Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Ryan Bakery dan isterinya, Elyia Ibrahim yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 30 Disember 2023 di sebuah pusat perubatan swasta.
Menerusi Instagramnya, Ryan berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua sambil memuat naik sekeping gambarnya mengendong bayi lelakinya.
Ryan yang kini bergelar bapa meluahkan rasa syukur yang tak terhingganya atas kurniaan rezeki dari Allah buatnya dan isteri.
“Alhamdulillah, isteri saya @elyia.ibrahim telah selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah. Syukur kehadrat Allah SWT.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya.
“Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Amin. Ryan Ezra ❤️,” tulisnya.
Ads
Bayi lelaki yang sudah pun diberi nama Ryan Ezra itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 11.30 pagi.
Difahamkan buat masa ini si kecil kesayangan itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) susulan dilahirkan ketika kandungan mencecah 36 minggu.
Malah putera yang dinantikan itu kini juga turut mengalami demam kuning, pernafasan laju selain terdapat air dalam paru-paru. Pun begitu bayi comel ini dijangka dibenarkan pulang esok.
“Saya risau sangat sebab awal-awal dia dimasukkan ke NICU sebab lahir awal. Tambahan pula ada demam kuning, pernafasan laju dan paru-paru ada air sebab lahir secara pembedahan.
Ads
“Tapi alhamdulillah selepas tiga hari Ezra menunjukkan perkembangan yang positif dan sudah dipindahkan ke wad biasa sebelum dibenarkan pulang hari ini,” katanya lagi yang turut meluahkan rasa syukur.
Terdahulu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmy Bakery, 29 dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sebenarnya tidur membantu pertumbuhan tubuh kanak-kanak. Sewaktu kanak-kanak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Kanak-kanak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
Ibu bapa akan berasa stress apabila terpaksa menunggu melayani anak yang sukar tidur. Keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur. Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 8:00 malam. Jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
2. Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
3. Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
5. Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
6. Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sememangnya dah menjadi azam ibu hamil apabila selesai bersalin, pasti akan pantang sebaiknya dan nekad untuk bersenam untuk kekalkan saiz tubuh seperti sediakala sebelum ini.
Tidak ketinggalan, pelakon jelita yang merupakan menantu kesayangan Sis Shiela Rusly, Elisya Sandha yang mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya, Bunga El Haq.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 23, berkongsi satu video di laman Tiktoknya untuk tatapan pengikutnya.
“Me and my Bunga,” tulis adik kepada Fasha Sanda itu di ruangan kapsyen.
Yang menjadi perhatian orang ramai, video yang dimuat naik itu terisi dengan konten Elisya Elisya berlari sambil menyorong kereta sorong anaknya di kawasan perumahan dan melakukan aktiviti senaman di sisi Bunga yang sedang nyenyak tidur.
Perbuatannya itu menjadi bualan di ruangan komen di mana ada yang terkejut Elisya yang baru sahaja dua bulan melahirkan Bunga secara pembedaha kini kembali aktif. Selain itu, ada juga yang terhibur melihat aksi Bunga yang lena tidur walaupun ibunya membawanya keluar berjalan.
Sekadar info, Elisya melahirkan Bunga pada 18 Jun 2022.
Imbas kembali, Elisya berkahwin dengan anak penerbit terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Ogos 2021.
Bersyukurlah jika kita dianugerahkan anak yang sering mengingatkan kita tentang kealpaan kita.
Anak yang mengingatkan kita tentang solat.
Anak yang mengingatkan kita tentang bahasa pertuturan kita.
Anak yang mengingatkan kita supaya bersabar.
Anak yang mengingatkan kita tentang riak dan kesombongan kita.
Anak yang mengingatkan kita tentang pakaian kita.
Anak yang mengingatkan kita untuk bersyukur dengan rezeki yang ada.
Anak yang mengingatkan kita untuk membantu orang yang memerlukan.
Dan anak yang mengingatkan kita tentang kematian.
Anak adalah ujian dan anak juga adalah rahmat buat kita. Kita bukan sahaja mendidik anak, anak juga banyak mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertakwa.
Lapangkanlah dada menerima peringatan dan nasihat daripada anak walaupun anak itu adalah anak kecil kerana bukankah didikan kita jugalah yang menjadikan anak sebegitu?
Noor Afidah Abu Bakar
Sumber: Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.