Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Biar macam mana sekali pun perangai dan karenah anak, namun merekalah merekalah racun, merekalah penawar.
Bagi yang mengenali Fynn Jamal, Instafemes pasti tahu dia memiliki dua orang anak angkat. Terbaru di dalam perkongsiannya menerusi laman instagramnya, Fynn Jamal memuat naik catatan sempena ulang tahun pertama anak perempuannya bernama Sakti Kencana Fitri.
“”Terima kasih الله untuk setahun peluang hidup dgn sakti kencana fitri. Semoga kau pelihara dia dari mungkar, terjaga rukun islam dan rukun imannya. ingatkan dia kau tak pernah jauh. di masa dia hanyut, rentap dia semula. . “sakti kencana fitri, letak الله mendahului dari segala di langit dan bumi. itu sahaja doa mummy. . “jaga balong. dia perlukan awak utk teman dia sampai dia pergi. mummy daddy tak tau sempat sampai bila ni.”Tulisnya dikapsyen.
Melahirkan rasa kesyukuran dengan setahun kelahiran Sakti Kencana Fitri, Fynn Jamal turut mendoakan anak perempuannya itu sentiasa dirahmati selain menyelitkan nasihat berbaur emosi yang meminta anaknya itu menjaga Balong iaitu Juna yang merupakan anak lelaki sulung bila Fynn Jamal dan suami kerana tak tahu sempat sampai bila.
Ads
Perkongsian yang cukup beremosi itu kemudiannya mendapat perhatian dari pengikutnya. Rata-rata meluahkan sebak dan terharu dengan doa yang cukup ringkas namun mendalam maksudnya.
izzatiamran89 Aku baca dlm hati..tp meremang segala bulu roma.. Love u kak fynn
cikpuanbecca sayu mommy punya doa. Aminn untuk yang bernama sakti kencana fitri
normaliasulaiman Allahu..? sedih nyer.. abis mata msuk habuk baca ni.. semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan untk sis..dan family semua. Aamiin
aries_atikah Sanah helwah sakti sayang..aunty doakn smga sntiasa dlm lindungan dan rahmat ALLAH SWT..sebak jak baca caption kak @fynnjamal ?
nurfaranie_angah Sebak baca doa mummy tu. . ?Sanah helwah Sakti Kencana Fitri. . Semoga di sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. . Dipelihara olehNya hingga ke syurga. . Semoga bnyak keajaiban yang engkau miliki kelak seperti nama mu SAKTI. .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cukup sempoi dan happy go lucky, itulah antara persamaan yang ada pada penyanyi Ezad Lazim dan isterinya, Zeana Ramli.
Mereka juga senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
Cukup berterima kasih dan bersyukur dikurniakan isteri yang memahami, akui pemilik nama sebenar, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, dia beruntung kerana isterinya juga bertanggungjawab sebagai pengurus peribadi.
Pengorbanan isteri tidak terbalas
“Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
“Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh. Pengorbannya tidak terbalas. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga juga sentiasa ada dan tak putus sehingga kini.
“Ini semua berkat doa dan usaha isteri yang banyak membantu. Pada saya, populariti bukan perkara utama buat saya sekarang. Yang penting diberikan kesihatan yang baik dan dapat menampung kehidupan sekeluarga serta menghasilkan karya buat peminat seni.
“Untuk semua bakal dan mereka yang bergelar suami, segala kesilapan boleh diperbaiki dan dijadikan pengajaran. Mudah-mudahan kita jadi lebih matang dan lebih baik daripada sebelum ini. Sebab tu sebagai suami termasuklah diri saya sendiri, kena hargai orang tersayang disekeliling terutama isteri dan anak-anak.
Urus masa secara bijak
Jelas bapa kepada Puteri Rania Keisha dan Putera Muhammad Darwish, tak ada masalah untuk membahagikan masa dengan anak-anak kerana dia dan isteri sama-sama menguruskan mereka sendiri.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana urusan kami sekeluarga sentiasa dipermudahkan. nak kata tak ada masa tetapi sebenarnya sentiasa ada kerana kita sendiri yang kena urus secara bijak.
“Isteri seorang yang tahu bagaimana untuk bahagi masa antara kerjaya saya, sebagai ibu dan isteri serta dan masa yang sama bisnesnya. Tetapi kami selalu doa dan harap Allah permudahkan segalanya,” ulasnya lagi dengan panjang lebar.
Cabaran ibu bapa generasi sekarang
Isu gajet dan media sosial seperti tiktok dan sebagainya memang satu cabaran untuk ibu bapa generasi sekarang. Bagi Ezad, perkara tersebut turut dialami olehnya dan isteri.
“Zaman sekarang tak sama dengan kita dahulu, begitu juga cara pemikiran dan pengurusan anak-anak sekarang pun tak sama. Jadi cukup mencabar dalam mendidik anak-anak, tetapi kami berdua memang had kan.
“Nak kata tak bagi pun tak boleh juga sebab kami sebagai ibu bapa pun menggunakan medium tersebut terutama untuk tujuan bisnes dan kerjaya.
“Tetapi kami akan terangkan dengan baik kepada anak-anak supaya mereka faham kenapa saya dan ibunya menghadkan penggunaan medium tersebut.
Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Walaupun penat saya tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, pada saya bahagiakan anak-anak dan isteri adalah terapi dalam rumahtangga.
“Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Ayah kurang peka berbanding ibu
Mengulas mengenai sambutan Hari Bapa yang tidak ‘semeriah’ Hari ibu, akui Ezad lagi, semuanya bergantung cara sesebuah keluarga itu meraikannya.
