Setiap pasangan suami isteri pastinya cukup teruja menantikan kelahiran anak pertama kerana inilah momen yang paling indah dalam kehidupan berumah tangga .

Disebalik keterujaan tersebut ada juga terselit rasa  takut, cemas dan tak kurang juga ada antara para suami atau bakal ayah kalut lebih dari seorang doktor gara-gara tidak sabar. Tak kurang juga yang langsung tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu cemas.

Buat semua ayah, tak kira anak pertama atau ketiga sekalipun patut contohi cara Ustaz Ebit Lew lakukan di sisi bidadarinya ketika saat melahirkan.

Ustaz Ebit Lew berkongsi momen indahnya bersempena hari kelahiran puteri sulungnya.


Melihat dengan mata sendiri bagaimana proses melahirkan anak amat menginsafkan kaum bapa.

Semalam dah lewat dari Penang call anak saya Airis Safiyyah Lew.. Selamat hari lahir anakku Airis Safiyyah Lew dah 9 tahun. Allah sayang Safiyyah. Ayah minta maaf jauh disini. Ayah ingat hari lahir anak ayah 27 jun. Ayah sayangkan Safiyyah sangat-sangat. Ayah doa Safiyyah jaga solat awal waktu. Tutup aurat dan jaga agama. Jadi anak yang baik dunia dan akhirat. Jadi anak yang bantu umi dan sayang umi..lepas tu saya nyanyi sikit untuk dia dalam phone…

Zikir, Baca Yassin & Solat Hajat Di Katil Bidadarinya,  Ustaz Ebit Lew Throwback Kelahiran Anak Sulung. Sangat Menginsafkan!

Anak saya menangis dalam phone. Terima kaseh ayah. Kakak sayang ayah sangat-sangat. I love u ayah…

Teringat lagi wahai anakku dari hari pertama tahu bidadari ayah umi Safiyyah mengandung. Happy dan excited yang amat sangat. Selalu dengar dan rasa Safiyyah tendang. Bahagia dan seronok yang amat sangat. Hari-hari sujud syukur dan doa supaya Allah beri anak ni selamat dan baik jer semuanya jadi anak solehah..sampailah satu hari umi tengah shoping barang baby.. Tiba-tiba sakit kena masuk hospital Naluri wangsa maju.

Kelam kabut masa tu ayah ada ceramah. Cepat-cepat ke hospital. Bidadari saya dah ada disana.. Syukur sampai Maghrib dekat sana dari Bangi. Doa supaya selamat semuanya dan harap bersalin normal. Duit kumpul ngam-ngam untuk bersalin normal dekat hospital swasta.

Zikir, Baca Yassin & Solat Hajat Di Katil Bidadarinya,  Ustaz Ebit Lew Throwback Kelahiran Anak Sulung. Sangat Menginsafkan!

Dari Maghrib sampai tengah malam zikir Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Baca yasin. Baca Al-Quran dan solat hajat dekat sisi bidadari saya. Saat yang dinantikan dan cemas itu pun tiba. Dengar bidadari dari tadi sakit. Sekejap-sekejap sakit sampai cukup masa. Masa tu bidadari saya pegang tangan saya. Saya dekat dahinya. Cium dahinya. Air mata saya laju. Macam-macam fikir. Fikir dosa saya. Fikir mak saya. Fikir isteri saya. Ya Allah sebab tu cakap uff pada mak derhaka dan dosa besar. Allahu…

Lama nak push. Kami kira sama-sama dengan doktor. Akhirnya keluar 3.3kg. Baby lama senyap. Bidadari saya dah nak pengsan. Dari tadi menangis dan minta maaf. Bidadari saya tanya kenapa anak senyap. Anak takde ke abang. Saya minta maaf saya tak pandai push. Saya lagi sedih sebab begitulah wanita. Tak berhenti minta maaf. Asyik fikir anak dan suami. Lupa diri sendiri sakit. Akhirnya Safiyyah menangis. Ayah azan dan iqamahkan. Cepat-cepat bidadari..umi Safiyyah nak dukung dan nak susukan Safiyyah. Begitulah seorang wanita. Terima kaseh mak saya yang melahirkan saya. Terima kaseh mak mertua yang melahirkan isteri saya. Terima kaseh bidadariku yang melahirkan anak semua ini. Ini semua anugerah kau ya Allah..

