Kita sering dengar orang bercakap tentang duit bukanlah segala-galanya namun kita juga sedar bahawa kita memerlukan duit untuk membeli sesuatu dan dengan duit jugalah boleh menjadikan hidup lebih senang dan lebih baik.
Justeru itu setiap nilai wang yang ada ditangan, perlu dirancang sebaik mungkin penggunaannya agar bukan sahaja untuk kegunaan hari ini malah dapat disimpan untuk kegunaan akan datang lebih-lebih lagi pada waktu kecemasan.
Menyedari hal itu, Azizi Ali yang juga merupakan pakar perancang kewangan ini telah menyenaraikan 7 kesilapan kewangan yang sering dilakukan oleh kebanyakkan orang. Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat dijadikan panduan dan sekali gus menghindarkan diri daripada terjebak ke dalam masalah bebanan hutang, kewangan tidak stabil dan sebagainya.
Berikut adalah 7 kesilapan kewangan yang serius:
1. Boros
Malangnya, terlalu ramai orang boros. Mereka berbelanja sehingga ketahap mata pendapatan. Dan bila pendapatan mereka meningkat, belanja mereka juga meningkat! Situasi ini bukan saja applicable kepada mereka yang berpendapatan rendah tetapi termasuk mereka yang bergaji besar yang masuk puluhan ribu ringgit sebulan. Statistik menunjukkan setinggi 20% daripada mereka yang bergaji besar sebenarnya adalah pokai (hidup daripada gaji ke gaji)!
2. Terlalu banyak berhutang, terutamanya hutang kad kredit
Walaupun hutang boleh menolong kita membina kekayaan, most of the time, hutang hanya akan membebankan kita. Contoh ketara adalah hutang kad kredit. Kadar faedahnya tinggi dan amat membebankan.
Photo by Emil Kalibradov on Unsplash
3. Membeli liabiliti
Liabiliti adalah barangan yang tidak meningkat nilai dan yang jatuh nilai.
Contoh utama liabiliti ialah kereta.
Sepertimana kita semua maklum, nilai kereta jatuh, dan jatuh dengan ketara. Jadi apabila kita membeli kereta yang terlalu mahal, kita menanggung kerugian besar (melalui kejatuhan nilai kereta) dan rugi kali kedua kerana baki wang yang tinggal terlalu sedikit untuk melabur.
Ads
4. Melabur di dalam hanya satu atau dua pelaburan
Terlalu ramai orang melabur di dalam hanya satu atau dua pelaburan; mungkin di dalam satu syarikat (tempat berkerja), satu saham atau satu koperasi.
Walaupun sudah tentu langkah ini lebih baik daripada tidak melabur langsung, ianya masih membahayakan kerana mereka sekarang terdedah kepada sistematik risk. Jika apa-apa kecelakaan berlaku kepada syarikat, saham atau koperasi tersebut (contoh: pandemik Covid-19), maka mereka akan terkontang-kanting!
5. Melabur terlalu sedikit
Ini adalah kesilapan yang dilakukan oleh majoriti pelabur. Mereka membuat pelaburan tetapi malangnya jumlah pelaburan tersebut adalah terlalu sedikit. Dan seperti yang saya sering sebut: dalam pelaburan, sikit-sikit, lama-lama masih sikit! Jadi bila nak kaya?
6. Menyimpan tetapi tidak melabur
Satu lagi kesilapan yang selalunya fatal – mereka menyimpan wang tetapi tidak membuat pelaburan. Situasi ini timbul mungkin kerana mereka tidak tahu akan keperluan melabur atau tidak cukup ilmu pelaburan atau takut untuk melabur. Tetapi apa pun sebabnya, mereka ini akan menerima padah yang buruk kerana nilai wang mereka akan jatuh dibaham oleh inflasi.
7. Tidak menambah ilmu
Realitinya, tidak ramai orang yang menambah ilmu semasa mereka hidup. Malah, ramai graduan universiti berhenti belajar selepas hari convocation!
Bagaimana mereka hendak membina kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu yang terkini, terutamanya memandang kemajuan teknologi yang begitu pantas berubah sekarang?
Jadi sekarang awak tahu 7 kesilapan kewangan yang serius. Pastikan awak tidak mengulang kesilapan ini!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Justeru, dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, tidak sama cara didikan. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.
Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.
