Selebriti yang satu ini tidak lokek bercerita mengenai kehidupan peribadi mereka sekeluarga, baik hal suami isteri mahupun anak-anak.
Tidak hairanlah jika ramai pengikut yang sering memberi maklum balas , tak kurang yang memuji pendekatan yang mereka lakukan sebagai ibu bapa.
Terbaru, Ozlynn memuat naik sekeping gambar anak-anak lelakinya yang mahu bersolat di surau. Dalam perkongsian tersebut, Ozlynn mengakui cukup bangga kerana anak-anaknya tampak kemas dalam berpakaian.
Ads
Pegi surau ensem2.. bangga mama.. jgn pegi jalan jek nak elok2.. nak “mengadap” pun kena elok.. kena beria2!!
Sebab “DIA” yg kamu nak kena jaga syg2ku.. “DIA” adalah penyelamat kamu..
Menyentuh tentang pengorbanan seorang isteri, pastinya punya kisahnya yang pelbagai dan tersendiri. Bagi pihak suami pula, ada yang begitu menghargai setiap pengorbanan isteri dan bukan juga perkara pelik bila mana ada yang langsung tidak ambil pusing tentang apa yang telah dilakukan oleh isteri mereka. Itulah realiti kehidupan!
Pun begitu, perkongsian daripada seorang suami ini yang ikhlas menitipkan kata-kata penghargaan buat isteri tercinta yang sanggup hidup susah senang bersamanya hingga kini dan selamanya. Semoga kata-kata ini juga dapat menyedarkan lelaki bergelar suami untuk sama-sama tahu menghargai setiap pengorbanan isteri.
Dia isteriku .. kenal tahun 2005, kenal waktu ni aku kerja sebagai seorang penjual pencuci lantai dan pencuci sayur . Masa tu kami mula bercinta, kemudian company tutup, Aku menganggur di kampung sambil kerja di sawah, dia masih setia bersama aku .
Kemudian aku dapat tawaran kerja sebagai kerani bank, aku tunjuk surat tawaran kerja tahun 2006 dengan gaji RM995 , itu pon dia dah cukup gembira, waktu tu dia bekerja sebagai pengasuh di Taska keluarga dia , 22 Nov 2007 Kami bertunang, cukup setahun 21 Nov 2008 kami bernikah dengan majlis yang sederhana, waktu tu aku masih kerani bank yang bergaji RM1,500, dia banyak bantu sampai bahagian duit hantaran yang aku bagi pon dia pulangkan kat aku balik untuk aku mulakan kehidupan berkeluarga, Aku guna duit tu beli sikit kelengkapan rumah dan deposit beli rumah rezeki 3 bulan lepas kawin, lepas sewakan rumah pertama tu, aku beli satu lagi rumah untuk duduk . Waktu ni aku masih lagi seorang kerani bank .
Waktu pindah masuk rumah ni, dia ikut sekali dan tinggalkan urusan Taska pada adik dia, dia cakap nak berniaga nasi lemak untuk bantu pendapatan aku ketika tu. Dia bangun seawal pukul 4 Pagi , pukul 6.30 dia keluar berniaga tepi jalan nasi lemak seringgit. Bila aku keluar rumah pergi kerja, aku lalu gerai Wife berniaga dengan satu meja, satu kerusi tanpa payung. Aku banyak kali menangis sendiri dalam kereta. Lepas tu dia rasa jiwa dia lebih kepada kanak-kanak juga, dia ambil upah mengasuh anak jiran-jiran di rumah hinggalah 2 tahun yang lepas aku Minta dia stop sebab setiap hari aku takut bila asyik terbaca kat surat khabar kanak-kanak meninggal di rumah pengasuh, takut apa-apa jadi dia dipersalahkan. Kini aku sudah berkemampuan .
Dia memang senang berdikari, tapi apa-apa dia buat dia akan minta izin aku dulu. Dia tidak pernah menyusahkan, dia tak kisah walaupun tiada honeymoon ke luar negara sejak kami kawin, Port Dickson pon ok jer bagi dia. Tak pernah dia minta apa-apa hadiah mahal walaupun suaminya dah mampu. Kalau beli barang-barang mahal aku terpaksa beli senyap-senyap. Kalau tanya dia harga tu mahal dia tak mau. Emas pun tidak pernah sekali pun dia minta sebelum ni, semua dia beli sendiri, simpan duit, main kutu dengan kawan-kawan . Dia pernah cakap dulu , dia akan minta bila suaminya benar-benar mampu. Walaupun mampu, aku ni pulak jenis kalau tak mintak , memang aku tak belikan. Semalam tu dia minta belikan emas bukan dia scam aku, itulah cara nak mintak sesuatu dari aku .. Aku jenis tak pandai nak offer.
Beberapa bulan lepas dia minta izin nak bawa anak saudara dia umur 7 tahun yang OKU dan sakit jantung berlubang tinggal bersama kami, “Pa, dia anak syurga, mungkin kat ‘sana’ dia pulak akan bantu kita nanti”. Aku izinkan dan sekarang anak saudara dia tu dah tinggal bersama kami dan mula bersekolah di sini dalam kelas khas. Muka dia nampak garang , sekali dia jegil mata, budak-budak semua tunduk, tapi hati dia cukup lembut.
Aku seorang lelaki , kadang-kadang aku lalai, diuji dengan harta, pangkat hingga aku terlupa pengorbanan seorang Isteri yang setia bersama aku dari aku tiada apa-apa. Terlalu banyak lagi pengorbanan dia pada Aku hingga sebesar-sebesar pengorbanan seorang Isteri . Dia yang melengkapi segala kelemahan aku selama ni . Bila tersedar… aku hanya tahu , Aku perlu bahagiakan dia hingga akhir hayat aku. Dia Satu-satunya bidadariku.
Orang hanya melihat fizikalnya hari ini , “Untungnya dia jadi Isteri Key, mesti nak apa pon boleh dapat”. Tapi orang tak tahu bagaimana berlikunya, airmata yang tumpah, pengorbanan yang dah dia lakukan sejak mengenali aku 14 tahun yang lalu .
Kepada suami, belajarlah hargai isteri masing-masing . Kepada isteri, Jangan lelah dengan kesukaran suami sekarang, sokong dan bantu mereka untuk bangkit.
Pelakon dan pelawak terkenal, Didie Alias berkongsi kesedihan apabila kucing kesayangannya mati akibat sakit tua.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya. Didie kelihatan sugul dan menangis teresak-esak apabila terpaksa berpisah nyawa dengan kucing kesayangannya yang diberi nama Baby.
“11 Jun 2021. Perjalanan terakhir buah hati mumy (mommy) dan keluarga. 12.37 tengah hari dia (Baby) tinggalkan kami satu keluarga.
“Kucing yang baik dan sangat manja untuk kami. Banyak kenangan dengan Baby,” tulisnya.
Menurut pelakon drama Cukup Derita Itu lagi, Baby dibela sejak 13 tahun lagi. Malah, kucing ini sangat seekor setia dan akan selalu menunggunya di depan pintu rumah setiap hari.
“Tidak ada lagi yang tunggu mumy dan daddy (suami) dekat pintu bila kami balik kerja. Tak dapat nak mandikan Baby lagi.
“Tidak ada kawan lepak bila tengah buat kerja atau sedang baca skrip. Selama 13 tahun yang sangat indah buat mumy dan daddy. Sayang Baby sampai ke syurga,” luahnya.
Gara-Gara belacan, wanita ini hampir kena tahan polis. Kisahnya seorang wanita ini yang baru sahaja nak lepaskan gian dengan makanan Malaysia. Namun siapa sangka dia kena ‘tahan’ dengan polis di Perancis.
Kisah ini tular di laman Twitter setelah seorang lelaki memuat naik pengalaman yang dialami oleh kawan kepada isterinya yang menetap di negara Perancis.
Menurut pengguna @thezulfo, wanita itu sangat gembira mendapat belacan. Lantas dia memilih untuk membakar belacan tersebut.
Ikut tips orang dulu-dulu, kalau nak sedap, kena bakar belacan itu dulu, baru sambal belacan jadi lebih ‘umph’!
Tapi belum sempat merasa belacan, wanita itu didatangi lalu disoal siasat oleh polis di negara itu gara-gara menerima laporan dari jiran bahawa terdapat bau mayat dirumahnya.
Tweet yang cukup simple itu terus menular dan ramai yang memberi komen berkenaan hal tersebut.
Walau bagaimanapun, @thezulfo telah memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada kawan kepada isterinya itu. Kedengaran pelik tetapi lucu sebenarnya. Mujurlah wanita tersebut tidak menerima sebarang hukuman.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman kawan ibunya yang mengalami masalah yang sama. Cuma kesnya ini adalah menggoreng ikan masin.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.