Bersenam untuk menjaga kesihatan itu semua kita sedia maklum, pun begitu membaca perkongsian daripada Dr. Rizal Abu Bakar menarik juga untuk dipraktikkan.
Bersenam walau hanya berjalan kaki bersama pasangan bukan sahaja menyihatkan tapi boleh juga membantu meningkatkan kasih sayang.
Ini perkongsiannya semoga bermanfaat.
Selalu orang tanya exercise ni pagi ke bagus atau petang. Saya cenderung pilih pagi.
Saya akan keluar dengan isteri. Anak anak pun ikut sekali. Tapi biasanya dia orang jalan jauh jauh sikit.
Kenapa bagus pagi?
Ads
Banyak neurohormon yang keluar. Ini yang hebatnya walking pagi pagi. Salah satu yang keluar ialah neurohormon oxytocin. Neurohormon kasih sayang, trust dan romantic attachment.
Jadi pagi lagi dah jadi bonding time. Bukan masa kalut kalut dan masam muka. Bukan berkejar kejar.
Ads
Lebih menarik lagi pasal oxytocin ialah kajian dari jurnal Psychoneuroendocrinology tahun 2012. Ikut kajian ini, mereka yang dalam fasa awal bercinta ada high level of oxytocin.
Dunia indah sahaja waktu tu. Semua wangi. Tulang rusuk sentiasa bergetar. Sama macam yang jalan kaki bersama.
Ads
Jadi kalau dah kembalikan bara kasih dulu, rajin rajinlah keluarkan oxytocin awal pagi. Bila berjalan keluar oxytocin. Bila berjalan secara berduet lagi banyak oxytocin keluar.
Paling power kata research di Psychoneuroendocrinology ni, rasa kasih sayang ni lasting for 6 months. So bayangkan how powerful walking pagi bersama pasangan would do to you and your love one.
Jom jalan!
Sumber : DrRizal Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyenaraikan menu istimewa untuk merai tetamu dimusim perayaan ini tentunya menu soto tidak ketinggalan.
Buat yang baru ingin mencuba menyediakannya, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Nur Adiba ini,nampak begitu menyeleraka.
RESEPI SOTO AYAM KEBABOM BOM BOM
SUP AYAM
BAHAN:
Ayam seekor potong kecik kecik
Bawang kecik merah 4 biji (hiris)
Bawang putih 3 bijik (hiris)
Halis dua inci (hiris nipis)
Kayu manis sebatang
Bunga lawang 1 kuntum
Biji pelaga 3 biji
Rampah sup babas 4 sudu dibancuh
Garam
Air asam jawa
Serbuk Lada putih 1 sudu
Cara masak:
1. Tumis bahan yang dihiris bersama biji pelaga, kayu manis dengan bunga lawang sampai naik bau.
2. Masuk bancuhan rempah sup.
3. Masuk kan ayam. Tumis sekejap sampai ayam tu keluar air.
4. Masukkan air dua mangkuk
5. Tambah garam, lada putih.
6. Tutup dan biar mereneh.
7. Bila dah siap, tambah asam jawa. Perasakn dengan garam atau mana-mana yang tak cukup.. Agak-agak la.hihi
8. Dah masak boleh masuk dalam mangkuk.
Resepi begedil daging mudah.
Bahan:
Kentang 5 biji yang direbus
Bawang goreng. Yang ni sedap kalau goreng sendiri. Anggaran 4 bijik bawang kecik merah
Daging hancur kalau pakai yang ramli tu pakai satu belah je dan tumis dengan minyak dengan lada hitam
Daun sup
Lada putih
Garam secukupnya
Cara masak:
1. Lenyek-lenyekkan kentang yang direbus tadi. Tabur garam dan lada putih.
2. Masukkan daging hancur, daun sup, bawang goreng.
3. Gaul-gaul je macam biasa.
4. Bulat-bulatkan dia sebesar bola pingpong kemudian penyekkan sikit.
5. Masukkan dalam freezer sejam supaya nanti bila goreng tak hancur.
6. Mase nak goreng, panaskan minyak, pukul telur dengan garam secukup, golekkan begedil tadi dalam telur dan goreng smpai keperangan.
3. Suun goreng dengan minyak panas sampai kembang. Pastikan guna minyak yang banyak dan panas.
4. Sambal kicap senang je.. Potong cili pastu taruk la kicap.
5. Hiris daun sup nipis dan bawang goreng untuk accesorinya ada sesetengah orang suka goreng dada ayam dan carik-carik isinya buat tambah sedap.
Pastuu siap untuk dihidang. Resepi atas ni aggaran untuk 5 orang sebab ayam seekor..