“Soal sambutan hari bapa ni bukan nak kata tak meriah tetapi sebab orang lelaki khususnya kaum ayah ni yang memainkan peranan. Benda-benda begini mereka kurang peka berbanding kaum ibu. Malah ada yang tak ingat hari-hari istimewa baik hari lahi mahupun ulangtahun.
“Biasanya kaum Wanita yang selalu ingat tarikh istimewa, bukan nak kata kaum ibu jenis beria tetapi bab begini mereka memang alert dan partikular bab-bab begini. Tetapi tak bermakna ayah tak nak tunjukkan kasih sayang lebih cuma mungkin mereka jenis pelupa,” kongsi Ezad lagi.
Anak lebih rapat & selesa dengan ayah
Akui suami kesayangan Zeana ini lagi, tanggungjawab ayah dan suami sangat besar terutama dalam hal mencari rezeki. Tetapi tak bermakna anak-anak tak rapat dengannya.
“Cuma ibu lebih rapat kerana daripada awal lagi sentuhan pertama anak-anak adalah daripada ibu baik mengandung hingga melahirkan.
“Dalam hal saya sendiri misalnya, anak-anak lebih rapat dan selesa dengan saya. Tak marah-mara, itulah cara saya dengan anak-anak. Kalau ikutkan saya bukan jenis membeli barangan tetapi daraipada segi percakapan dan pergaulan saya layan mereka seperti kawan-kawan.
“Adakala isteri bengang atau marah kononnya saya tak ambil berat dengan anak, padahal saya lebih suka pendekatan ‘cool’. Bila anak-anak selesa jadi mereka lebih telus dan mudah nak berkongsi atau mengadu jika ada masalah. Tetapi kena ada juga peranan ibu cuma cara dipraktikkan ibu dan ayah berbeza. Tetapi yang penting tujuannya sama iaitu mahukan anak-anak membanggakan kami kelak,” ungkap Ezad sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Biasanya jika menanam sayur di atas tanah, pokok lebih cepat besar dan subur berbanding di dalam pasu. Apatah lagi andai ukuran pasunya kecil, agak sukar untuk tanaman hidup subur.
Pun begitu, bukan juga mustahil untuk mendapatkan hasil tuaian yang segar dan nampak gemuk-gemuk walau ditanam di dalam pasu.
Tapi ada syaratnya, hal ini dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah. Jom kita lihat satu persatu.
“7 TIPS NAK BAGI SAWI DALAM PASU JADI GEMUK GEMUK”
Sawi antara sayur daun yang paling mudah di tanam. Tanam dalam pasu pun ia boleh jadi subur bila kena caranya.
Mesti ramai yang tak tahu sebenarnya nak bagi sawi gemuk dalam pasu senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai kawan – kawan isteri minta nak beli sawi saya.
Baik. Ini tipsnya :
1. Pilih saiz pasu yang sesuai. Lagi besar saiz pasu, lagi baik. Saya biasa guna pasu saiz 16 x 12 inci.
2. Guna media tanaman yang paling sesuai. Jenis media yang kita guna akan menentukan jenis baja yang perlu kita gunakan nanti. Saya selalu guna tanah campuran sebagai media tanaman sebab ianya boleh jimatkan air dan baja.
3. Tanam dari benih yang berkualiti. Macam saya, saya guna benih sawi giant. Saya suka sangat sawi giant ni sebab ia tak pahit, tak berbunga, boleh tahan lama dan beratnya boleh mencapai 1 kg sepokok.
4. Guna baja yang sesuai mengikut jenis media tanaman kita. Bila guna cocopeat atau sekam padi bakar sebagai media tanaman, kita wajib guna baja AB sahaja. Sebabnya ke 2-2 media ini kosong kandungan bajanya.
Bila kita guna tanah campuran, kita ada banyak pilihan baja untuk pokok sawi tersebut. Kita boleh guna baja sebatian NPK 15:15:15, Baja Sebatian NPK 16:16:16, Baja Organik 8:8:8:8 + Mgo, Baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro, semua jenis baja organic yang ada di pasaran dan boleh juga guna baja AB.
5. Lokasi kedudukan pasu juga amat penting. Untuk pokok sawi hidup subur, pasu mesti diletakkan di tempat yang dapat 100% pancaran matahari. Jika cahaya tak cukup, pokok akan terbantut tumbesarannya. Orang Kelantan panggil “berit”.
6. Siram pokok mengikut keperluan berdasarkan jenis media tanaman yang kita guna. Jika guna cocopeat atau sekam padi bakar, kekerapan siraman paling kurang 3 – 5 kali sehari. Jika kita siram kurang 3 kali, pokok akan jadi layu dan risiko pokok mati adalah sangat tinggi.
Berbeza jika guna tanah campuran, saya siram 1 kali je sehari. Kadang kadang tu, ada juga 2 hari baru siram. Alhamdulillah, setakat ni pokok ok je. Inilah salah satu kelebihan guna tanah campuran.
7. Kawalan perosak dan penyakit dilakukan secara berkala 1 kali seminggu. Untuk tanaman di tepi rumah, disyorkan guna kawalan organic sebagai langkah pencegahan.
Saya guna bio pesticide buatan sendiri. Semasa nak sembur pada pokok sawi, bio pesticide tadi saya akan campurkan dengan cuka kayu supaya ia jadi lebih power. Hihi.
Kawan – kawan, tanam sawi dalam pasu ni sangat sangat mudah bila kita tahu caranya. Ia akan jadi lebih seronok bila pokok yang kita tanam tu besar besar dan gemuk gemuk.
Dan yang paling best, kita dapat makan sayur fresh yang 100% bebas racun kimia. Bila bila masa je boleh terus petik.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...