Setelah pelbagai kontroversi dan tohmahan diterima, akhirnya ibu kepada mangsa maut dan suspek kejadian kakak tertikam adik di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri menceritakan semula situasi membabitkan dua anaknya itu.

Diambil dari temu bual bersama wartawan 999, ibu yang tidak didedahkan identiti berkata, punca pergaduhan mereka bukanlah disebabkan berebut tempat duduk seperti yang didakwa ramai pihak.

Pada hari kejadian, ibu ambil kakak dahulu di sekolahnya barulah ambil arwah dan seorang lagi anak di sekolah lain.

Jelasnya, mereka pada awalnya bergaduh mulut ketika masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah daripada sekolah.

Masa masuk tu arwah macam, “kenapa lambat ni ibu?”

Saya kata, “ibu ambil kakak la”. Lepas tu dia senyap.

Bukan berebut kerusi, kerusi tu dijatuhkan. “Naikkan naikkan”, dia dah marah. “Kakak pekak ke?” mereka bergaduh mulut.

Kakak kata, “lain kali kalau abang nak minta kakak tolong, kakak tak nak tolong”.

Dia macam dah sedih. “Mana ada tolong, kau ingat aku takut dengan kau?” Dia mula macam provok. Saya pun, “dah dah senyap, panas ni.”

Kata ibu lagi, sepanjang perjalanan tu mereka hanya senyap. Sehingga lah sampai di rumah si ibu tekan hon memanggil anak nombor 4 untuk transit ke sekolah agama.

IKLAN

“Jangan Benci Kakak, Kakak Tak Sengaja” Bukan Berebut Kerusi, Ibu Tampil Cerita Hal Sebenar

Mereka masih ‘argue’, tak lama selepas itu si adik keluar dan menjerit sebab melihat arwah sudah berlumuran darah.

Ibu terus bertanyakan kakak apa yang telah dia lakukan. Keadaan kakak pada ketika itu sangat panik dan meminta maaf kepada arwah.

Ya Allah abang. Maafkan kakak maafkan kakak. Ibu maafkan kakak. Jangan benci kakak, kakak tak sengaja ya Allah apa kakak dah buat. Ibu nanti kakak masuk neraka sorang-sorang ke? Kita tak sama-sama ke syurga ke?

Si ibu cuba menenangkan kakak dengan berkata dia tak sengaja. Katanya lagi, situasi itu sangat cepat berlaku.

Tambah si ibu lagi, dia merasakan kakak memang tak sengaja bukanlah sebab tekanan perasaan.

Tambahan pula pisau memang dah ada di situ, dan ketika itu tangannya tercapai pisau. Jika buku atau remote TV ada di situ, mungkin kakak ketuk arwah dengan barang itu.

IKLAN
@lirahs.dhom Kes Kakak tikam mati adik di johor #kesviralterkini #kakaktikamadik #kakaktikamadikjohor #fypシ #fyp #viralvideo #999 #masukberanda #gegarvaganza9 #gv9 #alfatihah ♬ original sound – 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙚𝙮𝙡 – 𝕷𝖎𝖗𝖆𝖍𝖘.𝕯𝖍𝖔𝖒

Meninjau di ruangan komen, ada yang mengakui mereka pun akan mencapai barangan yang berdekatan untuk dibaling ketika marah.

“Jangan Benci Kakak, Kakak Tak Sengaja” Bukan Berebut Kerusi, Ibu Tampil Cerita Hal Sebenar

“Jangan Benci Kakak, Kakak Tak Sengaja” Bukan Berebut Kerusi, Ibu Tampil Cerita Hal Sebenar

Terkini, anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dijalankan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

IKLAN

Bagaimanapun, barisan pembelaan yang mewakili tertuduh iaitu peguam Abd Rahim Ali, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nur Zafirah Norizan memohon jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh adalah kanak-kanak.

“Tertuduh adalah seorang kanak-kanak dan tiada sebab dia melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.

Difahamkan, bapa tertuduh membayar ikat jamin berkenaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 5 Disember ini.

Kredit: TikTok @lirahs.dhom

“Jangan Benci Kakak, Kakak Tak Sengaja” Bukan Berebut Kerusi, Ibu Tampil Cerita Hal Sebenar

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI