Pelakon dan pengacara Eleena Sui memaklumkan berita gembira dimana dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas empat tahun mendirikan tangga.
Apa yang lebih istimewa lagi , berita merupakan hadiah sempena ulang tahun perkahwinannya yang keempat pada 4 Februari lalu.
Dalam pada itu, Eleena mendedahkan sepanjang proses kehamilan dia terpaksa menghadapi dugaan apabila berlaku empat kali tumpah darah.
“Semalam (4 februari) adalah ulang tahun perkahwinan keempat kami dan untuk memperingati bertahun-tahun kami bersama, Faisya dan saya dengan gembira mengumumkan kami bakal menimang cahaya mata sulung.
“Walaupun hampir 4 kali tumpah darah dan setiap minggu ke hospital, Alhamdulillah, saya sudah memasuki trimester ke-3. Insya Allah, kami menjangkakan kelahiran pertama pada bulan Ramadhan yang akan datang ini.
Ads
Dalam pada itu, Pengacara Hlive ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai dirinya ketika proses kehamilan ini.
“Kami menerima banyak kasih sayang dan ucapan yang baik ketika kami berkongsi berita gembira ini dengan keluarga dan rakan rapat kami,” ujarnya lagi di laman instagramnya.
Ads
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menghormati privasi saya. Saya tahu ada yang sangat risau dan bertanya di mana saya berada dan bertanya adakah saya baik-baik saja. Jangan risau, ibu dan bayi baik-baik saja!
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan karib yang telah menjaga saya semasa Faisya tiada, anda tahu siapa anda! Sayang kalian!
“Sentiasa mendoakan kami dalam doa anda dan doakan agar Abah dapat bersama kami sebelum Mommy POP!.
Eleena dan suaminya, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman mendirikan rumah tangga pada tanggal 4 Februari 2017.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet teruja mendengar perkhabaran tersebut. Mereka turut mendoakan semoga segala urusan bakal ibu ini dipermudahkan sehingga melahirkan.
Enjoy the journey
zahirahmacwilson 😍 Yay! Congratulations Eleena & hubs! Enjoy the journey!
elizadsharifuddin Ala best nye . 😍 Syukur Alhamdullillah si cantik ❤️❤️❤️
elfiraloyomgggg , Alhamdulillah Alhamdulillah. So so happy for youuuu! ❤️
umminazeeraAlhamdulillah !!!! Omgggg sooo happy for u babeee😍😍😍😍
izyan.jdiHahahaha amiinnn. Semoga abah2 dpt berada di sisi mumy2 yg nak bersalin ni nnt kan kan kan @aizat_kay… Btw take care eleena. So happy for both of u 😍.
attyusofCongrats mommy!!! May Allah ease your journey! ❤️
Pelawak terkenal dari Kumpulan Zero, Atu dan isterinya, Shafeeqa Johari berganding bahu menghasilkan PPE untuk dipakai petugas barisan hadapan. Menurut Shafeeqa, dia terharu apabila usaha membantu menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan, dihargai ramai.
“Saya sangat bersyukur dapat membantu menjahit PPE walaupun kita tidak tahu siapa yang memakainya. Mungkin orang yang kita tidak kenal atau kita kenal seperti keluarga kita.
“Paling seronok apabila saya diberitahu kenalan yang bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memakai penutup kepala yang saya jahit.
“Saya rasa dihargai, kadang-kadang rasa macam hendak menangis. Kalau boleh, saya mahu tolong semua, hendak bantu satu Malaysia.
“Tapi saya tiada kilang, cuma boleh bantu apa yang mampu sahaja,” katanya kepada BH Online.
Menurut Shafeeqa, dia terpanggil menghulurkan bantuan selepas membaca status dimuat naik seorang jururawat di Facebook (FB) meminta bantuan menjahit penutup kepala dan kasut.
“Saya mendapat tahu Hospital Shah Alam (HSA) memerlukan tukang jahit. Apabila saya memuat naik status di Instagram (IG), kebetulan ada kenalan yang kenal jururawat terbabit lalu menghubunginya.
“Dari situ, saya mula menjahit apabila menerima fabrik dari hospital. Kami tidak boleh keluar membeli kain.
Shafeeqa memberitahu, dia tidak mengharapkan balasan, namun apabila ada pihak tampil mengucapkan terima kasih, hatinya cukup tersentuh.
“Saya duduk di rumah pun tidak buat apa-apa selain menjaga anak. Dengan waktu terluang ini, lebih baik saya buat perkara bermanfaat. Kalau hendak tolong daripada segi wang, kami kurang mampu. Jadi kami sumbangkan tenaga,” katanya yang dibantu Atu dan adik iparnya.
Shafeeqa berkata, dia hanya mampu menyiapkan 50 helai PPE sehari, berbanding 200 helai yang diperlukan HSA.
Namun, projek yang diusahakan lebih lancar apabila Shafeeqa dihubungi Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
“Memandangkan saya adalah bekas pelajar jabatan itu, mereka hubungi saya untuk membantu. Dengan kebenaran HSA, mereka dapat menggunakan bengkel dan kelengkapan di UiTM Shah Alam bagi menghasilkan PPE.
“Sekarang kami ada 10 gulung fabrik untuk dijahit dan diagihkan kepada HSA, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.
“Sebanyak 32 gulung fabrik lagi akan dijahit untuk kegunaan Hospital UiTM Sungai Buloh,” katanya yang terpaksa menolak permintaan beberapa hospital di negeri lain atas faktor lokasi.
Sama ada disedari ataupun tidak, harus diakui bahawa sebahagian besar lelaki tidak punya kemahiran dalam memikat isteri. Malah ada yang mengaku tidak pernah langsung memikat isterinya sepanjang berbelas atau berpuluh tahun berkahwin. Akibatnya tanpa disedari ada rasa kurang senang yang sentiasa menggigit tangkai hati si isteri.
Kesan daripada itu hubungan mesra dibayangi rasa tidak puas hati yang dapat mengeruhkan suasana. Mungkin banyak lelaki menganggap ini perkara remeh yang cuba dibesar-besarkan oleh isteri. Namun percayalah, suami yang pandai memikat atau mengambil hati isteri tidak rugi satu apa pun. Sebaliknya ia akan menyebabkan isteri lebih sayang dan rumah tangga pasti lebih segar dan `mengghairahkan’.
Lalu bagaimana? Ayuh, jom belajar seni memikat isteri. Jangan tertawa sebab memikat ini memang memerlukan kemahiran dan suatu `seni’ yang tidak semua orang mahir. Silap hari bulan, teknik yang anda gunakan hanya akan memakan diri sendiri.
Lelaki yang dicintai
Apakah anda masih saat-saat manis ketika baru-baru bersamanya dahulu. Kenangan indah itu pasti tetap segar terpahat dalam ingatan. Cuma, masa yang panjang membuatkan kita alpa dan kurang memberikan perhatian kepada pasangan.
Sebagai suami anda pasti tahu mengapa isteri mencintai anda. Jadi mulai sekarang ambil langkah untuk mempertingkatkan lagi kekuatan yang menjadi kunci utama kasih sayang kepada anda. Isteri mungkin mencintai anda kerana anda kacak, berbudi bahasa, ada personaliti dan sebagainya. Lalu tingkatkan ciri-ciri yang disukainya itu.
Apa yang perlu anda ingat ialah sentiasa cuba membuat perubahan yang positif setiap masa dan ketika. Kenal pasti kelemahan anda dan cuba memperbaikinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan lalu dan banyakkan bertindak, bukan bercakap!
Penting juga diingat yang apa anda lakukan mungkin tindak mendapat tindak balas positif di awalnya. Tetapi jangan berputus asa atau menyerah kalah. Suatu masa nanti dia pasti akan tersentuh dengan kesungguhan anda. Lagipun sesetengah wanita memang suka menguji sejauh mana lelaki akan berusaha untuk memikat dirinya.
Ungkapan cinta
“Saya cinta kamu.” Kata-kata keramat ini sememangnya didamba setiap wanita. Malah mereka sentiasa menanti-nanti orang kesayangan meluahkannya. Sayang sekali tidak banyak lelaki yang gemar berbuat demikian. Dan, jika anda tidak mahu `kehilangan’ wanita yang anda kasihi dan cintai, jangan tunggu lama. Segera buangkan rasa malu dan bisikkanlah kata-kata keramat itu kepadanya. Jangan lupa untuk memujuknya dengan kata-kata manis dan lembut setelah anda membuat hatinya terluka atau menimbulkan rasa cemburu di hatinya.
Usik juga hatinya dengan kenangan lama anda berdua. Wanita sememangnya suka bernostalgia tentang saat-saat indah yang pernah dilalui. Pasti banyak momen-momen indah yang telah anda lalui berdua. `Ajaklah’ isteri mengingatinya dengan membawa dia ke tempat yang pernah dikunjungi, atau membelikan dia makanan yang pernah menjadi kegemarannya sewaktu zaman bercinta dahulu.
Selain itu jangan lupa untuk `mengasah’ kemahiran berkomunikasi anda apabila berbicara dengannya. Komunikasi di sini bukan hanya cara anda berbicara dengannya, tetapi juga tentang cara anda berbincang, dan memujuknya. Buktikan kepada isteri yang tanggapannya silap. Jika betul anda ada masalah apabila berkomunikasi dengannya, perbaiki diri.
Hadiah
Semua orang suka akan hadiah. Isteri anda tidak terkecuali. Dia pasti akan `sejuk’ hati jika anda mengalungkan rantai berlian ke lehernya. Tetapi soalannya, mampukah anda berbuat begitu selalu? Jangan bimbang jika anda tidak mampu. Ini kerana bukan nilai hadiah yang jadi ukuran, tetapi ingatan. Kecil atau murah, dia pasti teruja menerimanya.
Namun untuk hari-hari istimewa, misalnya ulang tahun isteri atau ulang tahun perkahwinan, belikanlah hadiah yang agak istimewa. Tetapi ingatlah juga bahawa tidak semua hubungan boleh dibeli dengan hadiah.
Yang paling penting ialah keikhlasan. Jangan cuba menipu atau berpura-pura. Bersikap jujurlah apabila berkata-kata dengannya. Dan yakinkanlah dia bahawa anda benar-benar mahu `menakluki’ kembali hatinya.
Cara Sopan Kritik Isteri
Tidak salah menegur isteri. Namun lakukan dengan cara berhemah dan tidak menggores hati. Berikut beberapa tip untuk mengkritik isteri dengan cara yang `sopan’:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebenarnya pelbagai ragam anak yang merunsingkan mama. Salah satunya pasti masalah untuk kejutkan anak bangun pagi.
Ada anak yang tidak sudah-sudah mengadu penat dan mengantuk apabila dikejutkan. Tidak kurang juga sengaja berdegil kerana sayang meninggalkan rutin bangun lewat dan peluang menonton rancangan kartun atau bermain gajet hingga lewat malam.
Menarik dengan perkongsian ustaz Mohd Yazid Ismail bagaimana untuk mendidik anak menjadi morning people’.
Di rumah kami, tidur selepas subuh adalah satu kesalahan. Anak-anak pada hari cuti sekolah biasanya pergi main di taman menikmati zat matahari pagi.
Walaupun saya tak pernah kerja makan gaji, tak ada boss dan tak perlu pergi ofis, setiap hari macam hari cuti, tapi saya tak benarkan diri sendiri tidur selepas subuh. Alhamdulillah hidup tenang, sihat mental dan fizikal.
Tip paling utama untuk tidak tidur pagi ialah tidur awal pada malam hari. 10.30 malam anak-anak mesti dah tidur.
Orang yang tidur pagi badan akan jadi lesu, otak blur, nafas berbau, muka kusam. Sangat rugi. Nak hidup bahagia janganlah tidur pagi. Morning people are successful people.
Dalam pada itu, warganet turut berkongsi pengalaman menjadi ‘morning people’.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.