Sejuk mata memandang. Perubahan pada dirinya membuatkan ramai yang kagum dan dipuji ramai. Bahkan, rata-rata mendoakan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36 terus istiqamah dengan penghijrahan tersebut.
Isteri kesayangan Yusu Bahrin ini meraih perhatian ramai usai mengambil keputusan berhijab. Sopan dalam penampilan dengan menutup aurat sepenuhnya dengan memakai jubah dan bertudung labuh.
Terbaru, penampilannya ketika sedang menikmati percutian bulan madu di Semporna, Sabah bersama suami kesayangannya.
Perkongsian Yusuf menerusi laman instagramnya ketika berada di tepi pantai tampak begitu romantis meraih perhatian ramai.
Pre-honeymoon with my lovely wife @zizi_kirana 😘😘💚💚
Btw trip kami ke pulau-pulau di Semporna ni di taja khas oleh @ohhsem.travel . Thank you so much . Banyak lagi pulau yg tak sempat nak pergi sbb tak cukup masa kena balik sbb kerja 😂 in syaa Allah Next trip , Pulau Mabul !
Demikian tulis Yusuf menerusi kapsyennya beserta satu video pendek yang dimuat naik di instagramnya.
Lebih mencuri tumpuan pastinya penampilan Zizi yang tetap menutup aurat sepenuhnya. Tidak sekadar itu, dia juga turut memakai stoking sehinggakan ramai yang memuji perubahan pada diri Zizi.
cikeasyana Subhanallah.. hebat zizi Jaga aurat Kaki.. dlm air pon pakai sock.. X ramai blh buat mcm ni . Semoga istiqomah doakan sy juga ❤️
nurulhuda_153Sweetnyaaaa adoi bersemut lak tertengok video ni teriba tringat saat2 honeymoon haaha😂 apepun hebattt zizi jage aurat, dlm air pn pakai stoking, rmaai yg tak dpt buat termasukla Sy yg dh lama bertudung ni.. moga dpt istiqomah jage aurat.. tq bgi inspirasi 😍
nuraingahcomelnye zizi bila bertudung. tahniah both of u. moga kekal hingga ke jannah😘😘😘
Bulan Ogos pasti mencatat memori yang sukar untuk dilupakan buat lelaki ini., Apa tidaknya, kegembiraan bakal menimang cahaya mata, lelaki ini melalui detik mencemaskan apabila terpaksa menyambut kelahiran anaknya di dalam kereta.
Saudara Hasrul Wahab berkongsi kisah menyambut kelahiran anak ketiganya sendiri di dalam kereta.
MasyaAllah.. Pengalaman yang xdpt dilupakan. Alkisahnya wife dari pagi semalam bagitau dah mula ada contraction, so standby. Bila dah petang dia cakap dah mula turun tanda. Ambiklah halfday sebab kalau balik petang kang jem orang blk kerja.
Dah sampai rumah, contraction macam dah kurang sikit pula. so xpela rilek dulu maybe malam nanti, siap sempat tidur kejap . Pastu tengok wife dah macam sakit2, tanya nak pergi hospital terus ke ni. Dia cakap boleh tunggu lagi. so decide lps maghrib la gerak.
sebab dua2 anak sebelum ni memang makan masa sikit sebelum delivery.
Lps maghrib, terus pergi rumah mak hantar dua hero dulu. Tanya wife, boleh solat isyak dulu ke ni. Dia kata boleh. Ktorg solatlah dulu. huhu. Lepas solat terus pecut masuk kereta sebab contraction dah makin kerap.
Tengok map jalan xjem sgt.
Tiba2 bila nak lalu tol kesas nampak jalan dah mula sesak. Aik tadi tgk map macam xjem kat sini. Maka di sinilah drama berlaku. Time tulah wife kata baby dah nak keluar.. erk blur kejap. Amende semua ni.. huhu.
Rupanya jpj baru je start buat sekatan jalan op bersepadu. Aduh, saya pun terus ke tepi jalan. Bila keluar je, pegawai jpj tu minta lesen . Terus cakap dgn dia, “Isteri saya dah bersalin encik dalam kereta” “Haa dah keluar dah??”
Maka kelam kabutlah semua. Dorg try call ambulan. Saya pula terus buka pintu dan begitu cuaknya rasa bila wife kata baby dah keluar.. saya pun terus sambut dengan kondifennya. Lalu jadilah saya bidan segera dua minit pun xsampai (lagi cepat dari megi ). Alhmdulillah baby keluar terus nangis.
Media wartawan semua kebetulan ada sekali masa operasi semalam. Ada yg ambik gambar tapi saya xbg ambik gambar wife dan baby. Selamat dorg minta izin dulu.
Ambulan pulak macam lambat sampai. So dorg decide escort kami ke hospital. Alhmdulillah cepat sikit sampai sebab jalan agak sesak rupanya. Mencabar juga bila kena escort. Kena bawa laju dan cekap nak mencelah2. Syukur selamat sampai di bahagian kecemasan. Terima kasih abg2 JPJ atas bantuan malam tadi.
Alhamdulillah wife dan baby boy semua sihat. Untung anak ketiga ni keluar2 terus dpt escort hehe. vvip gitu.
Moga jadi anak yang soleh dan bermanfaat buat umat. Mohon doa semua ya.
#bidansegera
#dahlamataktaippanjang
#babyasyura
#tigahero
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peperangan kembali meletus antara pasangan yang kini hangat diperkatakan di media sosial, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.
Baru-baru ini, Puteri Sarah berkongsi satu hantaran yang meruntun jiwa mengenai anaknya, Syaikhul Islam yang sepatutnya menyambut hari ulang tahunnya bersama kedua ibu bapanya.
“Janji nak celebrate birthday syaikhul sama2. Mana? Janji tinggal janji,” tulisnya di Instagram Story.
Bukan itu sahaja, Puteri Sarah turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap punca Syamsul bertindak sedemikian terhadap anaknya itu.
“Hanya sebab i xnak tarik kes towards family kaza? Seriously, you’re too much,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, terdapat pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua pihak di media sosial setelah gagal mencapai kata putus untuk bercerai secara baik.
Syamsul Yusof yang sepatutnya melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April 2023 walaubagaimanapun gagal berbuat demikian selepas dikatakan berlaku banyak perubahan dalam perjanjian asal.
Sumber: Instagram Puteri Sarah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang-kadang dalam kereta boleh jadi waktu yang sangat mencabar buat mak ayah yang ada anak 1-4 tahun sebab mereka bukan sahaja aktif malah mereka tak faham bahasa.
Agak susah nak menenangkan mereka ni kalau mak ayah tak tahu teknik tenangkan anak mengamuk ni.
7 TEKNIK TENANG-kan anak dalam kereta yang mak ayah boleh cuba dan sesuaikan ikut keadaan.
1 – Bawa Bertenang
===========
Pertama sekali bila anak meragam atau tak mahu duduk diam mak ayah kena bawa bertenang. Nak suruh anak bertenang macam mana kalau mak ayah sendiri tak boleh bertenang, menengking dan memarah tak boleh buat situasi tegang jadi tenang.
Susah nak tenang pun cuba buat buat muka relax. Nanti anak yang mengamuk pun pelik “Eh, ni mak aku ke? Selalu kalau aku meragam mak aku lagi kuat meragam”. Ini namanya reverse psychology.
Susah juga nak tenang? Cuba teknik Jin Shin Jyutsu urut jari tengah 2-5 minit untuk tenangkan rasa marah.
2. Pujuk Dengan Lembut
===========
Cuba dulu pujuk guna bahasa yang paling lembut boleh buat, jangan terus naik angin cakap pun kasar je. Bertambah keras hati anak tu nanti. Turuti je permintaan si anak selagi ia tak memudaratkan.
Kalau perlu berhenti kereta berhentilah dan peluk anak serta gosok di bahagian dada dia kerana menurut Dr. Taufiq Razif gosokan di bahagian dada dapat kurangkan kenakalan anak kita. Sambil gosok tu boleh cuba selawat atau baca surah pendek. Insyaallah hati si anak tadi akan lembut.
