Jaga Pemakanan Sejak Usia Remaja, Elak Masalah Ginjal. Ikuti Nasihat Dr Ini.

Share

SAKIT GINJAL DI USIA MUDA

Semalam ada kes pesakit umur 24 tahun ada masalah ginjal. Dia tidak sedar yg dia ada masalah batu dalam ginjal sekian lama. Tiada rasa sakit. Cuma kebanyakan masa, air kencingnya keruh.

Bila ditanya rupanya hari-hari minum air gas dalam tin.

Mengikut kaji, mereka yg gemar minum air bergas cola lebih mudah untuk mendapat masalah karang di buah pinggang.

Ini kerana minuman sebegitu mengandungi asid fosforik yang boleh merangsangkan pembentukan batu.

Pembentukan batu karang dalam ginjal tanpa disedari akan melengahkan pesakit unyuk mendapat rawatan segera. Ini akan menyebabkan masalah fungsi ginjal yg tidak normal dan akhirnya menyebabkan kerosakan ginjal secara kekal.

Berapa banyak yg dikatakan bahaya?Dengan minum 2 tin soda cola sehari sudah cukup untuk seseorang itu mendapat masalah batu dalam ginjal, dan juga diabetis dalam masa beberapa tahun.

Sebab itu saya tegah anak-anak menyimpan air sebegini dalam peti sejuk. Ia akan diminum hari-hari. Ia akan menjadi amalan.

Malah mereka akan membenci air kosong. Kalau tiada air cola atau air manis, mereka tak mahu minum. Ini bahaya.

Galakkan anak kita minum air kosong setiap hari. Latih mereka semenjak kecil.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

IKLAN