Hujung sesi persekolahan biasanya sibuk juga kita mak-mak sediakan menu istimewa untuk dibawa oleh anak-anak kita sempena jamuan kelas. Kalau boleh kita mahu berikan menu yang lazat dan sedap untuk rakan sekelas anak-anak kita menikmatinya.
Pun begitu mungkin ada juga yang ketika ini tengah mencari-cari menu apa yang paling sesuai dan digemari oleh kanak-kanak.
Jadi apa kata anda ‘tiru’ idea yang dikongsikan oleh Rose Senni yang juga merupakan seorang ibu dalam membuat persiapan jamuan sekolah anaknya.
“Saya masak 3 kali sebab waktu lain-lain dan banyak sangat. Sekali masak untuk 40 cup. Dah hantar anak-anak akan letak siap garfu/chopstik. Mudah sebab tak perlu pinggan bagai dah. Boleh terus gaul dan makan.
Ni resepi Spagetti Beef Bolognese cara saya. Nak tukar Chicken Bolognese pun boleh. Boleh ubah ikut kesesuaian dan bahan masing-masing. Untuk yang nak buat jualan pun saya rasa ok. Resepi untuk 40 cup aka 40 orang,” jelasnya.
Spagetti Beef Bolognese
2 pek spagetti (direbus dengan sedikit minyak)
Bahan kuah spagetti :
Ads
5 tin sos prego cendawan
1 tin sos pasta cendawan adabi
2 pek daging lembu kisar Ramly
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
3 biji capsicum aka cili benggala (3 warna di potong dadu)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
6 batang sosej (dihiris halus)
Ads
2 cawan air (ikut sukatan tin prego)
Sedikit garam
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)
Sedap pulak kalau pekena Char Kuey Teow kan, sesekali tukar selera apa salahnya, Untuk ibu-ibu nak cuba boleh lihat resepi dibawah..paling ringkas dan mudah. Hidangan dibawah dimasak setiap pinggan berasingan..
Kalau ada cili jeruk lagi sedap musim kerang sekarang isi dia penuh2..resepi dibawah..paling ringkas & mudah cara saya masak..hidangan dibawah saya masak setiap pinggan berasingan. Resepi...
1. Kuey teow (cuci toskan)
2. Cili kering & bwg besar (dblend)
(Bhn² tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram)
3. Bwg putih ketok²..
4. Taugeh & kucai
5. Telor..
6. Udg direbus (asingkn air)
7. Kerang (direbus) Cara membuat:
1. Panaskn kuali,masukkn myk..(myk lbih sikit ye,supaya masukkn telor nt kuey teow xbatat) kuey teow & myk dorg ni friend forever.
2. Tumis bwg putih,masukkn udg,cili diblend 3 sudu besar,(1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat,) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau2.
Belimbing buluh sangat dikenali dengan rasanya yang masam dan selalu dijadikan salah satu bahan dalam masakan seperti sambal atau asam pedas. Bukan itu sahaja, buah belimbing buluh ini juga enak dijadikan sebagai jeruk.
Tetapi resipi kali ini sedikit berbeza dan unik kerana buah belimbing buluh ini dijadikan sebagai pencuci mulut iaitu kek. Jika belum cuba mana datang hasilnya, jadi anda sangat disyorkan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Anie Ssa ini.
Menurut perkongsian daripada pengguna profil Facebook ini, walaupun kek ini diperbuat daripada buah belimbing buluh namun, rasanya tidaklah masam sebaliknya sedap dan bertekstur sangat gebu. Selamat mencuba!
Cakoi merupakan makanan yang berasaskan tepung dan bahan yang digunakan juga tidak banyak. Menu ini juga sangat sesuai dimakan ketika panas-panas selepas dimasak.
Dengan resipi yang dikongsikan oleh Suraya Yaacob ini, anda hanya perlu ikut sahaja step-step berikut untuk membuat cakoi yang gebu dan enak. Bukan itu sahaja, cakoi ini juga sangat sedap dimakan bersama sos karamel atau coklat.