3. Seni Mengalih Perhatian
===========
Lumrah budak memang kena bergerak, mana boleh nak duduk statik tak buat apa apa, sebab itu dia mudah meragam bila dalam kereta kerana aktiviti yang dia boleh buat sangat terhad. Balik-balik main kejar kereta depan.
Mak ayah kena ada seni mengalih perhatian anak kalau tak nak anak meragam atau nak tenangkan anak yang meragam. Boleh cuba main teka mimik muka, teka barang yang hilang atau bertanya soalan yang menguji minda dia seperti “kereta tu warna apa?”. Selain dapat bertenang dapat juga kita asah thinking skill anak-anak.
Amaran : Elakkan bertanya tentang perasaan ataupun sesuatu yang melibatkan emosi kerana ianya akan membuatkan anak fokus ke dalam dirinya sendiri. Ingat, anak yang sedang fokus pada emosi dan perasaannya sendiri akan mudah meragam!
4. Beri Ganjaran
===========
Kalau semua cara tadi tak berkesan guna cara ‘beri ganjaran’. Boleh juga sediakan kontrak tingkahlaku awal-awal sebelum perjalanan, bagitahu “Rania kalau tak menangis dan tak kacau adik nanti mama belikan patung little pony” (sebab rania suka little pony)
Nak bagi pesanan atau arahan kena spesifik, tak boleh bagi arahan terlalu abstrak contoh,
“Rania jangan nakal tau”. Anak confius kalau arahan macam ni.
Kena bagi arahan spesifik,
“Rania jangan kacau adik, jangan panjat, jangan melompat”. Walaupun arahan tu jadi panjang tapi percayalah anak lebih faham macam ni.
5. Bagi Pilihan
===========
Bila mahu tenangkan anak yang mengamuk dalam kereta boleh bagi dia pilihan. Sebelum tu kena tahu apa yang anak nak sebenarnya. Contoh pilihan “Rania suka makan donut putih ke coklat?” (Sebab rania suka makan donut). Tengok pada situasi perjalanan kita nak ke mana.
Amaran : Jangan sesekali bagi pilihan bentuk mengugut atau warning pada anak sebab cara ini boleh buat anak dapat simptom 3F (freeze, fight, flight).
Contoh pilihan ugut, “Rania nak diam atau anak kena tinggal kat sini?”
6. Sesekali Kena Abaikan
===========
Boleh abaikan anak mengamuk sekali sekala jika punca amukan tu tak serius. Bukan tak pedulikan tapi sebenarnya kita nak sampaikan mesej bahawa dia tak boleh gunakan kemarahan dia untuk menarik perhatian kita dan dia tak boleh gunakan kemarahan tu untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Lengah lengahkan pujuk anak yang sedang meledak marah itu. Kalau kita kelam kabut setiap kali anak mengamuk, percayalah dia akan ulang, ulang dan ulang perbuatan tu untuk menarik perhatian kita.
Jelaskan baik-baik dengan intonasi suara yang tenang dan perlahan bahawa kita datang bukan kerana dia mengamuk tapi kerana kita sayang kat dia. InsyaAllah fokus anak kepada kemarahannya akan beralih kepada dialog kasih sayang kita.
7. Mak Ayah Kena Tegas
===========
Akhir sekali macam mana pun cara didik anak mak ayah kena sentiasa tegas dan jangan mudah kasihan. Kerana sifat kasihan kita itu boleh jadi racun yang anak akan gunakan untuk beri alasan kemudian hari nanti. Tegas kalau anak buat salah melampau mesti kena hukum, jangan di manjakan.
Hanya ada 2 sahaja punca anak mengamuk dan tantrum yang mak ayah kena ambil tindakan segera iaitu apabila anak mengamuk sebab keperluan fisiologi-nya tak dipenuhi dan satu lagi anak yang mahukan perhatian mak ayah.
Lepas ni kalau anak mengamuk nak telifon jangan gelabah, relax sebab itu amukan manipulatif sahaja. Guna 7 teknik tadi insyaallah keadaan kembali tenang.
Sumber: Fb Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...