsian daripada Dr Shima Mahiddin, beliau merupakan seorang pensyarah di UIAM dan juga merupakan pensyarah kanan di UPM. Malah mempunyai sijil hipnosis, hipnoterapi, magnetism for healing, nyata punya pengalaman luas untuk berkongsi ilmu.

Melalui postingnya terdahulu ada menyentuh tentang bagaimana didik anak remaja dengan penuh kasih sayang agar ringan tulang membantu ibu di rumah. Jujur kita katakan bukan mudah sebenarnya berdepan dengan anak-anak yang telah remaja, cabarannya jauh berbeza berbanding mereka masa kecil. Memang lagi mudah untuk dapatkan bantuan daripada mereka.

Menyedari senario ini, ada baiknya kita sebagai ibu bapa ketahui cara betul untuk mendekati jiwa anak remaja agar mudah mendengar kata dan sekali gus ringan tulang membantu kita pada bila-bila masa diperlukan.

Nak tahu detail, jom semak!


Saya percaya menjadi ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin merupakan tugas yang paling sukar berbanding ketika anak-anak masih kecil. Jika tidak diurus zaman remaja mereka, fahamlah kita apa akibatnya.

IKLAN

Dikatakan pada zaman remaja, rakan-rakan dan media lebih berkuasa dalam hidup mereka. Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas : ibu bapa adalah sangat penting dalam kehidupan remaja.

Remaja belasan tahun perlukan sokongan, panduan dan perhatian daripada ibu bapa seperti mana waktu mereka kanak-kanak juga. Jadi, bagaimana hari ini kita dapat bentuk mereka supaya mereka seronok untuk bantu kita buat kerja di rumah.

Rupanya Nak Anak Remaja Suka Bantu Buat Kerja Rumah, Begini Prof Ni Kongsikan Tipsnya!

1. Agihkan Tugas
Lagi-lagi bila kita ada anak yang ramai. Maka, pengagihan tugas di rumah ni penting. Masing-masing perlu diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai ikut usia mereka.

2. Berikan Pujian
Siapa yang tak suka dipuji. Boleh kembang kempis hidung bila dipuji. Pujian dan kata-kata yang baik boleh merangsang dan menaikkan semangat anak-anak untuk lebih rajin membantu pada masa akan datang.

IKLAN

3. Banyakkan Bersabar
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak buat kerja rumah. Kita pun tak boleh nak harapkan mereka buat kerja rumah dengan sempurna. Jika ada yang tak kena, mahu tak mahu memang kena sabar. Dengan penuh kasih sayang kita perlu beritahu mereka kenapa perlu begitu dan begini.

Contohnya, anak remaja lelaki yang rajin membantu ibunya di dapur adalah “bakal dambaan suami setiap wanita” kerana dia lebih memahami susah payah seorang isteri bila berkahwin nanti. Dia akan menjadi suami yang lebih bertolak ansur bukan suami yang hanya tahu memberi arahan dan mengharapkan segalanya tersedia untuknya.?

Anak remaja perempuan pula, kita boleh ajak shopping bersama-sama membeli barang dapur dan memasak makanan feveret dia.

Dengan penuh kasih sayang dan puji-pujian kita boleh menyampaikan pesanan, bahawa suatu hari nanti walau setinggi mana pun dia belajar, hasil air tangan isterilah yang sangat suami dan anak-anak nantikan. Betapa istimewanya dia mempunyai kelebihan resepi masakan sendiri yang didambakan bakal calon suami.

Sumber : DrShima Mahiddin

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI