Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.
Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.
“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.
“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Sarah sebelum itu terpaksa ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah paras oksigen dalam badannya semakin menurun pada pagi Jumaat.
Tak boleh bayangkan, orang pertama yang muncul dalam hidup kita, melahirkan dan membesarkan kita sekelip mata boleh halau dan mengharamkan susunya kepada kita.
Itulah yang dirasai oleh seorang penghuni rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM), Taiping menyatakan dia tetap sayang ibu kandungnya biarpun sudah setahun lebih dihalau keluar dari rumahnya.
Memetik laporan Harian Metro, pemuda yang dikenali sebagai Mohamad (bukan nama sebenar) itu mengakui dia rindu akan keluarganya dan mempunyai keinginan untuk kembali bersama mereka.
“Anak mana yang tak sayangkan ibunya. Biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang diberi, saya tetap sayang dan tak pernah membencinya.
“Setiap kali puasa atau raya mesti teringatkan mak dan teringin nak bersama mereka, namun mak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya. Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi saya dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.
“Selepas ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu.” katanya.
Tambah Mohamad lagi, 14 Januari 2022 merupakan tanggal yang akan sentiasa dikenangnya kerana pada tarikh tersebutlah dia dibawa ke rumah gelandangan tersebut oleh penduduk kampung.
“Sudah ibarat syurga buat saya, namun tetap terasa kekurangan iaitu kasih sayang ibu sendiri.
“Apakan daya, mereka dah ‘buang’ saya dan walau apapun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” tambahnya yang kini berkerja di sebuah hotel di bandar ini.
Menurutnya, tahun ini akan menjadi tahun ketiganya menyambut Syawal di rumah gelandangan tersebut.
Difahamkan, Mohamad mempunyai dua adik perempuan berusia 13 dan 17 tahun yang kini tinggal bersama ibunya yang berumur lewat 30-an dan bapa tiri, 50-an.
Lelaki memang terkenal dengan sifat maskulinnya, berani, tegas dan bertanggungjawab. Tetapi, disebalik itu, lelaki ada juga terpalit sifat manja mereka! Lebih-lebih dengan orang yang mereka sayang.
Ada yang mudah pamer manjanya, malah ada juga yang ketika mereka sakit baru keluar sifat manja mereka itu.
Baru-baru ini seorang isteri memuat naik perilaku suami kesayangannya bermanja di aplikasi Tiktok. Dalam video tersebut, jelas menunjukkan sang suami bermanja minta disuap makan mestikan mereka sudah berumahtangga hampir 13 tahun.
Yang mencuit hati, sebelum suap makanan, suaminya menunjukkan perangai seakan budak-budak yang menunggu saat untuk disuap sambil ditegur gedik oleh si perakam.
Tambah isterinya di ruangan komen, suaminya yang digelar ‘baby badung’ ini memang manja orangnya walaupun sudah dikurniakan 5 orang anak.
Video yang berdurasi 7 saat mendapat lebih 280k penonton dan menjengah di ruangan komen, warganet terhibur dengan sifat suaminya yang manja itu. Malah ada juga yang berkongsi cerita suami masing-masing.
Suap makan suami isteri ni sebenarnya eratkan lagi hubungan tau dan merupakan salah satu tip kebahagian suami isteri!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja perkataan lipas, macam-macam terbayang dekat kepala kita! Ramai yang geli dengan serangga ini, lebih dasyat bila ke tahap terbang berkeliaran di rumah.
Begitulah yang dilalui pemilik facebook yang dikenali sebagai Abe Cik Jaa ini apabila lubang paip getah mesin basuh tidak ditutup sepenuhnya yang mengakibatkan lipas berkeliaran.
Situasi ini menimbulkan rasa kebimbangan lantaran menyedari bahaya serangga pembawa kuman ini.
“Lubang air buangan mesin basuh. Ada idea tak mcm mana kalau mahu penutup rapat? lipas asyik ulang alik kerja.” – Abe Cik Jaa
Menerusi group Tukang Apa Hari ini, beliau meminta pandangan rakan ahli untuk memberikan solusi masalah yang dihadapinya. Rata-rata warganet memberikan pelbagai cadangan.
Lebih menarik cadangannya yang diberikan melibatkan kos yang murah tetapi kemas dan selamat.
TIP WARGANET TUTUP LUBANG AIR BASUHAN MESIN MESIN
Antara tip daripada warganet:
Tip1: Cari dlm shopee.. Yg murah ada, yg mahal pun ada.
Tip2: Saya guna contoh dlm gambar. Lubang drain tu tutup abis.
Tip3: Tutup guna silikon. Lepas tu spray racun dlm manhole kalau tidak lipas masuk ikut lubang sink.
Tip4: Sy pakai botol air 1.5L tu je..potong separuh..buat lubang utk hose tu..botol cucuk dlm lobang air tu.
Kepada yang ada masalah yang sama, boleh jadikan cadangan warganet ini sebagai panduan.
LIPAS PEMBAWA KUMAN
Sebenarnya, lipas ini merupakan serangga pembawa kuman. Kuman dari lipas terjadi kerana serangga ini mempunyai tabiat yang makan sambil memuntahkan kembali apa yang dimakan.
Apabila ia bercampur dengan sampah dan juga najis lipas, ia secara tidak langsung akan melekat di kaki lipas yang akan membawa kuman tersebut di merata-rata termasuk meja makan anda.
Rembesan air liur dan badan lipas mengandungi elergen dibadannya yang boleh menyebabkan alahan dan menyebabkan ruam, mata berair dan gatal-gatal terutama kepada kanak-kanak jadi sekiranya anda terpegang lipas, terus basuh tangan sehingga bersih
Berdasarkan kajian, terdapat bakteria di usus lipas yang boleh menyebabkan jangkitan pada salur kencing, keradangan pada badan dan masalah pencernaan. Bakteria ini dikenali sebagai “Pseudomonas Aeruginosa”.
Disebabkan serangga lipas ini bukan sahaja membawa kekotoran di dalam rumah anda, malah boleh mendatangkan bahaya kepada diri anda dan juga orang yang tersayang.
TANDA LIPAS MASUK RUMAH
Macam mana ada boleh pastikan bahawa lipas telah mencerobohi kawasan rumah anda? Berikut merupakan beberapa yang perlu diperhatikan yang menandakan rumah anda didatangi tetamu yang tidak diundang.
Cockroach dropping atau najis lipas
Kalau ada najisnya, pasti serangga ini ada di rumah anda. Kebiasaannya, najis ini boleh dijumpai di tempat yang gelap seperti kabinet dapur dan almari baju.
Bau hapak
Lipas sebenarnya mengeluarkan bau seakan-akan bau yang hapak di sekitar rumah. Sentiasa peka dengan bau di sekitar rumah anda yang mungkin merupakan petanda serangga ini sudah mula mencerobohi kawasan rumah anda.
Nampak lipas
Kalau sudah terang lagi bersuluh, anda nampak sendiri lipas mulai berlegar-llegar di sekitar rumah, anda tidak boleh berlengah lagi. Ini masanya untuk anda mulakan langkah menghalau dan menghapuskan lipas ini.