Penampilan baharu penyanyi popular Adibah Noor, 52, yang semakin kurus berbanding sebelum ini mendapat perhatian ramai peminatnya.
Adibah berkongsi foto terbaharunya di laman Instagram peribadinya Rabu lalu. Ramai pengikut meninggalkan komen kagum dengan penampilan terbaharunya itu.
Menurut berita dikongsi oleh Mstar, Adibah yang juga seorang pengacara ini enggan mendedahkan jumlah berapa berat badannya terkini dan jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan mengamalkan diet tersebut.
Tips Turun Berat Badan Cara Adibah
“Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia”.
Ads
Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa.”
“Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja.
Ads
Foto: IG Adibah Noor
Berkongsi amalan pemakanannya untuk mengurangkan berat badan, Adibah memberitahu, dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badan seperti sekarang.
“Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.
Ads
“Selain itu saya tidak mengambil makanan yang diproses. Sebagai contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.
Buah mangga muda kalau diracik nipis untuk dijadikan kerabu atau sambal memang sedap. Kecur liur pula terbayang rasanya, apatah lagi jika dicampur bersama ikan rebus.
Rupanya buah ini boleh dijadikan asam keping, hiris nipis-nipis dan dijemur. Kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara untuk tahan lebih lama. Ini tip yang dikongsikan oleh Suez Tiez.
Selain asam keping dari buah asam gelugor saya biasa guna asam keping homemade dari buah mangga muda (apa2 jenis pun tak kisah). Yang di bawah ni saya guna mangga kuini muda. Sedap buat perapan, buat sup ikan, masak singgang atau buat air untuk minum pun sedap.
Asam gelugor tempat saya susah na jumpa. Kalau buah mangga senang 😂. Kat kampung mak saya memang tak pernah guna asam keping gelugor. Dia guna asam keping buah mangga muda ni je. Saya belajar dan buat sendiri dari dia. Caranya ada di gambar di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua sahabat2.
Cara membuat:
Buah mangga muda yang dikupas di potong nipis2 atau hiris kecil2 pun boleh. Janji senang kering. Jemur di bawah panas terik. Jemur sehingga betol2 kering dan simpan dalam botol kedap udara.. baru tahan lama.Jemur di bawah panas terik.Lagi nipis lagi cepat kering.Potong nipis2 atau hiris kecil2 pun boleh. Janji senang kering.
Edit: Terima kasih atas respond. Ramai yang tanya perlu kupas kulit ke tak? (ada saya terangkan dalam cara2 tapi takpa mungkin terlepas pandang). YA perlu kupas kulit. Yang tanya apa2 jenis mangga pun boleh ke? Ya macam saya jelaskan di atas apa2 mangga pun boleh. Yang minta izin share saya tak kisah dan izinkan. Lebih ramai share lebih ramai dapat manfaat. Harap2 dimusim pkp ni dapat menolong ramai berjimat guna apa yg ada di sekeliling 😊.
Perkongsian daripada seorang doktor yang saban waktu tugasnya memberikan khidmat merawat setiap pesakit yang datang ke hospital, dan semakin memuncak berikutan tersebarnya virus covid-19 ini, ambil pengajarannya oleh kita semua.
Jangan ada antara kita hanya pandai bercakap, tanpa berfikir panjang. Lebih-lebih lagi menyentuh tentang pengertian tawakal dalam membendung covid-19 ini.
Jom hadam apa yang dikongsikan oleh doktor ini.
Takut Kuman dari Takut Tuhan?
“Encik! Stop! Berdiri di situ. Jangan dekat dengan saya ya,” ujarku kepada seorang ‘jemaah’ yang berada di kemah – untuk kekalkan jarak (distancing).
Saya ke tempat mereka dengan niat untuk bertanya samada sudah makan atau belum sementara menunggu giliran.
Lalu salah seorang dari mereka berkata, “doktor lebih takut kuman berbanding Allah, ye? Kita ada Allah lah, doktor.”
