Ibu adalah insan yang begitu bererti buat kita semua. Sebagai anak, jagalah hatinya. Telah banyak berkorban dilakukan olehnya untuk kita.
Ini sebagaimana perkongsian dan peringatan daripada ustaz Khairul Anuar Basri ini.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Ads
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Ads
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Ads
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Sumber : Khairul Anuar Basri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya menjaga kesihatan amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan cergas tanpa sebarang penyakit. Namun, kurang sedar mengenai penjagaan pemakanan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.
Sebagaimana yang diberitahu oleh Doktor Dr Zubaidi Hj Ahmad bahawa tahap kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
TAHAP KOLESTROLE JAHAT YANG TINGGI MENYEBBKAN RASA SAKIT, LENGUH DAN KEJANG PADA OTOT.
Masalah tahap “kolesterol jahat” yang tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah saluran darah yang tersumbat dan sehingga menyebabkan serangan sakit jantung. Namun pakar perubatan bersetuju bahawa masalah ini juga memberikan kesan buruk pada bahagian tubuh lain.
Dalam satu kajian yang dilakukan mengaitkan tahap kolestrole jahat yang tinggi berkaitrapat dengan rasa sakit dan kecederaan pada otot-otot besar pada tubuh. Kajian ini dilakukan pada tahun 2015 oleh dua buah institusi, University of Canberra dan Monash University. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal “Sport Medicine”.
Bahkan, risiko untuk mengalami kecederaan otot di bahu dan otot di kaki lebih mudah berlaku jika tahap kolestrole jahat mereka tinggi.
Para saintis memberikan pendapat bahawa tahap “kolesterol jahat” yang tinggi selalu akan mengundang berlakunya keradangan, yang kemudiannya berpotensi mengubah struktur otot dan akhirnya menyebabkan otot tidak berfungsi dengan baik dan mudah mengalai rasa sakit.
Rasa sakit ini mungkin menandakan penyumbatan saluran darah di otot kaki yang menyebabkan mudah rasa sakit dan kejang walaupun kita tidak melakukan akitiviti fizikal yang berat.
Jadi bila rasa sakit, kejang atau lenguh pada kaki walaupun berjalan dalam jarak yang dekat atau berdiri dalam jangka masa yang pendek, elok buat pemeriksaan tahap “kolestrole jahat” dalam tubuh.
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup ini hanya sementara. Jika ajal datang menjemput salah antara kita, tentu terbit rindu di hati. Lebih-lebih lagi jika orang itu adalah pasangan hidup kita.
Menerusi FB lelaki ini, beliau berkongsi kisah seorang lelaki mendengar berulang kali ‘voice note’ suara isterinya yang telah meninggal dunia sejak 4 tahun lalu. Barangkali, itulah cara dirinya mengubat rindunya.
Malah, dalam tempoh PKP ini,lelaki ini juga mencadangkan agar menggunakan cara lelaki itu untuk menghilangkan rindu kepada ahli keluarga. Sesuai sekali pendekatannya selain menggunakan facetime.
Ikuti perkongsiannya.
Tadi masa tengah bungkus nasi saya perhatikan seorang pakcik sedang duduk sambil voice note dengan seseorang..
Terdengar perbualan antara pakcik tu dan isterinya yg berbunyi..
Isteri= “Abang kerja elok².. nanti kalau lapar jangan lupa makan bekal yg sayang masakkan Tu tau.. Sayang tak pandai masak sangat.. tapi tu lah lauk kegemaran abang walaupun tak sedap mana sayang masak”
tak lama saya dengar seperti ayat yg sama diulang² oleh isterinya..
VOICE NOTE
Gambar hiasan
terdetik dalam hati.. agaknya bini dia suka cakap benda sama dua tiga kali kot.. atau voice note yg sama tapi pakcik tu ulang banyak kali..
tak lama lepas tu aku cuba beranikan diri untuk rapat dengan pakcik tu.. aku seloroh bertanya.. “bungkus makan jugak ke pakcik..”
dengan muka tersenyum dia jawab “ye dik.. bungkus je sebab nak makan dekat rumah..”
Aku: oh.. isteri pakcik tak ada kat rumah ke? (sebab aku tengok ada 1 bungkus je)
Pakcik: “Isteri pakcik dah 4 tahun meninggal..”
Aku: 😢 .. “habistu tadi pakcik voice note dengan siapa..”
Pakcik: “itu voice note lama yg pakcik simpan sampai sekarang.. bila rindu pasti pakcik akan dengar.. Pakcik takde anak.. jadi hubungan kami amat rapat macam kawan baik.. bila dia dah tiada pakcik tak tahu nk bercerita dengan siapa.. So pakcik luangkan masa yg ada dengar semua voice note dari dia… Isteri pakcik meninggal masa kami sama² solat subuh berjemaah.. meninggal masa tengah sujud..
Aku terus tak berani nak cakap banyak sebab nampak dia sedih.. tapi sebelum aku pergi dia ada pesan.. Kalau adik whatsapp dengan isteri.. jangan biasakan taip.. tapi pakailah voice note.. bila saat jauh macam sekarang ni boleh dengar suara isteri selalu.. Bila rindu boleh dengar suara dia berulang kali..
Mungkin ada antara kita diawal-awal facebook diperkenalkan, ada yang cuba-cuba untuk membuat akaun sendiri. Bahkan tidak dinafikan ada yang minta bantuan daripada kawan-kawan untuk buatkan akaun kerana tidak yakin untuk membuatnya sendiri.
Maklumlah ketika itu penggunaan internet tidak meluas masa kini yang kita dapat akses pada bila-bila masa. Disebabkan itu juga,bila sudah ada akaun facebook sendiri dek kerana jarang dibuka membuatkan ada yang terlupa kata laluan, username bahkan bukan perkara pelik bila mana email pun boleh lupa.
Jadi mahu tidak mahu, akaun fb baharu kita cipta untuk aktif di media sosial. Pun begitu, bagaimana dengan akaun lama? Perlu dibiarkan begitu sahaja atau masih boleh dilupuskan?
Bagi yang rasa ingin didelet akaun lama tersebut walaun tidak ingat kata laluan mahupun username begini yang anda boleh lakukan sepertimana yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @_amirsab
Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan semoga bermanfaat.
Cara Delet Akaun Fb Lama
Langkah 1 : Buka Facebook
Langkah 2 : Pergi ke bahagian search dan taip nama anda yang ada sudah lupa username dan pasward anda.
Langkah 3 : Bila sudah jumap tekan profail tersebut dan pergi kepada bahagian titik tiga. Kemudian tekan ind Support or report profile. Kemudian tekan Pretending to Be Someone
Langkah 4 : Kemudian tekan Me dan submit
Langkah 5 : Bila Done, pihak fb akan buat tindakan dan akan delet akan lama tersebut.
Nak lebih jelas, boleh lihat video yang dikongsikan di sini.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.