Kecederaan ringan akibat melecur atau terkena benda panas ketika memasak diakui kadangkala tidak dapat dielakkan. Lazimnya kesan lecuran tidak serius kerana ia hanya melibatkan kecederaan pada bahagian paling luar kulit kita.
Pun begitu, jika tidak diubati terasa pedih dan sakit juga pada kawasan yang melecur. Jadi bermacam-macam cara dipraktikkan untuk memberi kelegaan pada anggota yang melecur. Ada yang kata sapukan dengan ubat gigi, kicap dan macam-macam lagi hingga tanpa sedar sebenarnya ia akan mendatangkan kesan yang lebih teruk.
Ini sepertimana perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan beberapa amalan yang biasa dibuat untuk merawat lecur yang boleh mendatangkan bahaya dan turut berkongsi cara paling mudah dan selamat yang perlu dilakukan jika terjadinya lecur pada tubuh badan.
Semoga perkongsian ini memberi info dan kefahamaan kepada semua dan diharapkan tidak lagi mengamalkan cara yang membahayakan diri.
Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.
Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.
Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:
Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
Rawatan kecemasan awal betul adalah:
Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.
Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Ads
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Baru-baru ini, pelakon Scha Alyahya memuat naik dua keping gambar berada di hospital. Turut bersamanya Awal Ashaari dan juga Lara.
Rupa-rupnya, Scha ketika itu bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim ataupun dikenali sebagai Endometriosis.
Terbaru, dalam laporan oleh Harian Metro memberitahu pelakon ini selamat menjalani pembedahan tersebut. Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, berkata, masalah ketumbuhan itu sebenarnya mula dikesan pada Disember tahun lalu.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan. “Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro. Menurut Scha lagi, masalah ketumbuhan dalam rahim yang dihadapinya itu juga menjadi salah satu penyebab dia sukar untuk hamil lagi.
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” katanya.
Sebelum ini, Scha pernah menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.
Sekali pandang susuk tubuh penyanyi Mimpi Laila, Yasin Sulaiman ini pasti ramai yang perasan perubahan ketara berat badannya. Kali ini nampak semakin susut apabila sempat ditemubual oleh rakan media sewaktu ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya baru-baru ini.
Hal ini bukan sahaja membuatkan warganet tertanya-tanya mengenai tahap kesihatan penyanyi ini. Apatah lagi bila abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman turut meluahkan rasa kebimbangan berkenaan keadaan adiknya itu dengan berkongsi di akaun instagramnya.
“Rasa sedih itu memang ada. Tetapi itu lumrah hidup. Dan kita akan terus berada bersama Yasin dan berdoa insya Allah. Cuma saya amat risau tentang kesihatan dia. Saya peluk dia pagi tadi. Tinggal tulang.” -Zain Sulaiman (abang)
“Lawatan terakhir kami di penjara pun, Yasin memang seperti biasa bersemangat, redha dengan ujian tetapi kekhuatiran kita, keadaan kesihatan beliau yang nampak sedikit merunsingkan terutamanya susut berat badan yang agak ketara. Contohnya bila kita peluk dia, salam dia pun kita terasa tulang.
Apabila kita siasat, makan, makanan dia cukup, mungkin melibatkan isu tekanan, isu kesan sampingan daripada ubat-ubat beliau. Itu kerunsingan kita. Sebab itu kita sangat-sangat berikhtiar dan berusaha agar satu keputusan yang cepat dapat diberikan kepada Yasin. Sebab semakin hari kita jumpa, setiap kali kita jumpa semakin susut.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Walaupun beliau tetap orang yang sama, orang yang bersemangat itu, yang sentiasa positif itu tetapi keadaan fizikal badan beliau itu agak merunsingkan. Pihak keluarga lagilah bertambah runsing.
Setelah beberapa hari kelahiran penyeri baru dalam keluarga mereka, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sudah memilih nama yang sesuai buat cahaya mata ke-6 mereka itu.
Shahida dalam perkongsian di Instagramnya itu telah berkongsi beberapa foto disertakan nama bayinya di ruangan kapsyen selepas berbincang bersama keluarga.
“Assalamualaikum. Nama saya Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri (emoji hati),” tulisnya.
Malah, menurut Shahida di Instastorynya, dia bersyukur kerana rezeki selepas melahirkan anak keenam iaitu bayi lelaki itu semakin melimpah-ruah.
“Alhamdulillah, budak kecik ni bawa rezeki sungguh. Lahir-lahir dia terus murah rezeki. Amin…
“Banyaklah benda-benda tak disangka, rezeki datang bergolek. Betul orang cakap setiap anak, rezeki berbeza-beza,”luahnya.
Dalam pada itu, meninjau di laman Instagram anak perempuan pasangan ini, iaitu Qadejah El Zahra atau nama manjanya Cess, dia sangat teruja dan akui tak sabar untuk menunggu kelahiran adik baru ini. Cess juga mengucapkan syukur ibunya selamat melahirkan bayi tersebut sekaligus sempat meminta cadangan orang ramai untuk nama adiknya itu.
Namun, yang lebih menjadi perhatian dalam perkongsian video tersebut, Cess sempat membuat amaran buat adiknya itu supaya tidak membuat hal pada masa akan datang.
“Dan kalau awak (baby baru) melihat video ini, hai saya mungkin tak suka awak pada masa akan datang, tapi Jangan buat hal sebab saya akan marah awak. Sayang awak,” katanya dalam video tersebut.
Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.