Saya tersentap dan terkedu dengan soalan yang diajukan hanya kerana ingin menjarakan diri dari mereka.
Namun, saya terus menjawab, “Bukan awak sorang takut Allah. Saya pun. Sebab saya takut Allah lah, saya pikul tanggungjawab dan amanah neh (kerja merawat). Setiap hari saya kena mengadap COVID ni.”
“Oklah. Oklah.”
Oleh kerana saya tak mahu panjangkan berbualan kami, maka saya langsung bertanya, “encik-encik semua dah makan ke belum?”
“Belum”
“Nanti kami sediakan makan, ya.”
Saya terus berlalu pergi.
Ya, saya terkilan dengan soalan itu kerana saya dan kakitangan saya semua sudah kepenatan menguruskan penambahan kes COVID-19 disamping menguruskan kes-kes yang sedia ada di Jabatan kami.
Saya sendiri membatalkan hasrat untuk bercuti di musim cuti sekolah demi menguruskan kalian. Anak istimewa saya yang demam di rumah, anak sulung saya sendiri yang terkena serangan asma ketika ini juga saya tinggalkan demi menguruskan kalian.
Saya sendiri perlu sihat untuk menguruskan kes-kes COVID-19. Bukan sahaja kes COVID-19, malah pesakit-pesakit lain yang sedia ada di Jabatan Kecemasan seperti kes kemalangan, serangan jantung, jangkitan kuman-kuman lain, lelah dan sebagainya.
Ya, kami kakitangan kesihatan sanggup berdepan dan mendedahkan diri pada pelbagai kuman demi menjaga kemaslahatan dari jangkitan wabak, pelihara nyawa dan elakan perkara yang memudaratkan itu bukti kami takutkan Allah. Itu yang dituntut oleh Nya.
Kenapa saya dan rakan-rakan buat semua ini demi menyempurnakan kewajiban kerana kami takut kepada Allah.
“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).
“Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).
Ingkar arahan, akhirnya memudaratkan orang lain dalam masyarakat. Orang yang tidak mentaati perintah Allah itu sebenarnya pendosa.
Nabi Muhammad S.A.W sendiri ketika berperang pakai perisai pertahanan diri. Adakah itu bermakna Nabi SAW takut akan musuh berbanding Allah?
Tawakkal tanpa ikhtiar untuk hindari wabak bukan Konsep sebenar tawakkal.
Kena ada usaha dan ikhtiar, seterusnya berdoa barulah berserah dan bertawakkal.
Kekalkan sosial distancing dan ikut perintah kawalan pergerakan. Jangan mangsakan orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri.
Sebut sahaja tentang hutang, tentu antara kita ada pengalaman yang tersendiri sama ada sebagai orang yang memberi wang atau yang berhutang. Sebagaimana kita semua maklum, hutang itu menjadi tanggungjawab dan amanah untuk dilunaskan oleh setiap yang berhutang.
Pun begitu, tidak dinafikan ramai juga yang tidak mahu membayar hutang; tidak mampu sering dijadikan alasan untuk terus melengahkah bayaran bahkan ada yang hingga buat-buat lupa untuk melunaskan hutang tersebut.
Senang kata, kalau bercakap tentang hal menuntut hutang memang tidak pernah habis kisahnya. Bahkan hingga menyebabkan pemberi hutang pula yang terpaksa menangih wang tersebut dipulangkan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun lain pula kisahnya yang dikongsikan oleh Ustazah Huda di media sosial bila berkongsi sekeping gambar berupa wang syiling dan beberapa wang kertas bernilai RM1 dan RM5 dengan kapsyen yang cukup menarik tumpuan dan perhatian warganet.
Ini perkongsiannya dan jadikan ia inspirasi buat semua.
Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. Gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.
Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.
Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.
Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.
Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang dibenarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita. Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
“Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Marilah sama-sama kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut.
Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.
Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang-hutangnya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.
Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma Aamiin Ya Allah Mujeeb.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.