Zikir, Baca Yassin & Solat Hajat Di Katil Bidadarinya,  Ustaz Ebit Lew Throwback Kelahiran Anak Sulung. Sangat Menginsafkan!

Anak yang sulung yang memberi harapan dan sinar dalam keluarga. Bila membesar kita terlalu sayang padanya. Sangat rapat padanya. Kita terlalu excited. Bila dapat anak kedua ketiga. Kadang-kadang yang sulung selalu kena marah. Selalu kena mengalah. Kita lupa, itulah anak kita yang kita menangis mendapatnya…

Semoga catatan ini menjadi menjadi tatapan anak ayah satu masa nanti jika ayah dah takde. Hargailah ibumu. Hargailah wanita yang melahirkanmu. Hargailah keluargaMu dengan rasa syukur pada Allah. Jaga agama ini lebih dari nyawa diri sendiri.

View this post on Instagram

Semalam dah lewat dari Penang call anak saya Airis Safiyyah Lew.. Selamat hari lahir anakku Airis Safiyyah Lew dah 9 tahun. Allah sayang Safiyyah. Ayah minta maaf jauh disini. Ayah ingat hari lahir anak ayah 27 jun. Ayah sayangkan Safiyyah sangat-sangat. Ayah doa Safiyyah jaga solat awal waktu. Tutup aurat dan jaga agama. Jadi anak yang baik dunia dan akhirat. Jadi anak yang bantu umi dan sayang umi..lepas tu saya nyanyi sikit untuk dia dalam phone… Anak saya menangis dalam phone. Terima kaseh ayah. Kakak sayang ayah sangat-sangat. I love u ayah… Teringat lagi wahai anakku dari hari pertama tahu bidadari ayah umi Safiyyah mengandung. Happy dan excited yang amat sangat. Selalu dengar dan rasa Safiyyah tendang. Bahagia dan seronok yang amat sangat. Hari-hari sujud syukur dan doa supaya Allah beri anak ni selamat dan baik jer semuanya jadi anak solehah..sampailah satu hari umi tengah shoping barang baby.. Tiba-tiba sakit kena masuk hospital Naluri wangsa maju. Kelam kabut masa tu ayah ada ceramah. Cepat-cepat ke hospital. Bidadari saya dah ada disana.. Syukur sampai Maghrib dekat sana dari Bangi. Doa supaya selamat semuanya dan harap bersalin normal. Duit kumpul ngam-ngam untuk bersalin normal dekat hospital swasta. Dari Maghrib sampai tengah malam zikir Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Baca yasin. Baca Al-Quran dan solat hajat dekat sisi bidadari saya. Saat yang dinantikan dan cemas itu pun tiba. Dengar bidadari dari tadi sakit. Sekejap-sekejap sakit sampai cukup masa. Masa tu bidadari saya pegang tangan saya. Saya dekat dahinya. Cium dahinya. Air mata saya laju. Macam-macam fikir. Fikir dosa saya. Fikir mak saya. Fikir isteri saya. Ya Allah sebab tu cakap uff pada mak derhaka dan dosa besar. Allahu… Lama nak push. Kami kira sama-sama dengan doktor. Akhirnya keluar 3.3kg. Baby lama senyap. Bidadari saya dah nak pengsan. Dari tadi menangis dan minta maaf. Bidadari saya tanya kenapa anak senyap. Anak takde ke abang. Saya minta maaf saya tak pandai push. Saya lagi sedih sebab begitulah wanita. Tak berhenti minta maaf. Asyik fikir anak dan suami. Lupa diri sendiri sakit. Akhirnya Safiyyah menangis. Ayah azan dan iqamahkan.I love u-ebit

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

– Ebit Lew

Kredit: Ustaz Ebit Lew

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI