Boleh dikatakan bab hendak melipat baju yang telah dicuci walau pun nampak mudah tapi pekerjaan ini jugalah yang selalu tertangguh untuk dilakukan hingga menyebabkan baju bertimbun-timbun jadinya. Bila jadi begitu, memang sakit mata dibuatnya.
Tambah-tambah pula jika ahli keluarga ramai, sekali cuci sahaja sudah menggunung kainnya, itu belum ditambah lagi kalau anak-anak masih kecil memang berganda-ganda jumlahnya.
Itu sebablah ada antara ibu-ibu menunggu ada mood baru boleh uruskan kain yang banyak itu. Ini sepertimana perkongsian Puan Leena Hassan, berkongsi tip dan cara menguruskan pakaian yang belum dilipat dengan mudah dan bolehlah dipraktikan.
Ini perkongsiannya.
Bab lipat baju selalu jadi bahan topik mak-mak kan… Mak saya yang umur 67 pun, selalu mencurah rasa pasal melipat baju.
Bila pakai baju, kenalah cuci. Bila dah cuci, kenalah lipat. Bila dah lipat, kenalah simpan balik ke dalam almari. Pusingan ini tidak akan habis. Akan berpusing lagi dan lagi dan lagi.
Jadi, cara saya, supaya tidak rasa serabut mata sebab hendak melipat baju perlukan masa dan mood yang sangat-sangat ‘sesuai’.
1. Beli bakul.
Cari yang sama design, saiz dan warna. Jangan beli saiz besar! Cari saiz yang munasabah untuk saya kumpul dan lipat. Agak-agak tiga kali basuh, dah boleh lipat.
2. Asingkan siap-siap ikut tuan punya baju. Macam rumah saya, ada empat orang, jadi nya bakul akan ada lima. Bakul Ayah, bakul Mamy, bakul Firas, bakul Firman dan bakul baju untuk digosok.
Kalaulah tidak sempat melipat seperti yang di rancang, masing-masing boleh cari baju atau seluar dalam bakul itu
.
3. Saya akan melipat sambil mata tengok TV atau telinga dengar ceramah. Kadang-kadang sambil dengar lagu layan perasaan.Setakat ini, cara saya berjaya untuk saya. Belum lagi tertidur masa melipat baju!
Meninjau diruangan komen nyata ramai juga yang berkongsi pengalaman dalam bab mengurus pakaian yang telah dicuci, dan ini antaranya :
“Kami 8 sekeluarga. Slr je yg lipat. Yg lain semua gantung di hanger bila klr washing machine. Klr kan ke penyidai, then gantung terus dlm almari. No lipat!!”-Haslina Matisa
“Sy suka lipat baju… sbb itulah masa yg dpt berehat smbil tgk tv…
Kalo x….jgn harap..kehulu kehilir buat keje umh..blum cmpur keje opis..n jga ank…
Melipat bju kira “me time” la”-Rossa Maal
“Teringat zmn sekolah dlu, saja lipat baju pukul 6ptg setiap hari sbb nk tgk slot drama bersiri”-Badr Yamin
“Sama mcm sy, ada 7 org, masing2 ada bakul sendiri, asalkan tak sepah atas katil @ sofa. lipat baju hujung minggu je. lipat baju sambil tgk movie @ kdrama. masing2 ada cara sendiri kan.”- Jamaliah Yusof
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/groups/817376338450896/permalink/1674939022694619″ style=”bubbles” background=”#bba7fc” size=”2″]Leena Hassan[/su_button]
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club