Cantik dengan bantuan solekan memang mudah namun bagaimana pula halnya bila mana solekan ditanggalkan? Cantik semulajadi tanpa solekan, itu yang dicari semua wanita. Namun bagaimana mengekalkan kecantikan semulajadi ini.

Sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tak perlukan produk mahal pun.

Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Lari daripada menggunakan bahan kimia, kita cuba praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;

Naikkan Seri Muka

 

1.Guna air basuhan beras

Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.

2. Basuh muka dengan air kelapa

Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.

3. Bancuhan serbuk kunyit  dan madu

IKLAN

Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .

4. Sapu yogurt asli

Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.

IKLAN

5. Skrub beras pulut

Sesekali buat skrub daripada beras pulut yang digabungkan bersama garam dan gula. Kisar halus dan kemudian sental wajah hingga rata. Bilas wajah bersih. Hasilkan kulit akan lebih licin dan lembut.

6.Air Mawar 

Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.

Selamat mencuba!