Jangan Buang Pakaian Bertahi Lalat, Ini 5 Petua Bersihkan Dengan Mudah Berkesan!

Share

Pakaian yang ada tahi lalat ini jangan pula dibuang atau diperam dalam stor. Ada cara mudah yang boleh kita buat untuk hilangkannya.

Berikut kaedahnya;

[1] CUKA

Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membnuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sen,sitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.

Caranya,

  • campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan
  • rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam.
  • Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.

Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.

[2] BAKING SODA

Selain menggunakan cuka, anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Boleh digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.

Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda.

  • Campurkan sedikit air pada baking soda dan
  • terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat.
  • Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.

Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membnuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!

[3] JUS LEMON DAN GARAM

Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.

Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa.

Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

[4] PELUNTUR

Peluntur (bleach’) seperti Clorox adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membnuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!

Caranya,

  • larutkan sedikit peluntur bersama air dan
  • gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut.
  • Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.

Seeloknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci pakaian tersebut.

Sekiranya pakaian adalah daripada fabrik lembut dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.

[5] VANISH

Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘Vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.

Caranya,

  • sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan
  • biarkan seketika sekitar 5-10 minit.
  • Kemudian, beruskan sedikit dan bilas.
  • Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.

JEMURKAN BAWAH CAHAYA MATAHARI

Selepas mencuci pakaian yang terkena kulat, jemurkannya di bawah sinaran matahari untuk kesan yang lebih efektif.

Untuk mencegahnya daripada berulang, keringkan dahulu pakaian yang berpeluh atau lembap sebelum dimasukkan ke dalam bakul baju kot0r. Baju yang terkena susu atau makanan juga boleh direndamkan secepatnya supaya kot0ran lebih senang ditanggalkan.

Jadi, jangan buang dulu baju-baju tersebut sebelum mencuba ya!

Kongsikan kepada yang lain. Semoga bermanfaat.

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN