Wanita adalah insan yang manja dan suka diberi pujian serta dibelai. Bahagianya rumahtangga, jika sang suami sentiasa menyayanyi isteri.

Begitu juga perkongsian oleh Mohd Fhais yang menyentuh mengenai sikap suami yang harus memberi layanan yang baik kepada isteri. Bukannya membiarkan jiwanya terseksa. Kesannya, berbalik kepada suami juga.

Jangan Biar Isteri Kesayangan Terseksa Tanpa Bahagia. Nanti Diri Terkena Tempias. Deep Perkongsian Lelaki Ni.

Berkorban biar kena caranya.

Wanita terkenal dengan sikap lemah lembut, penyayang dan paling kuat empati berbanding lelaki.

Lagipun darjat dan martabat wanita ini paling tinggi dalam kebanyakkan agama dan budaya !

Ini fakta !

Tapi sayangnya, apabila kekuatan wanita ini selalu menjadi punca kelemahan utama wanita.

IKLAN

Di sebabkan terlalu lembut, wanita selalu jadi tempat orang mengambil kesempatan. Tak melawan bila di tindas bukan sebab takut tapi tak mahu jadi derhaka.

Di sebabkan terlalu penyayang, wanita selalu tak sampai hati untuk bela nasib diri. Biarlah hati dan mental terseksa asalkan orang sekeliling tak masam muka.

Di sebabkan ada empati kuat dalam diri wanita selalu seksa diri sendiri. Apa sahaja yang terbaik untuk orang tersayang akan di dahulukan.

Yang terbaik untuk diri sendiri selalu jadi terakhir! Itu pun kalau ada lebihan masa dan tenaga, jika tak ada abaikan sahaja..

Masa jadi ‘penyembuh’ segalanya..

IKLAN

Silap! Masa tak sembuhkan apa-apa, masa cuma masa. Diri sendiri kena buat penyembuhan sendiri. Self Healing penting!

Tangki emosi jika saban hari menangis lama lama kering juga emosi.

Tangki jiwa jika saban hari duk rasa kecewa, duk rasa menyesal lama lama kering juga jiwa.

Tangki fizikal kalau saban hari duk ulang buat kerja yang sama lama lama kering tenaga juga.

Bila tangki tangki ni dah kering wanita yang lemah lembut sepanjang hidup pun boleh jadi ganas macam hulk dalam sekelip mata. Jadi nak marah je 24 jam.

IKLAN

Jadi para wanita di luar sana, usahlah pentingkan sangat apa yang bahagia di luar, sebaliknya utamakan la kebahagiaan dalaman anda dahulu.

Mulut nak ketawa memang senang, tapi hati nak ketawa cukup susah sekali.

Percayalah bahagia di luar sekejap boleh pudar tapi bahagia dalaman sahaja kekal abadi.

Wallahu A’lam,

NANTI KENA TEMPIAS

Saya Mohd Fhais berpesan pada semua lelaki di luar sana, jangan biarkan wanita kesayangan korang rasa terseksa walau sedikit pun kerana jika mereka terseksa hidup korang pun akan kena tempiasnya.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI