Doa adalah sebahagian daripada ibadat. Maka, kita kena selalu meminta denganNya. Jangan putus asa. Makbul atau tidak doa kita adalah rahsia Allah. Yang penting jangan jemu berdoa kerana Allah tak pernah jemu mendengar suara kita.
Ketika azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Ingatlah, setiap tangan yang menadah ke langit, tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong. Cuma makbul atau tidak doa itu semuanya adalah bergantung kepada Dia. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita agar sentiasa memburu atau berusaha untuk mencari waktu yang mustajab tersebut.
Waktu Yang Paling Afdal Dan Mustajab Untuk Berdoa Di Bulan Ramadan
Bilakah waktu paling mustajab untuk berdoa di Bulan Ramadan?
Di sini adalah beberapa waktu yang mustajab untuk berdoa:
Waktu Sahur
Allah SWT berfirman:
Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan”
Bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Sebagaimana sabda Rasulullah:
Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) pemimpin yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.”
Ads
— HR Tirmidzi
Sewaktu Menjelang Berbuka Puasa
Doa mustajab juga ada pada saat menjelang berbuka ketika menanti tibanya azan Maghrib.
Menjelang berbuka seharusnya dijadikan masa mengadu dan berdoa sebanyak-banyaknya di hadapan Allah SWT.
Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.”
— HR Ibnu Majah
Waktu Satu Pertiga Malam
Pada hari-hari biasa, sepertiga malam yang terakhir juga merupakan waktu mustajab untuk berdoa.
Tetapi di bulan Ramadhan, berdoa pada waktu ini lebih mudah bagi banyak orang kerana umumnya waktu ini adalah waktu sahur.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Ads
Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdoa kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, niscaya akan Aku ampuni.”
— HR. Al Bukhari dan Muslim
Sewaktu Azan Berkumandang
Rasulullah SAW bersabda:
Doa tidak tertolak pada dua waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang.”
— HR. Abu Daud
Malam Lailatul Qadar
Malam lailatulqadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an.
Malam ini lebih utama dari 1000 bulan.
Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Rah.
“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni [‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”].”
Bertuah dua selebriti terkenal ini apabila dijemput oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk sama-sama beriftar dan berterawih dengan ‘banduan akhir’ di penjara Sungai Buloh. Bukan mudah untuk mendekati mereka ini, ternyata selebriti ini ada aura tersendiri.
Norman Hakim yang ditemani anak lelakinya serta Alif Satar masing-masing ada memuat naik perkongsian tersebut di laman instagram masing-masing. Luahan yang cukup sayu dari kedua-dua selebriti ini mengundang sebak di hati netizen.
“Petang yang istimewa;jemputan dari DS Mufti Wilayah Persekutuan @drzulkifli.albakri bersama dengan pihak Penjara Sungai Buloh untuk beriftar,solat Maghrib & Isyak berjemaah,berterawih & bermoreh bersama BANDUAN AKHIR iaitu sahabat2 kita yang bakal menjalani hukuman mati tak lama lagi.
“Satu perasaan yg tak dapat nak saya gambarkan dgn kata2 ketika menerima jemputan ini.Perasaan yg bercampur baur.Mcm2 teka-teki dlm kepala.Tak pernah terduga utk diundang dalam acara hening sebegini.
Menurut Norman lagi, mereka tidak dibenarkan membawa telefon bimbit atau sebarang alat digital. Begitu pun, pihak Jabatan Penjara sudi berkongsi gambar-gambar momen mereka di sana.
“Memang kitaorang tak dibenarkan utk bawa handphone atau segala alat digital yg boleh membuat rakaman saat kaki melangkah masuk dalam sempadan penjara
“Masa saya type ni,alhamdulillah semuanya dah pun selesai.Dah pun dapat segala jawapan yg bercampur baur dan menjadi tanda tanya sebelumnya.Dan dengan izin pihak Jabatan Penjara,kitaorang dikirimkan dengan pic2 momen bersama BANDUAN AKHIR yg dibenarkan utk dikongsikan dengan wajah yg sudah di ‘filtered’.
“Nanti lepas qiam@subuh saya share,sekadar nak kongsi pengalaman sepanjang kitaorang bersama dlm tempoh hampir 4 jam.Perasaan hening,hiba,sebak,menangis,gembira,redha,bersyukur semua ada❤️,” tulis Norman Hakim di instagramnya.
Bagi Alif Satar pula, jemputan tersebut sesuatu yang cukup istimewa kerana menghadirkan satu pengalaman yang tidak pernah dirasainya sepanjang hidup.
“Assalamualaikum.. semalam adalah antara hari yang Alif akan ingat sampai bila -bila. I was invited for iftar from pejabat mufti wilayah persekutuan, with the mufti himself, @drzulkifli.albakri together with ‘Banduan Akhir’ at Penjara Sungai Buloh.
“Alhamdulillah, nanti alif share dengan korang pengalaman berbuka on my youtube channel.. it was truly a life changing experience for me last night.
P/S Terima kasih kepada semua warga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan juga kepada semua pegawai Penjara Sungai Buloh atas jemputan dan pengalaman yang cukup istimewa.
Menerusi muat naik artis-artis tersebut, ternyata mereka banyak terkesan apabila bertemu dengan banduan akhir ini kerana ternyata mereka berwajah tenang dan tasbih sentiasa di tangan.
Norman telah memberitahu bahawa hadir satu perasaan yang tidak dapat dijelaskan apabila berada didalam kalangan mereka.
“Mohon Allah s.w.t ampuni saya kerana berpandangan & berperasaan skeptikel yg bercampur baur sebelum bertemu sahabat2 kita ni.Saya tahu saya tak kuat.Bila bersalam pun mata ni menahan genang.Kuasa Allah s.w.t,wajah2 mereka sangat tenang,senyuman yang tak pernah lekang & kebanyakannya berbekalkan tasbih & tafsir Al-Quran ditangan
“Sahabat2 kita ni mmg dah ‘sangat bersedia’ utk menuju ke pengakhiran.Taqwa & iman seiring dalam persahabatan antara mereka.
Menurut Norman lagi, ada antara banduan tersebut sudah lama menghuni di situ, ada yang lebih dari 10 tahun ada juga lebih 20 tahu sehinggakan tidak mengenali dirinya.
Kebanyakan sahabat2 kita ni dah lebih dari 10 tahun menghuni di sini.Yang lebih dari 20 tahun mmg tak kenal saya.sahabat2 sekeliling yg memakai seragam putih merah adalah akrab mereka.Pegawai & warden2 penjara semua mereka anggap sebagai abang dan bapa mereka.Banyak kebaikan pegawai dan warden yg diceritakan
Sepanjang 4 jam bertemuan,saya banyak berdiam mendoakan segala yg terbaik buat mereka.Mereka yg lebih banyak berkongsi kisah & cerita sambil pegang tangan & muka saya.Yg paling tersemat dalam kepala nasihat dari mereka kpd saya adalah utk sentiasa menghargai makna KEBEBASAN & SAYANGI orang2 sekeliling selagi masih ada
Soalan yg tak sepatut saya tanya,tapi saya mohon ampun maaf dahulu bila bertanya adalah;kalau dapat peluang utk BEBAS diluar sana,apa perkara pertama yg akan dilakukan.Jawapan mengejut yg diberikan,mereka cakap mereka lebih bahagia disini sbb diluar sana terlalu banyak ancaman katanya.Saya terkedu tak tahu nak cakap apa.Konklusi saya,disinilah istana & syurga mereka
. “Ya Allah Yang Maha Besar KuasaMu…Kau peliharalah & ampunilah sahabat2ku ini sehingga sampai masa yang telah ditetapkan untuk mereka semua & kami juga untuk kembali kepadaMu…timballah segala kebaikan kami walau sekelumit & gugurkanlah dosa2 kami bersempena Ramadhan yang mulia ini kerana sesungguhnya kami semua adalah hamba2Mu yang amat lemah tanpa petunjuk & hidayahMu Ya Allah?❤️
Alif juga mengakui tidak dapat meMbendung air mata apabila bersembang dengan para banduan kerana mendengar nasihat serta jalan hidup mereka yang penuh penyesalan.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi daripada peminat masing-maisng. Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh mereka berdua. Malah, ada yang turut mengucapkan terima kasih kepada Alif Satar dan Norman kerana sudi berkongsi pengalaman mereka.
Penyakit angin dalam badan, rasa lesu dan seterusnya badan tidak bermaya umumnya kita rasakan itu perkara biasa sahaja.
Namun siapa sangka, tanda-tanda awal rasa tidak selesa yang ditunjukkan oleh tubuh memberi petanda yang perlu diambil tindakan.
Ini sebagaimana perkongsian info yang diberikan oleh seorang dr ini. Semoga melalui pembacaan ini memberi manfaat untuk kita seisi keluarga lebih prihatin dalam penjagaan kesihatan.
Ramai orang tak sedar penyakit “angin” ni.. sampai dah jadi teruk..Awal-awal pandang remeh saja..
Sikit je gastrik, kembung atau hati kecil kita sedapkan hati..
“Ni sebab lambat makan”
“Stress kerja kot, sebab tu fikit macam-macam”.
Tak ramai yang tahu sebenarnya sakit angin ni kemungkinan berisiko sebabkan:
1) Gangguan mental: fikir negatif banyak, risau-risau, OCD.
2) Badan sakit-sakit
3) Lesu takde tenaga
4) Sendi problem terutama sakit jari, lutut dan belakang.
5) Hujung kaki pucat, kebas-kebas. Kuku pecah-pecah.
6) Masalah pencernaan : Kembung, refluks asid, cirit atau sembelit.
7) Alahan jadi teruk: Ekzema, asma, resdung, migrain.
8) Gangguan hormon : Cyst, fibroid, period terganggu.
9) Sesak dada, stamina kurang, berdebar-debar.
10) Penyakit autoimmune (antibodi serang badan sendiri).
Banyak lagi tanda-tanda lain awal yang sebenarnya kita abaikan. Saya sendiri dah hidup lebih 20tahun dengan tanda-tanda ini tanpa saya sedari.
Bila umur mencecah 30an, baru jelas semua sakit-sakit tu.Tapi saya dah jumpa ramai yang bermula lebih awal.
Orang-orang muda kita ramai dah belasan tahun..anak-anak dah nampak tanda gangguan mental terutamanya.
Kesimpulan yang saya dapat buat ialah lifestyle kita zaman moden ini yang menjurus ke arah penyakit-penyakit yang dah jadi biasa sangat ni.
# Anak-anak kita dah tak main dah kat luar dengan kawan-kawan. Majoriti suka duk rumah main game.
# Kita sendiri orang dewasa sibuk bekerja, riadah kat taman dan padang dah kita gantikan dengan senaman di gym waktu malam. Bukan tak bagus, better dari takde. Tapi ia ganggu fitrah badan kita.
# Pemakanan zaman moden seperti fastfood, makanan pek yang sangat proses. makan bergandum macam roti/biskut/mee/pasta dah tak sama macam makanan nenek moyang kita.
# Tidur lewat bukan sahaja kurangkan waktu badan rehat, tetapi juga ganggu sistem hormon dalam badan. Badan jadi radang, sistem detoks badan jadi lemah.
# Kita banyak terdedah kepada bahan toksik. Periuk kuali kita masak, sabun syampoo dan minyak wangi kita guna. Mainan anak-anak kita. Macam-macam sebenarnya boleh rosakkan badan.
Semua faktor-faktor ini sebabkan badan kita jadi STRESS.Bukan saja emosi kita stres.
Fizikal kita stress.
Mental kita stres.
Jiwa spiritual kita stres.
Berbalik lah kepada lifestyle fitrah. Pulihkan perut, sebab itu punca penyakit.
Jangan tunggu sampai terlambat.
Ubat paling hebat pun tak mampu rawat
Cegah sebelum padah.
Sumber : Hafiz Sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini pernah viral di media sosial ada banyak cara berkesan untuk menjadikan pokok yang ditanam di laman rumah berbuah lebat.
Antaranya menghasilkan booster yang diperbuat daripada campuran yakult dan telur, guna air bancuhan MSG, siram pokok dengan air basuhan beras, guna isi perut ikan dan ada juga kata gunakan minyak masak.
Senang kata semua petua-petua tersebut menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah dan boleh dihasilkan sendiri.
Oleh itu, cara yang sama juga telah dipraktikkan oleh seorang wanita ini yang dikenali sebagai Puan Ramlah Basiron dengan cuba amalkan salah satu petua yang viral, iaitu guna lebihan minyak masak untuk membuatkan pokok mangga yang ditanam berbuah lebat.
Apa yang lebih mengujakan dirinya adalah ternyata pokok mangga yang ditanam menampakkan hasil yang cukup membuatkan dia berpuas hati setelah praktikkan petua tersebut.
“Assalamualaikum..nak ucapkan terima kasih pada yang beri tip jirus minyak masak yang telah digunakan..pokok buah mangga dan limau berbuah sungguh.”
Cara Letakkan Minyak Masak
1. Buatkan lubang di sekeliling pokok dan pastikan jarakkan lubang dari pangkal pokok.
2. Jiruslah minyak masak yang telah diguna itu.
3. Anggarannya minyak masak yang digunakan adalah mengikut besar mana pokok tuan puan tanam…kalau dalam pasu guna sedikit sahaja
Lihatlah hasilnya, sekotak mangga telah dipetik dan buat anda bolehlah mencuba petua ini untuk menggalakkan pokok mangga yang ditanam di laman rumah berbuah lebat.
Sumber : Ramlah Basiron via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.