Sumber : Nur Adiba Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukankah memasak lagi mudah bila ramuan dan bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, cili dan sebagainya telah sedia ada? Tidak dinafikan juga, bila semua bahan-bahan ini ada stoknya, secara tidak langsung masa memasak juga dapat dipendikkan.
Pun begitu, perlu ambil tahu juga petua dan tip untuk pastikan stok yang kita hasilkan itu mampu bertahan lama dan kekal elok untuk digunakan di masa akan datang. Bimbang juga, jika silap gayanya, membazir pula dek kerana bahan-bahan etrsebut menjadi rosak dan busuk sebelum sempat digunakan.
Untuk itu, jom pelajari cara-caranya seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Norazlina.
PETUA MUDAHKAN KERJA MEMASAK
Stok bawang kisar
Kisar bawang merah & bawang putih yang dah dikupas bersama minyak…bahagi 2 bekas, 1 bekas letak kat peti bawah untuk kegunaan harian & satu lagi letak kat peti beku (gunakan bila stok peti bawah habis)
Stok bawang besar & putih
Ini untuk stok bawang hiris, kupas bawang besar & bawang putih, letak dalam bekas berasingan bertutup ya, dialas dengan tisu dapur.
Stok cili api
Buang tangkai dan basuh bersih cili api. Letak dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur. Letak bersama beberapa ulas bawang putih untuk tahan lama.
Cili api kisar
Cili api yang dah dibersihkan, kisar bersama garam sikit menggunakan pengisar kering. Letakkan 1 ulas bawang putih dalam bekas cili kisar untuk tahan lama. Nak buat sambal kicap, sambal cencaluk atau tempoyak dah mudah.
Kunyit, halia & lengkuas
Bersihkan kunyit, halia & lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Stok saya ni dah berusia 1bulan…masih lagi segar. Tukar air setiap 2 minggu.
Bunga kantan & serai
Bunga kantan & serai yang telah dibersihkan letak bahagian peti beku…nak masak defrost cara semulajadi dengan biarkan diluar.
Stok cili kering
Potong cili kering dan basuh bersih…rebus bersama beberapa ulas bawang putih. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga lembut. Tak perlu basuh ye, terus kisar cili bersama bawang putih dan minyak masak.
Penggunaan minyak menggantikan air untuk bawang kisar & cili kisar selain dari beri ketahanan lama, juga petua masakan tak terpercik terutama bila buat sambal tumis.
sumber : Norazlina Abd Aziz Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari pandangan kasar, hanya nampak dia biasa sahaja. Apatah lagi, empunya diri seorang yang ceria dan suka mengukir senyuman.
Namun, siapa sangka di sebalik senyuman itu, ibu bernama Azlina Aziz ini rupanya bertarung dengan penyakit yang digeruni kaum wanita iaitu kanser payudara . Kansernya kini berada di tahap dua.
Dugaan tidak terhenti setakat itu sahaja bila mana anak keduanya juga kemungkinan turut menghidap kanser.
Menceritakan detik awal disahkan menghidap kanser, Dia awalnya menyedari ada kelenjar bengkak di bahagian payudara. Selepas ke hospital dan membuangnya. Namun, tidak sampai sebulan kelenjar berkenaan muncul semula tetapi kali ini di bawah ketiak.
“Lepas buat biopsi, doktor sahkan hidap kanser tahap 2. Jadi, saya terus terus sahaja buat prosedur mammogram dan scan tetapi tidak kelihatan tanda mencurigakan.
“Saya kemudiannya membuat rawatan pembedahan bagi membuang kelenjar berkenaan dan setelah melakukan biopsi, barulah doktor mengesahkan yang saya penghidap kanser tahap dua.
“Mula dikesan ada kanser pada tahun 2016 dan telah menjalani enam kali rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. Dan sekali lagi pada tahun 2018 ini dikesan ada pula ketulan lain yang tumbuh. Bagaimanapun doktor beritahu jika ketumbuhan itu kecut tak payah buat apa-apa,” ujar Azlina memulakan perbualan bersama penulis.
“Walaupun begitu, saya tidaklah sampai membuang payudara kerana ia bukan dari sel yang aktif. Buat masa ini saya hanya menjalani rawatan di hospital dan makan ubat mengikut prosedur ditetapkan.
“Saya tidak pasti bagaimana boleh menghidap penyakit ini tetapi salah satu sebabnya mungkin juga disebabkan keturunan. Arwah nenek saya ada menhidap kanser payu dara dan sepupu sebelah ayah pula menghidap kanser hidung.
“Selain itu mungkin juga disebabkan saya dulu pernah mengambil suplemen berbentuk jeli sebagai minuman harian,” ceritanya lagi.
Reda dengan ujian Tuhan, menurut Azlina lagi, ketika bekerja di sebuah syarikat mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan diri, dia mencuba produk daripada kolagen sebagai suplemen kesihatan.
“Hampir dua tahun bekerja di situ dan saya jadikannya sebagai minuman harian. Kiranya saya ini dianggap macam testimoni kepada produk berkenaan. Mungkin itu salah satu faktor Tetapi saya tahu ini semua kuasa Tuhan. Cuma saya nak beritahu pada semua wanita agar berhati-hati dengan pengambilan produk suplemen babitkan kesihatan.
“Kita tidak tahu apa kesannya masa sekarang (ketika minum) dan hanya nampak dalam jangka masa panjang,” ceritanya lagi.
Mengulas mengenai anaknya bernama Nadia yang kemungkinan menghidap kanser, akui Azlina mungkin itu disebabkan pemakaian produk pemutih wajah.
“Anak saya memang ada guna sabun pencuci wajah yang juga bertindak untuk memutihkan wajah seseorang. Mula-mula ada bintik kecil tumbuh di bahagian pipi kanannya. Apabila dia menjalani ujian biopsi, Doktor cakap kemungkinan dia menghidap kanser kulit.
“Walaupun begitu, anak saya seorang yang positif dan kuat seperti saya. Semangatnya tidak pernah jatuh dan kami sama-sama memilih untuk bersikap positif. Insya-Allah akan akan penyembuhnya dan selagi itu saya tidak henti putus berdoa pada Tuhan,” Jelas Azlina yang cukup positif berdepan dugaan maha hebat ini.
Biarpun dirinya menghidap kanser, namun itu tidak mematahkan semangat Azlina untuk meneruskan kehidupan. Malah rutin hariannya tetap berjalan seperti biasa.
“Saya pergi kerja macam biasa dan meneruskan kehidupan macam orang lain juga. Saya tidak mahu orang lain tahu yang saya sedang sakit, termasuklah anak-anak. Saya tidak bagi tahu secara direct penyakit ini kepada mereka, tetapi anak-anak tahu jika saya masuk wad untuk menerima rawatan kimoterapi.
“Cuma saya tak benarkan mereka datang menjaga saya. Sebab saya tak mahu mereka nampak ‘down’ bila melihat keadaan saya ketika itu. Dalam hal ini, saya berterima kasih pada suami yang sentiasa bagi sokongan tidak berbelah bagi,” tambahnya yang mempunyai empat orang anak dari usia 7 tahun hingga 23 tahun. Malah dia juga sudah mempunyai tiga orang cucu hasil perkahwinan anak pertamanya.
Bercerita kisah lampaunya, Azlina memberitahu ketika usianya 17 tahun, dia juga pernah berhadapan dengan masalah ketumbuhan tumor di bahagian ovarinya. Keadaan ini menyebabkan periodnya jadi keterlaluan.
“Saya pergi mendapatkan rawatan di hospital dan juga telah menjalani kimoterapi sebanyak enam kali. Tetapi itu ketika sebelum kahwin dan tidak sangka lepas sudah berkahwin dan ada cucu, saya disahkan pulak menghidap kanser payudara.
“Saya juga sudah 6 kali buat rawatan kemoterapi dan kesan dialami sangat meletihkan. Selain rasa nak muntah, demam, ada ulser di mulut, rambut jadi gugur, saya juga pernah tidur seharian dengan memakai baju yang sama ketika buat rawatan kimoterapi di hospital.
“Sepanjang tempoh itu, saya memang tidak menjalani sebarang rawatan alternatif dan juga pengambilan mana-mana suplemen. Hanya menjalani rawatan di hospital mengikut prosedur di tetapkan.
“Walaupun sudah dua tahun penghidapnya, saya tidak pernah merasakan diri ini kekurangan. Saya menjalani rutin harian seperti biasa, saya pergi kerja dan aktif dlam bersukan terutama bermain bola jatring.
“Terbaru, doktor sahkan sel kanser saya sudah merebak ke tulang. Malah, saya juga ada membuat rawatan Zometa. walaupun dugaan ini cukup berat, tetapi saya reda dan menerimanya dengan hati yang tabah. Penyakit ini tidak membuatkan saya lemah, sebaliknya saya tetap aktif dan bekerja seperti biasa.” tambahnya lagi yang turut mengingatkan kaum wanita segera pergi menjalani rawatan jika ada timbul tanda mencurigakan pada tubuh badan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...