Baru-baru ini, Hanis berkongsi tip bagaimana memastikan tidak berlakunya lambakan barang mainan di rumah.
Menurut Hanis, mendidik anak-anakanya ‘melepaskan’ secara sukarela mainan tersebut dengan menderma yang lama jika sudah mempunyai mainan yang baharu. Mainan lama tersebut akan diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Kaedah yang dipraktikkan Hanis ini juga ini dapat melatih anak-anaknya supaya lebih peka dalam pemilihan jenis barang. Bukan itu sahaja, mereka tidak akan sewenang-wenangnya meminta mainan yang baharu memandangkan sayang untuk melepaskan mainan lama kepada orang lain.
Dalam pada Itu, Hanis turut berkongsi tip untuk ibu bapa supaya membiarkan anak-anak memilih sendiri jenis mainanan yang ingin mereka berikan kepada orang lain.
Teknik ini melatih anak-anak supaya dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Ini juga menjadikan mereka mempunyai presepsi dimana pendapat mereka dihargai dari kecil hingga dewasa kelak.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
“Kalau dah sayang tu asal barang jadi benda. ‘Mother of 9’, next tima kita buat besar lagi pakai batang paip”. Begitulah kapsyen yang ditulis oleh wanita ini bila berkongsi video cara-cara dia membuat Cat Tree untuk anak-anak kucingnya secara DIY di salah satu group bertukang di Facebook.
Langkah yang ditunjukkan di dalam video cukup kreatif dan mudah untuk dihasilkan. Jadi buat anda yang ada memelihara si bulus dirumah bolehlah hasilkan seperti ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada sahaja.
Cat Tree Bajet
Bahan-bahan :
Bekas makanan bentuk silinder
Dua keping frame dekor (bentuk bulat dan empat segi)
Kain
Tali
Drill
Loytape
Gam
Gunting
Langkah 1 : Isikan penuh bekas makanan dengan pasir agar berat dan tidak mudah jatuh.
Langkah 2 : Cantumkan dua bekas makanan bentuk silinder ini secara meninggi menggunakan gam dan kemudian lekatkan lagi dengan loytape. Agar teguh.
Langkah 3 : Ambil tali, kemudian lilitkan dan gam kemas pada sekeliling bekas tadi. Setelah siap ketepikan.
Langkah 4: Kemudian ambil frame dekor dan balut dengan fabrik.
Langkah 5 : Cantumkan frame dekor tadi dengan frame dekor yang telah dibalut kemas. Gunakan dril untuk pemasangan yang lebih kemas dan teguh. Jadikan frame yang berbentuk empat segi sebagai tapak dan bulat sebagai bahagai atas Tree cat ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Usahawan, Tya Arifin dalam satu perkongsian melakukan ‘house tour’ di kediaman banglo mewah miliknya dan suami, Asyraf Khalid.
Ini berikutan ramai yang meminta pasangan ini berbuat demikian, hanya baru-baru ini mereka akur dengan permintaan tersebut.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sendiri menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi saluran Youtube, The Tya’s Family.
Video yang berdurasi lebih 20 minit itu memaparkan setiap sudut serta hiasan dalaman banglo mewah yang memiliki 7 bilik itu.
Menurut Asyraf, segala idea untuk mendekorasi serta pemilihan perabot diserahkan sepenuhnya kepada isteri kesayangannya, Tya Arifin.
“Bila kami mula masuk di rumah ini, segalanya sudah pun cantik tersedia. Kami hanya tinggal untuk membawa masuk perabut sahaja,” katanya.
Menariknya, kediaman tersebut turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti bilik pawagam, gelanggang bola keranjang dan tenis serta pejabat.
Selain itu, terdapat juga, ruang tamu yang dikhaskan kepada ahli keluarga dan tetamu yang datang berkunjung ke situ.
Dalam perkongsian tersebut juga, Tya turut menitipkan nasihat buat para pengikutnya untuk tidak sesekali berhenti bermimpi untuk mengejar impian yang dihajatkan.
“Jangan pernah berhenti berimpian. Impian merupakan tanggungjawab yang untuk dijadikan kenyataan. Oleh itu, kita kena berusaha sekuat tenaga demi merialisasikannya.
“Kepada yang menonton, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Saya doakan semoga segala urusan, perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan,” kongsinya.
Untuk rekod,Tya dan Asyraf telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.